Adakah Kanak Kanak Yang Meninggal Sebelum Baligh Mampu Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapanya



Anak-anak yang belum baligh akan memberi syafaat dan menunggu ibu bapa mereka di pintu syurga.

Adakah Kanak-Kanak Yang Meninggal Sebelum Baligh Mampu Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapanya ?
Credit Pic : SUMBER

Soalan :

Apakah status anak-anak yang belum baligh akan memberi syafaat dan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga ?

Adakah Kanak-Kanak Yang Meninggal Sebelum Baligh Mampu Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapanya ?
Jawapan :

Tidak terdapat ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang syafaat seorang kanak-kanak yang belum baligh kepada ibubapa mereka dan menunggu mereka di pintu syurga secara jelas tetapi terdapat beberapa ayat yang menceritakan  tentang keadaan di dalam syurga kelak, bahawa Allah SWT akan mengumpulkan anak dan ibubapa mereka jika mereka berlainan darjat di dalam syurga. Antaranya :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dalam keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka. Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannyaa”. [Al-Thur:21]
Di dalam hadith pula, terdapat beberapa hadith yang menceritakan tentang syafaat seorang kanak-kanak atau bayi belum baligh kepada ibubapa mereka. Antaranya :

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda kepada salah seorang wanita ansar yang bermaksud :

“Tidaklah ada daripada kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, maka kamu mengharapkan keampunan ke atas anaknya serta menghadapinya dengan sabar. Demikian itu, kamu akan memasuki ke dalam syurga. Seorang perempuan telah bertanya “ sekiranya dua orang ?” sabda Rasulullah SAW lagi: “walaupun 2 orang”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 151]
Berdasarkan ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang diberikan, ini menunujukkan bahawa kanak-kanak yang meninggal sebelum baligh mampu memberi syafaat kepada kedua ibubapanya tetapi apa yang kita perlu faham bahawa Allah SWT mampu memberi syafaat kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata yang bermaksud :

“Aku berada bersama-sama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”. 
[Lihat: Mu’jam al-Kabir, no. hadith 571, 24/225] [Imam al-Haithami mengatakan perawi-perawinya thiqah di dalam Majma’ al-Zawaid dan al-Albani menghukum hadith ini sahih sebagaimana di dalam sahih al-Targhib]


Definisi Syafaat
Syafaat dari sudut bahasa adalah lawan bagi witir iaitu menjadikan sesuatu yang ganjil kepada genap. Manakala dari sudut istilah pula adalah menjadi perantara bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudharat iaitu pemberi syafaat akan memberikan manfaat kepada orang yang diberi syafaat atau menolak mudharat untuknya. Dalam erti kata lain, syafaat juga bermaksud memohon perlindungan bagi orang lain. [Lihat: Mukhtasar al-fiqh al-Islami, 1/767]



Syafaat pada hari Kiamat terbahagi kepada dua secara umumnya :

Syafaat khususSyafaat khusus yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia termasuk syafaat al-‘Uzhma (terbesar) yang terjadi pada hari Kiamat kelak. Hal ini, dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai tambahan bagimu. Semoga Tuhan membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. [al-Isra’:79]

Syafaat umumAllah mengizinkan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang diperkenankan untuk diberikan syafaat. Syafaat ini diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, nabi-nabi yang lain, orang-orang yang jujur, para syuhada’ serta orang-orang soleh. Contohnya mereka akan memberikan syafaat kepada penghuni Neraka daripada kalangan orang-orang beriman agar mereka keluar dari Neraka.

Penutup
Kesimpulannya, kita sebagai seorang insan dan manusia biasa perlulah sentiasa memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan syafaat di hari Akhirat kelak kerana kita tidak akan terselamat daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. 

Kita juga sebagai seorang yang beriman, perlulah mengakui akan wujudnya syafaat di hari akhirat kelak yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. 

Semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang diizinkan oleh Allah SWT untuk memperolehi syafaat dan juga seterusnya mendapat syafaat Nabi SAW di hari Akhirat nanti. Amin.


SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Meletakkan Patung Di Dalam Rumah Sebagai Perhiasan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/07/adakah-kanak-kanak-yang-meninggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Minta Ibu Bancuh Air Kanak Kanak 6 Tahun Meninggal Lepas Main Pedang Pedang

Sempat Minta Ibu Bancuh Air Kanak Kanak 6 Tahun Meninggal Lepas Main Pedang Pedang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 406 hits
Sempat meminta ibu membancuh minuman coklat rupa rupanya ia adalah sajian air tangan ibu terakhir yang dipinta sebelum pergi buat selama lamanya Sebelum ditinggalkan untuk keluar berniaga Muhammad Azfar Qayyum Md Said 6 tahun kelihatan siha...
Kanak Kanak Lakukan Keganasan Seksual Ini Peranan Ibu Bapa Elak Anak Jadi Mangsa Dan Pemangsa

Kanak Kanak Lakukan Keganasan Seksual Ini Peranan Ibu Bapa Elak Anak Jadi Mangsa Dan Pemangsa

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 676 hits
Penderaan seksual oleh orang dewasa ke atas kanak kanak sudah membuatkan masyarakat kita cukup terganggu Namun baru baru ini kita dikejutkan dengan kes jenayah seksual yang dilakukan oleh seorang kanak kanak berusia 12 tahun ke atas anak as...
Lelaki Disahkan Meninggal Oleh Doktor Terjaga Sebelum Masuk Kubur

Lelaki Disahkan Meninggal Oleh Doktor Terjaga Sebelum Masuk Kubur

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 528 hits
Ibarat diberi peluang kedua macam tu lah agaknya perasaan keluarga dari India ni bila sesuatu berlaku semasa mereka sedang uruskan jenazah anaknya yang diisytiharkan mati oleh doktor Menurut Mohammad Furqan telah terlibat dalam kemalangan p...
Seorang Ibu Terima Sms Terakhir Anak Gadisnya Sebelum Dibunuh

Seorang Ibu Terima Sms Terakhir Anak Gadisnya Sebelum Dibunuh

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 286 hits
Seorang gadis remaja sempat menghantar khidmat pesanan ringkas terakhir kepada teman lelaki yang berbunyi dia ada dalam bilik saya sebelum dia dipercayai dibunuh oleh kekasih ibunya Riley Crossman menghantar dua mesej teks terakhirnya itu p...
Kanak Kanak Hilang Di Kuala Besut Dijumpai Di Sempadan Thailand Ibu Mangsa

Kanak Kanak Hilang Di Kuala Besut Dijumpai Di Sempadan Thailand Ibu Mangsa

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 705 hits
KUALA BESUT 3 Julai Kanak kanak berusia lapan tahun Muhammad Saiful Aiman Mohammad yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan beliau ...
Tolong Selamatkan Anak Permintaan Bapa Sebelum Bayi 5 Hari Meninggal Dalam Pangkuan

Tolong Selamatkan Anak Permintaan Bapa Sebelum Bayi 5 Hari Meninggal Dalam Pangkuan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 433 hits
Mati itu pasti tapi perancangan Allah adalah rahsia Nya Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri apabila kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan lantas meragut nyawa bayi mereka yang baru sahaja berusia lima har...
Kematian Itu Pasti Cuma Masa Saja Tak Tau Bila Ini 10 Perkara Ibu Bapa Perlu Buat Sebelum Berlaku Apa Apa Kecemasan

Kematian Itu Pasti Cuma Masa Saja Tak Tau Bila Ini 10 Perkara Ibu Bapa Perlu Buat Sebelum Berlaku Apa Apa Kecemasan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 384 hits
Sesungguhnya segala sesuatu yang berasal dari Allah akan kembali padaNya Maka tiada seorang pun yang bakal terlepas dari hakikat yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz Malah semakin hari manusia semakin hampir dengan kematian Namun tiada s...
5 Tips Sederhana Yang Bisa Membantu Ibu Dalam Memberi Asi Pada Sang Buah Hati

5 Tips Sederhana Yang Bisa Membantu Ibu Dalam Memberi Asi Pada Sang Buah Hati

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 239 hits
Menyusui merupakan salah satu hal signifikan yang dilakukan oleh orangtua pada anak saat masa masa awal kehidupan Memberi ASI pada usia dini ini tidak hanya demi memenuhi kebutuhan nutrisi saja tapi juga untuk membangun hubungan dekat
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya