Adakah Firaun Sempat Bertaubat Sebelum Kematiannya



SOALAN:
Benarkah sebelum Firaun ditelan oleh laut, dia sempat bertaubat kepada Allah SWT seperti di dalam ayat 19 surah Yunus. Kemudian adakah taubat Firaun itu diterima oleh Allah SWT? Mohon jawapannya terima kasih.

JAWAPAN:
Firaun dikenali sebagai raja pemerintah Mesir dengan sikapnya yang zalim dan kejam. Dia juga merupakan manusia yang pernah menggelarkan dirinya sebagai Tuhan semesta alam serta mencabar ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Musa A.S. Ini seperti yang disebut di dalam al-Quran:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَ
Dengan berkata: “Akulah Tuhan kamu, yang tertinggi.” (Surah al-Nazi’at: 24)

Selain itu, Firaun dengan sifat sombongnya memperolok ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S supaya menyembah Allah SWT. Oleh sebab itu, Firaun memerintahkan Haman untuk membina bangunan yang tinggi supaya dapat melihat Tuhan yang diceritakan oleh Nabi Musa A.S iaitu Allah SWT. Ini seperti yang diceritakan di dalam al-Quran:

قَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang Tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Qasas: 38)

Tafsir Surah Yunus Ayat 90-91

Berbalik kepada persoalan di atas, kami datangkan pandangan ulama’ tafsir berkenaan ayat yang menceritakan tentang Firaun dan bala tenteranya hampir mati ditenggelami laut yang dibelah oleh Nabi Musa A.S, dia sempat mengungkapkan kalimah beriman kepada Allah SWT sebelum ajalnya menjelma.

Firman Allah SWT:

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).” (Surah Yunus: 90)

Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan ayat (لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ) menyatakan perakuan keimanan ketika itu tidak memberi sebarang manfaat. Taubat yang diterima Allah SWT adalah taubat sebelum didatangkan ke atasnya balasan, adapun sewaktu menerima balasan maka taubatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi, 8/377)

Syeikh al-Maraghi menyebut ketika Firaun menyebut kata-kata taubat, ketika itu telah terputusnya waktu taubatnya itu. Ini kerana ketika dia mengungkapkan keimanan, dirinya berada di dalam keadaan tidak dapat berbuat apa-apa (ketika datangnya balasan Allah SWT). (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/151)

Lalu Allah SWT menjawab keimanan Firaun di dalam ayat seterusnya, ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak menerima taubat Firaun kerana dia telah diberi peringatan dan tempoh masa untuk beriman kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
(Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” (Surah Yunus: 91)

Imam al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya, ayat di atas merupakan firman daripada Allah SWT. Selain itu, ada juga pendapat yang menyatakan ayat di atas merupakan kata-kata daripada Malaikat Jibril, Mikail atau Malaikat yang lain R.Anhum. Mengikut pendapat yang lain, ayat di atas merupakan kata-kata Firaun dalam dirinya ketika dalam keadaan nazak. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi, 8/379)

Syeikh al-Maraghi menyebut di dalam tafsirnya, ayat di atas memberi maksud jawab balas Allah SWT kepada Firaun dengan pertanyaan iaitu, baru sekarangkah engkau hendak beriman setelah engkau melakukan keburukan pada saat kematian semakin hampir. Oleh itu, ungkapan keimanan pada waktu itu tidak lagi akan diterima. (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/151)

Justeru, bukti bahawa taubat Firaun tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT menceritakan di dalam surah yang lain berkenaan dengan azab yang akan dihadapi oleh Firaun serta pengikutnya ketika di alam barzakh dan dihari akhirat.

Firman Allah SWT:

النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya Kiamat (diperintahkan kepada Malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Ghafir: 46)

Kesimpulan

Bebalik kepada persoalan di atas dan penjelasan diberikan, dapat kami simpulkan di sini bahawa Firaun sempat mengungkapkan keimanannya kepada Allah SWT dalam keadaan dia hampir mati ditenggelami oleh laut yang dibelah oleh Nabi Musa A.S. Akan tetapi Allah SWT tidak menerima taubatnya kerana dia bertaubat dalam keadaan dia sedang nazak dan tidak dapat berbuat apa-apa. Hal ini seperti yang dijelaskan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr R.A, sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana nyawanya tidak sampai ke kerongkong.” [Riwayat Ibnu Majah (4253)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk bertaubat serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-firaun-sempat-bertaubat-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zidane Tidak Pasti Hazard Sempat Beraksi Sebelum Penghujung Musim

Zidane Tidak Pasti Hazard Sempat Beraksi Sebelum Penghujung Musim

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 153 hits
Pengurus Real Madrid mengatakan beliau tidak pasti sama ada Eden Hazard mampu untuk kembali beraksi sebelum musim ini berakhir selah mengalami kecederaan serius pada buku lalinya pada minggu lepas Pemain tersebut meninggalkan padang dalam k...
Karen Pooroe Sempat Tulis Pesan Sebelum Anaknya Meninggal Apakah Zefi Rindu Mammie

Karen Pooroe Sempat Tulis Pesan Sebelum Anaknya Meninggal Apakah Zefi Rindu Mammie

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 322 hits
Sebelum mendapat kabar mengenai kematian sang putri Zefania atau yang biasa disebut Zefi Karen Pooroe sempat mengunggah video serta menulis pesan mendalam untuk anak semata wayangnya itu
Ashraf Sinclair Sempat Jogging Dan Fitness Sebelum Meninggal Dunia

Ashraf Sinclair Sempat Jogging Dan Fitness Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 325 hits
Bunga Citra Lestari tengah merasakan duka yang mendalam ditinggal oleh sang suami Ashraf Sinclair untuk selama lamanya pada Selasa
15 Gambar Yang Sempat Dirakam Sebelum Berlakunya Malapetaka

15 Gambar Yang Sempat Dirakam Sebelum Berlakunya Malapetaka

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 383 hits
Setiap orang pasti mempunyai saat saat yang mencuit hati ketika merakam sesuatu gambar Gambar gambar tersebut akan menggamit kenangan dan membuat kita tersenyum apabila melihatnya Jom kita lihat 15 gambar individu yang mengalami kejadian ke...
Noah Ternyata Sempat Minta Adik Ke Ashraf Sinclair Ini Jawabannya Sebelum Meninggal

Noah Ternyata Sempat Minta Adik Ke Ashraf Sinclair Ini Jawabannya Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 435 hits
Meninggalnya Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 lalu menyisakan duka mendalam bagi keluarga dan orang orang terdekat Betapa tidak kepergian Ashraf untuk selama lamanya begitu tiba tiba
Bunga Ajak Pilihkan Gambar Sebelum Arwah Membisu Jadi Detik Terakhir Bunga Bersama Ashraf

Bunga Ajak Pilihkan Gambar Sebelum Arwah Membisu Jadi Detik Terakhir Bunga Bersama Ashraf

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 382 hits
Memasuki hari ketiga pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ramai yang masih lagi terkesan akan kematian mengejut pelakon yang terkenal di dua negara Malaysia dan Indonesia Kesedihan isteri arwah Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinc...
Suami Mohon Hadam Sebelum Nak Kahwin

Suami Mohon Hadam Sebelum Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 272 hits
Saya rasa bersyukur kerana tinggal bersama seorang teman serumah yang dibesarkan bukan dengan fikiran bahawa hanya wanita yang perlu buat kerja rumah Dalam keluarga kecil kami tidak wujud istilah isteri dan ibu sahaja yang perlu menyelesaik...
Dprd Diminta Uji Publik Kandidat Cawagub Dki Sebelum Pemilihan Digelar

Dprd Diminta Uji Publik Kandidat Cawagub Dki Sebelum Pemilihan Digelar

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 203 hits
pengamat politik Ubaidillah Badrun mengatakan uji publik ini penting untuk melihat integritas cawagub dalam arti tidak memiliki rekam jejak yang buruk di mata masyarakat Misalnya tidak terlibat dalam tindak kejahatan ataupun korupsi
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah