Adakah Festival Bon Odori Perayaan Agama


Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival paling penting bagi masyarakat Jepun dan disambut pada bulan Julai setiap tahun, yang mana di Malaysia acara tahunan Bon Odori dianjurkan di Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.


Menurut laman web rasmi Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), ia bermula sebagai acara kecil-kecilan pada tahun 1977 buat ekspatriat Jepun di Malaysia untuk menyemai budaya Jepun di kalangan anak-anak mereka.

Sesetengah upacara atau ritual Bon, seperti menyalakan api besar di penghujung Bon untuk dijadikan panduan untuk pemergian roh mereka yang meninggal dunia, tidak dilakukan di Malaysia. Sekurang-kurangnya tidak pesta itu.

Sebaliknya, tarikan utama di festival itu ialah tarian yang diiringi muzik di sekitar Yagura dan gerai-gerai sekitar yang menjual makanan Jepun.

Ia menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai kepelbagaian seni Jepun, tarian, makanan dan minuman.

Ia juga adalah peluang bagi masyarakat Jepun di Malaysia untuk diperkenalkan dengan budaya Malaysia melalui persembahan tarian anjuran Tourism Selangor, kata JCKL dalam satu kenyataan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, ramai hadirin turut berpakaian Jepun untuk majlis itu dengan memakai yukata, pakaian kapas ringan untuk majlis kasual seperti Bon Odori.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun dengan tumpuan kepada tarian Obon.

Festival yang diadakan di Selangor, sering dilihat sebagai yang terbesar di luar Jepun, dianjurkan oleh antaranya Kelab Jepun Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun, serta mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.

Aktiviti daripada festival tersebut yang sering dinantikan-nantikan adalah tarian mengelilingi pentas diiringi muzik. Pada masa yang sama, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan Jepun ketika festival itu berlangsung.

Festival Bon Odori yang diraikan di Malaysia lebih menjurus kepada acara kebudayaan dan komersial berbanding acara keagamaan, juga simbolik hubungan rapat antara Malaysia dan Jepun

Hubungan diplomatik yang kukuh bukan saja mewujudkan perkongsian ilmu dalam teknologi tetapi juga menggalakkan pertukaran budaya untuk kedua-dua negara.

Sepanjang tahun, Bon Odori dikomersial dan diraikan melalui pusat komersial atau komuniti untuk masyarakat bukan Jepun. Bon Odori telah disambut selama lebih 30 tahun di Malaysia, kerana di sini juga mempunyai ramai peminat Manga dan anime melalui pengaruh Jepun.

Tarikh Sambutan

Perayaan Bon telah dirayakan di Jepun selama lebih dari 500 tahun secara tradisional termasuk tarian, yang dikenali sebagai Bon Odori. Tarikh penyambutan perayaan ini berbeza-beza.

Perayaan Bon berlangsung selama tiga hari, walau bagaimanapun tarikh permulaannya berbeza-beza mengikut wilayah di Jepun.

Apabila kalendar lunar ditukar kepada kalendar Gregori pada permulaan era Meiji, ia telah mewujudkan tiga tarikh perayaan Obon yang berlainan hari.

Pertama Shichigatsu Bon (Bon pada bulan Julai) didasarkan pada kalendar solar dan disambut sekitar 15 Julai di timur Jepun (rantau Kantō seperti Tokyo, Yokohama dan rantau Tōhoku), bertepatan dengan Chūgen.

Hachigatsu Bon (Bon pada bulan Ogos), berdasarkan kalendar lunar, disambut sekitar 15 Ogos dan merupakan masa yang paling sering dirayakan.

Kyū Bon (Old Bon) dirayakan pada hari ke-15 bulan ketujuh kalendar lunar dan begitu berbeza setiap tahun. Kyū Bon dirayakan di kawasan-kawasan seperti bahagian utara rantau Kantō, wilayah Chūgoku, Shikoku dan Wilayah Okinawa.

ADAKAH IA PERAYAAN AGAMA?

Perkataan Odori dalam bahasa Jepun bermaksud tarian traditional Jepun, manakala Bon pula adalah nama kepada Perayaan Hantu Lapar iaitu satu amalan dalam agama Buddha.

Falsafah dan sejarah di sebalik perayaan Bon ini adalah berasaskan kepada kepercayaan agama yang wujud di dalam agama Buddha.

Di Jepun, walaupun unsur keagamaan perayaan (terutama untuk tarian) semakin pudar, sebaliknya Bon Odori menjadi karnival musim panas.

Pada asalnya, merupakan upacara berehat untuk roh nenek moyang mereka, tarian Bon kemudiannya mula berkembang dan bertukar menjadi satu bentuk hiburan dan perayaan.

Sejarah

Di sisi sejarah Bon Odori ini, kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions.

Kisahnya tentang seorang pengikut Siddhratha Gautama Buddha, bernama Mu-Lien (Sanskrit: Maudgalyayana) yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib, serta misinya untuk mencari kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini juga tertulis di dalam Ullambana Sutra (juga dikenali Yulanpen Sutra yang dipercayai ditulis antara 266-313 Masihi).

Ketika Maudgalyayana sedang bertapa, dia ternampak ibunya sedang merana di dalam neraka akibat daripada balasan amalan buruk ibunya semasa hidup.

Ibunya menjadi hantu lapar yang memiliki leher yang sempit tetapi perut yang besar, menyebabkan ia sukar untuk menelan makanan manakala perut yang besar menyebabkan perut selalu kosong dan dalam keadaan lapar.

Ini adalah balasan kepada ibunya kerana tidak membelanjakan wang peninggalan suaminya dengan memberikan makanan kepada orang ramai sepertimana diwasiatkan oleh suaminya itu.

Hal ini membuatkan Maudgalyayana berasa sedih, terseksa dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya. Dia telah mengurangkan seksaan ibunya itu dengan meminta tunjuk ajar daripada Buddha cara untuk memberi makan kepada ibunya itu.

Buddha mengarahkan untuk meletakkan makanan di atas pinggan yang bersih dan membaca mantra tertentu sebanyak tujuh kali dan memetik jari untuk memanggil roh yang telah meninggal lalu meletakkan makanan itu di atas lantai yang bersih.

Perbuatan Maudgalyāyana ini telah dapat menyelamatkan ibunya dan ibunya menjadi anjing yang dijaga oleh sebuah keluarga bangsawan.

Dia lalu meminta bantuan Buddha lagi sekali untuk menghidupkan kembali ibunya menjadi manusia. Buddha pun menetapkan suatu hari (iaitu hari ke-14 bulan ke-7 tahun lunar) di mana Maudgalyāyana perlu memberi makan kepada 500 bhikkhu (para sami), sehingga akhirnya ibunya telah dapat dihidupkan kembali dalam bentuk manusia.

Lalu peristiwa ini mula dikenang dan diamalkan oleh penganut Buddha. Ia dikenali sebagai Ullambana.

Ketika agama Buddha mula masuk ke Jepun sekitar abad ke 4 Masihi, Ullambana ini mula dikenali sebagai Bon, hari bagi meraikan roh nenek moyang.

Bon Odori Tarian Menghiburkan Hantu


Tarian di dalam perayaan Bon Odori adalah salah satu cara untuk menghiburkan roh atau hantu nenek moyang.

Situasinya hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh orang cina iaitu melakukan hiburan opera dan juga mengadakan konsert sempena Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival).

Cuma di Jepun ia disertakan dengan tarian bagi menghiburkan hantu-hantu nenek moyang.

Bon Odori memiliki cara tarian khusus, biasanya melibatkan orang ramai yang berbaris dalam lingkaran sekitar perancah kayu seperti pentas yang tinggi dan dibuat khas dipanggil sebagai Yagura.

Sesetengah tarian Bon Odori bergerak mengelilingi mengikut arah jam. Pentas Yagura itu dianggap sebagai kiblat semasa tarian itu diadakan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Asal-usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat CinaMisteri Asal-usul Tarian Ulek Mayang
sumber: (1)(2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/06/festival-bon-odori-perayaan-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Festival Bon Odori Bertentangan Syarak Idris Ahmad Nasihatkan Umat Islam Agar Tidak Sertai

Hiburan Festival Bon Odori Bertentangan Syarak Idris Ahmad Nasihatkan Umat Islam Agar Tidak Sertai

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 171 hits
Festival Bon Odori yang ditangguhkan sekian lama dilaporkan akan diadakan di Shah Alam pada 16 Juali dan Pulau Pinang pada 30 Julai 2022 ini Kemeriahan festival itu yang mengetengahkan budaya masyarakat Jepun itu pastinya dinantikan ramai o...
Apa Itu Perayaan Bon Odori

Apa Itu Perayaan Bon Odori

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 155 hits
malaysiakini comPANDUANKINI l Pesta Bon Odori yang berasal dari Jepun telah disambut di Malaysia sejak beberapa dekad lalu Perayaan tahunan yang diadakan di Shah Alam sahaja dilaporkan menarik kehadiran lebih 35 000 rakyat negara ini dan ek...
Hiburan Baginda Sendiri Pernah Hadir Sultan Selangor Titah Jais Tak Perlu Sekat Festival Bon Odori

Hiburan Baginda Sendiri Pernah Hadir Sultan Selangor Titah Jais Tak Perlu Sekat Festival Bon Odori

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 143 hits
Terbaharu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tidak menyekat program kebudayaan Jepun iaitu Festival Bon Odori yang akan berlangsung di Shah Alam pada tarikh 16 Julai nanti Hal ini dim...
Bon Odori Perayaan Hantu Kaum Buddha Jepun

Bon Odori Perayaan Hantu Kaum Buddha Jepun

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 168 hits
Isu yang tengah hangat di perkatakan sekarang adalah sambutan Festival Perayaan Bon Odori Ada berpendapat bon odori adalah festival kebudayaan orang jepun yang tak salah untuk umat Islam menyertai bagi tujuan mengenali budaya bangsa lain ta...
Festival Bon Odori Malaysia Wajar Dijauhi Jika Melalaikan

Festival Bon Odori Malaysia Wajar Dijauhi Jika Melalaikan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 203 hits
Pihak berkuasa ugama Islam wajar menasihati umatnya walaupun acara tersebut tidaklah berstatus di larang atau haram Agak pelik kalau ada pihakberkuasa Ugama Islam menggalakannya pula Apa faedah majlis itu
Perlis Mufti Moots Name Change For Bon Odori

Perlis Mufti Moots Name Change For Bon Odori

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 170 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has proposed that the Bon Odori events in Malaysia be renamed Asri said doing so will avoid any confusion about the event s traditional origin which contained elements of syirik and khurafat If possible ...
Respect Muslim Rights On Bon Odori Issue

Respect Muslim Rights On Bon Odori Issue

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 123 hits
From Adli SaadMalaysia is truly unique We are a nation of different races and faiths living together making us one of the world s most diverse societies Respect has been instrumental in safeguarding this harmony even as other societies impl...
A Declaration Of War On Sultan Selangor 6 Reasons Pas Extremists Have Insulted Islam Committed Treason Over Bon Odori

A Declaration Of War On Sultan Selangor 6 Reasons Pas Extremists Have Insulted Islam Committed Treason Over Bon Odori

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 297 hits
PAS is trying to ridicule Sultan Sharafuddin as someone not qualified and gullible in matters of Islam even though he is the head of Islam in his own state In retaliation against Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor over the issue of B...
Hukum Sambut Bon Odori Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sambut Bon Odori Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 325 hits
Assalamualaikum semua Dalam beberapa hari ini hangat di perkatakan di media massa tentang Bon Odori ini Termasuk orang awam Islam hendak sangat nak sambut perayaan bukan agama Islam Tanpa berfikir hukum Halal dan Haram satu satu perayaan in...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas