Adakah Injection Sapura Energy Rm 1 1 Billion Ni Bailout Atau Tak
Nazri Hamdan.
Adakah injection Sapura Energy RM 1.1 billion ni bailout atau tak?
Sementara Menteri Komunikasi cakap ia adalah pelaburan, media pula laporkan perkataan 'bailout'.
Saya bagi pandangan saya.
Benda yang paling kita kena bagi perhatian kat sini ialah, macam mana RM 1.1 billion ni disuntik ke dalam Sapura Energy
Yang dilapor di media ialah ia menggunakan instrumen RCLS (Redeemable Convertible Loan Stocks). RLCS ni actually konsepnya adalah dari convertible bond yang telah pun diinovasikan dalam konteks pasaran Malaysia.
Jadi macam mana RCLS ni berfungsi. Saya bagi contoh;
Sapura Energy memerlukan dana segera. Masalahnya disebabkan ada masalah kewangan tapi pada masa sama nak buat pinjaman bank. Kalau dapat pun, kadar faedah adalah tinggi sebab mereka ada masalah kewangan. Itu pun kalau loan lulus.
Pada masa yang sama, mereka tidak mahu menerbitkan saham baharu (rights issue) kerana ia akan mencairkan (dilute) pegangan pemegang saham sedia ada secara serta-merta.
Jadi pilihan yang ada pada Sapura Energy ialah menerbitkan RCLS. Soalnya, kepada siapa RCLS ni ditawarkan? Dah tentu tak boleh ditawarkan kepada sesiapa sesuka hati sebab dari segi nature nya Sapura Energy ada masalah. Siapa yang nak melabur?
Jadi kerajaan gunakan SPV (Special Purpose Vehicle) iaitu Malaysia Development Holdings (MDH). Menteri Komunikasi tak salah bila dia kata ini adalah pelaburan sebab dalam konteks RCLS ni memang adalah satu pelaburan.
Bukti ia adalah satu pelaburan adalah kerana nature RCLS adalah seperti berikut;
- RCLS ada tempoh matang
- Sepanjang tempoh matang, ada kupon
- Selepas beberapa tahun (ikut perjanjian) Sapura Energy boleh tebus RCLS dengan bayar baki pokok hutang dan faedah tertunggak (oustanding balance).
- Jika Sapura Energy memilih untuk menebus sebelum tempoh matang, mungkin ada penalti atau terma tambahan (bergantung pada perjanjian).
Next, jom kita tengok apa benefit gunakan instrumen RCLS ni pada kerajaan (MDH) dan pada Sapura Energy;
Benefit pada Sapura Energy, mereka dapat diselamatkan tapi pada masa yang sama tak payah nak keluarkan saham baru. Lagi satu, mereka dapat elak daripada buat pinjaman bank yang mana mereka kena bayar kadar faedah tinggi disebabkan status syarikat yang bermasalah.
Benefit pada kerajaan pula ialah mereka dapat kupon / faedah setiap tahun melalui SPV MDH. Selain itu, MDH berpeluang menikmati kenaikan nilai pelaburan jika harga saham Sapura Energy meningkat (melalui hak penukaran).
Tapi, itu kalau Sapura Energy berjaya buat pusingan bisnes dia kepada untung. Tapi, macam mana pulak kalau lepas ni Sapura Energy terus rugi dan rugi??
Haa.. dekat sini dia boleh bertukar menjadi full bailout.
Jika kerugian Sapura Energy berterusan sehingga mengakibatkan kebankrapan atau proses likuidasi, pemegang RCLS biasanya berada di aras yang lebih rendah dalam hierarki pembayaran berbanding pemegang hutang lain.
Jadi, pada saya, dalam kes Sapura Energy ni, dia boleh jadi investment + bailout yang mana dia boleh jadi investment yang berbaloi (kalau untung) dan kemudian full bailout (kalau gagal). Kalau suntikan RM 1.1 billion ni berjaya buat Sapura, ia memang satu pelaburan yang menguntungkan. Tapi kalau gagal, ia adalah bailout yang parah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/03/adakah-injection-sapura-energy-rm-11.html