Adakah Cecair Sanitasi Spray Gun Semburan Nano Selamat


ALAT penyembur nano tanpa wayar bersama cecair sanitasi 5 liter yang kini dipasarkan secara meluas pada harga yang berbeza termasuk oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang perubatan. Tiada bukti menunjukkan sebatian nanosilver berkesan mencegah Covid-19, dikhuatiri hanya memberi semburan palsu buat pengguna Kuala Lumpur: Lambakan penjualan produk cecair nyahkuman yang digunakan dalam bentuk semburan kabus kini semakin popular, sekali gus mendedahkan risiko masalah kesihatan berganda kepada pengguna.

Isunya, bukan saja keberkesanannya diragui dalam membanteras virus terutamanya Covid-19, malah membimbangkan bahan kimia yang terkandung dalam cecair itu terbukti membahayakan saluran pernafasan manusia.

Laporan muka depan Harian Metro Semakan Harian Metro mendapati produk cecair nyahkuman menggunakan sebatian seperti benzalkonium chloride (BAC) atau nanosilver dijual secara berleluasa di platform e-dagang atau media sosial sedangkan tiada kajian saintifik mengesahkan keberkesanannya membasmi virus Covid-19.


Sebelum ini, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendedahkan tiada bukti menunjukkan sebatian nanosilver berkesan mencegah Covid-19.

Namun, apa yang mengelirukan sebahagian peniaga turut meletakkan salinan laporan ujian makmal dan Lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS) serta mendakwa produk nyahkuman berkenaan diperakui KKM untuk mengukuhkan dakwaan mereka mengenai 'keberkesanan' bahan itu.

Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Bimo Ario Tejo berkata, keberkesanan alat penyembur nano untuk membunuh virus Covid-19 bergantung kepada jenis cecair nyahkuman yang digunakan.

Katanya, kebanyakan penyembur nano menggunakan cecair nyahkuman 'amonium kuaterner' seperti BAC atau berasaskan klorin seperti sodium dichloroisocyanurate (NaDCC) dan sodium hypochlorite.


"Keberkesanan BAC yang digunakan untuk membunuh virus Covid-19 masih diragui. Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat tidak mengesyorkan penggunaan BAC untuk membunuh virus ini disebabkan ketiadaan bukti keberkesanan yang kukuh.

"Berbeza dari BAC, cecair berasaskan klorin seperti NaDCC pula memiliki keberkesanan yang lebih baik untuk membunuh virus Covid-19," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kedua-dua bahan kimia berkenaan memberikan kesan yang membahayakan saluran pernafasan dan paru-paru pengguna apatah lagi jika ia digunakan dengan kerap.

"Dari aspek keselamatan, BAC dan NaDCC yang ditukarkan kepada bentuk kabus menerusi penggunaan bersama alat penyembur itu lebih mudah untuk dihidu dan membahayakan saluran pernafasan manusia.

"Kajian menunjukkan sebatian BAC jika terhidu boleh menyebabkan 'bronchoconstriction' terutama kepada penghidap asma manakala NaDCC pula menyebabkan kerengsaan hidung, tekak dan paru-paru.

"Justeru, aspek keberkesanan dan keselamatan mesti diambil kira dalam penggunaan penyembur nano ini, malah penggunaan cecair nyahkuman yang tidak berkesan memberi perasaan aman palsu (false sense of security) yang sudah tentu merisikokan pengguna kepada jangkitan Covid-19," katanya.

Menurutnya, masyarakat perlu memahami mekanisme pembasmian bakteria dan virus berbeza kerana proses pembiakannya juga tidak sama.

"Ada juga yang menggunakan cecair nanosilver sedangkan sebatian ini hanya berkesan membunuh beberapa bakteria saja tetapi masih tiada bukti keberkesanan membasmi virus Covid-19.

"Kita tidak boleh samakan apa yang terbukti berkesan membunuh bakteria boleh juga membunuh virus apatah lagi Covid-19 ini masih lagi perlukan kajian lanjut.

"Perlu difahami, jika sebatian nyahkuman boleh merencatkan pembiakan mikro organisma bakteria, virus pula membiak dalam sel tubuh badan kita, tetapi ia hanya statik atau mati jika di luar permukaan kulit," katanya.

ALAT penyembur nano tanpa wayar bersama cecair sanitasi lima liter yang kini dipasarkan secara meluas pada harga yang berbeza termasuk oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang perubatan. KPDNHEP, KKM bincang cecair semburan nano Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keberkesanan cecair nyahkuman yang digunakan dalam bentuk semburan nano.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Setakat ini, kita tak dapat satu keputusan membuktikan cecair itu boleh mematikan virus Covid-19.

"Memang cecair ini belum disahkan berkesan lagi jadi kita nasihatkan pengguna jangan terpedaya sehingga terbukti bahan itu berkesan.


"Pengguna juga perlu pastikan pengesahan atau kelulusan pihak berkuasa pada label produk sebelum membeli apa saja bahan yang didakwa mencegah virus Covid-19," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) akan dikenakan terhadap syarikat atau penjual yang mendakwa produk itu berkesan.

"Kita boleh siasat dan minta peniaga turunkan iklan itu. Buat masa ini, kita belum terima sebarang laporan berhubung isu ini kemungkinan pengguna pun tidak sedar perkara ini.

"Peniaga yang overclaim mendakwa produk itu berkesan tetapi tiada bukti, keberkesanannya dipersoalkan atau tidak mendapat perakuan KKM, boleh diambil tindakan di bawah APD," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/adakah-cecair-sanitasi-spray-gun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nano Mist Spray Gun Bagus Tidak Panduan Kkm Terkini Senarai Larutan Disinfeksi

Nano Mist Spray Gun Bagus Tidak Panduan Kkm Terkini Senarai Larutan Disinfeksi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 487 hits
NANO MIST SPRAY GUN bagus atau tidak Ini panduan KKM terkini SENARAI JENIS KEPEKATAN LARUTAN BERKESAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Gempar Malaysia kelmarin bila keluar tajuk berita spray nano mist tidak sesuai digunakan ke at...
Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah Memadai Buat Cara Ni Lagi Selamat

Dr Izzar Nasihat Tak Perlu Spray Gun Dalam Rumah Memadai Buat Cara Ni Lagi Selamat

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 224 hits
Sejak negara dilanda pandemik kebanyakan orang ramai cuba nak dapatkan produk yang dikatakan boleh mengekang wabak Covid 19 Memang itu satu usaha yang patut dipuji Namun ada sesetengahnya bukan keperluan pun Paling penting kesedaran penggun...
Penyembur Sanitasi Adakah Ia Selamat

Penyembur Sanitasi Adakah Ia Selamat

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 228 hits
Dengan hanya menarik picu atau menekan butang mesin bertenaga bateri ini akan menghasilkan kabut nano dari botol yang berisi campuran peluntur dan air selain bahan kimia lain GEORGE TOWN Mesin penyembur sanitasi menjadi semakin laris ketika...
Nano Spray Atau Seumpamanya Tidak Selamat

Nano Spray Atau Seumpamanya Tidak Selamat

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 175 hits
KAK IDA ABDULLAHActually SOP penjarakan fizikal dan cuci tangan hand sanitizer sudah mencukupi Nano spray dan sebagainya adalah tidak perlu X perlu buang duit unnecessarily Sarung tgn pun x payah Tk tau la nak habaq lagu mana dh Bila bgtau ...
Nano Spray Machine K560 Terbeli Akhirnya

Nano Spray Machine K560 Terbeli Akhirnya

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 318 hits
NANO SPRAY MACHINE K560 TERBELI JUGAK AKHIRNYA Ingatkan taknak la beli spray machine ni tapi tiba tiba babah kata kita The post appeared first on
Nano Mist Spray Tak Ada Guna Pun Dr Izzar

Nano Mist Spray Tak Ada Guna Pun Dr Izzar

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 186 hits
Nano mist spray tak ada guna pun Dr Izzar Penularan wabak COVID 19 menyaksikan pelbagai produk dijual bertujuan untuk mengekang virus itu daripada terus merebak Antaranya produk seperti cecair pembasmi kuman pelitup muka sarung tangan spray...
Berkesan Ke Tidak Guna Spray Gun Di Rumah Ada Risiko Jika Salah Penggunaannya

Berkesan Ke Tidak Guna Spray Gun Di Rumah Ada Risiko Jika Salah Penggunaannya

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 468 hits
Spray Gun merupakan alatan membasmi kuman yang setiap rumah pasti memilikinya yang dikatakan dapat membantu nyah infeksi COVID 19 terutamanya apabila berada di rumah Pelbagai inovasi yang boleh dapat ketika ini dan spray gun adalah alatan t...
Hiburan Tidak Digalakkan Suka Guna Spray Gun Ini Penjelasan Dr Izzar

Hiburan Tidak Digalakkan Suka Guna Spray Gun Ini Penjelasan Dr Izzar

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 197 hits
Penularan wabak COVID 19 menyaksikan pelbagai produk dijual bertujuan untuk mengekang virus itu daripada terus merebak Antaranya produk seperti cecair pembasmi kuman pelitup muka sarung tangan spray gun dan sebagainya AdvertisementARTIKEL B...
Nano Spray Awas Jangan Terpedaya

Nano Spray Awas Jangan Terpedaya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 150 hits
Nano spray awas jangan terpedaya Penjualan alat penyembur nyah kuman atau dikenali nano spray yang didakwa mampu mematikan virus Covid 19 secara meluas di pelbagai platform sehingga menyebabkannya laku bak pisang goreng panas Bukan sahaja d...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas