Adakah Dia Jodoh Kita 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita Rileks Media


JODOH, rezeki dan kema tian adalah perkara misteri. Kadang kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri. Sebabnya kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.
Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda seperti dipetik dari Berkah2013, Ahad (3/3/2013):
Bersahaja
Si dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum. Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau si dia nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalahcalon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Selesa Bersamanya
Walaupun kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasakannya. Rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.
Menerima Seadanya
Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting, siapa anda yang sekarang. Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah.
Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Jujur
Dia tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorang menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi hak milik anda.
Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur,sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku cu rang. Bila si dia jujur, semakin ha ngat hubu ngan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
Saling Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.
Bekerjasama
Bagi anda yang mahukan hubu ngan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh sekalipun. Segala pekerjaan yang dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Anda dan si dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.
Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang mempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya. Ketika anda sa kit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berdu ka, si dia menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam situasi apapun.
Gembira ataupun berdu ka, si dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam hubu ngan percin taan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan du ka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Papar Kelemahan
Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang  bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan hal yang menyenangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sa kit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya. Apabila anda dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya.
Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya.
Sumber: CiteDunia
Source link
The post Adakah Dia Jodoh Kita, 10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/adakah-dia-jodoh-kita-10-petanda-dia-adalah-jodoh-kita-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Jangan Ambil Mudah Adakah Sah Solat Jika Tersujud Di Atas Telekung Sendiri Rileks Media

Wanita Jangan Ambil Mudah Adakah Sah Solat Jika Tersujud Di Atas Telekung Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 398 hits
JOM TONTON VIDEO Assalamualaikum ustaz saya nak kepastian tentang hukum wanita sujud atas kain telekung sendiri Adakh sujud dikira sah Mohon pencerahan dari ustaz JAWAPAN 1 Sujud merupakan salah satu dari rukun solat antara syarat sah sujud...
Adakah Ada Tanda Melengkung Padanya Tanda Ini Menunjukkan Tahap Kesihatan Anda Rileks Media

Adakah Ada Tanda Melengkung Padanya Tanda Ini Menunjukkan Tahap Kesihatan Anda Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 438 hits
B ny k cara untuk menyemak tahap kesih t n tubuh kita Sal h s tuny deng n lih t t nd melengkung s bit p d kuku Terny t t nd s bit p d kuku menceritakan b ny k tent ng kesih t nmu B hw s nny d s bit y ng terlih t dib gi n ibu jari p d j ri t...
Petua Senang Buat Mak Mak Yang Tak Rajin Gosok Baju Rileks Media

Petua Senang Buat Mak Mak Yang Tak Rajin Gosok Baju Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 266 hits
Mungkin anda rasa pelik tetapi percayalah kalau ikut cara ini anda dah tak perlulah berpeluh bagai semata mata nak gosok baju setiap pagi Cara ini agak membantu kalau anda jenis ibu yang bekerja tambah pula kalau dapat suami yang memang har...
4 Cara Mudah Santan Lebih Tahan Lama Rileks Media

4 Cara Mudah Santan Lebih Tahan Lama Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 561 hits
Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi Sebenarnya masalah santan mudah basi adalah disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik tidak segar dan santan diproses dengan cara tidak bersih Tapi sekarang ...
Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam Rileks Media

Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 360 hits
Antara penya kit penya kit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia Sebagaimana yang kita tahu jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza bagaimanapun secara umumnya manusia tid...
Hasil Sangat Puas Hati Apabila Masukkan Bunga Cengkih Ketika Masak Nasi Rileks Media

Hasil Sangat Puas Hati Apabila Masukkan Bunga Cengkih Ketika Masak Nasi Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 438 hits
Al kisah seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang dimasak Ingatkan biasa je tapi tak sangka bila nasi masak je terjadi sesuatu PETUA YANG DITEMUI SECARA KEBETULAN Al kisah zaman dahulu ada seorang wanita terjatu...
Wanita Kelihatan Lebih Cantik Bila Bangun Pagi Jika Buat 7 Perkara Ini Rileks Media

Wanita Kelihatan Lebih Cantik Bila Bangun Pagi Jika Buat 7 Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 335 hits
Rupanya wanita akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi jika buat 7 perkara ini sebelum tidur Tidur malam merupakan waktu bagi merehatkan diri setelah seharian sibuk menguruskan pelbagai perkara disiang hari Baik perkara di tempat kerja...
Jamu Homemade Wanita Ni Bukan Hanya Angin Keluar Tapi Berjaya Turunkan Berat Badan Rileks Media

Jamu Homemade Wanita Ni Bukan Hanya Angin Keluar Tapi Berjaya Turunkan Berat Badan Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 423 hits
Amalan makan jamu memang amat disarankan oleh nenek nenek kita pada zaman dahulu Namun membiasakannya dengan masyarakat kita hari ini agak sukar dilakukan oleh wanita zaman sekarang Boleh dikatakan amalan makan jamu hanya diamalkan oleh wan...
Apa Makna Mimpi Didatangi Ibu Bapa Yang Telah Pergi Selamanya Rileks Media

Apa Makna Mimpi Didatangi Ibu Bapa Yang Telah Pergi Selamanya Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 456 hits
Pernah bermimpi tentang ayah atau ibu baik yang sudah Al mar hum Ingin tahu apa sebabnya Mak mertua saya pernah tanya saya Halil selama mak mening gal berapa kali mimpi mak ar wah mak Saya jawab dengan nada sedih Ermm baru 2 kali mama Semin...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya