Adakah Apa Apa Menggembirakan Daripada Pm Baharu Sebelum Merdeka


 
Sambutan hari kemerdekaan Malaysia tinggal lima hari namun tiada apa-apa berita gembira yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak mengangkat sumpah jawatan.

Supremo DAP, Kim Kit Siang berkata, rakyat sepatutnya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara selepas Hari Kebangsaan ini dengan memenuhi tiga syarat iaitu, kurang daripada 500 kes baharu Covid-19, jumlah katil unit rawatan rapi yang mencukupi dan 60% populasi dewasa telah menerima vaksin.
Namun hal berkenaan, jelasnya, tidak kelihatan akan berlaku dalam tempoh terdekat.
"Sejak pengumuman Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, negara kita tidak pernah mencapai syarat pertama; kurang daripada 4,000 kes harian menjelang hujung bulan Jun, memandangkan selain daripada dua hari pada 21 dan 22 Jun di mana kita mencatatkan 4,611 dan 4,743 kes, kita telah mencatatkan di antara 5,150 kes pada 16 Jun sehingga 9,353 kes pada 7 Julai sebelum mula mencatatkan kes harian dalam julat lima angka dengan angka tertinggi mencecah 23,564 kes pada 20 Ogos 2021.




"Apa yang jelas Pelan Pemulihan Negara mereka yang bertanggungjawab terhadap perang melawan wabak Covid-19 ini tidak menjangkakan langsung angka kes harian akan mencapai lima angka, kerana mereka menjangkakan penurunan di bawah 500 kes sehari selepas Hari Kebangsaan.

"Perkara ini adalah satu pengajaran amat mahal yang kita perlu insafi, daripada 15 Jun sehingga hari ini, terdapat 925,726 kes baharu yang memberikan purata sebanyak 13,224 kes sehari 10,484 kematian akibat Covid-19, purata sebanyak 150 kematian sehari, dan bukannya penurunan kepada julat di bawah 500 kes sehari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Kit Siang, dari segi penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pula, kadar pesakit ICU masih lagi melebihi empat angka, perkara ini pertama kali dicatatkan pada 26 Julai 2021, dengan jumlah kes aktif mencapai kemuncak baharu 262,713 kes
Hanya kadar vaksinasi dalam Pelan Pemulihan Negara, katanya yang kelihatan boleh dicapai, terutamanya di negeri seperti Labuan (92.4% divaksinasi sepenuhnya), Sarawak (85.4%), Lembah Klang (85.2%), Negeri Sembilan (72.3%), Perlis (62.4%), sementara di negeri-negeri lain, kadar vaksinasi masih rendah seperti Pulau Pinang (47.1% ), Melaka (46.8%), Terengganu (42.7%), Perak (41.4%), Johor (38.8%), Kedah (38.3%), Kelantan (37.6%) dan Sabah (31.4%) yang memerlukan pecutan segera program vaksinasi.
"Tetapi, angka ini hanya mewakili populasi dewasa, iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang terdiri daripada kira-kira 70% jumlah populasi negara.
"Oleh itu, keadaan buruk Covid-19 di negara kita memerlukan dasar, strategi, dan pendekatan baharu yang mesti melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.
"Memandangkan negara kita bakal memecahkan siling 1.6 juta kes terkumpul Covid-19 hari ini, dan bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-64 yang amat suram dalam masa seminggu lagi, dengan lebih daripada 1.7 juta kes Covid-19 dan hampir 16,000 kematian akibat Covid-19 ini meletakkan Malaysia di tangga ke-23 di dunia, dengan jumlah kes terkumpul tertinggi," katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang mahu PM baharu lebih peka dalam melantik pasukan yang lebih baik menangani Covid dan tidak mengharapkan pasukan kabinet Mahiaddin lalu dan telah gagal melaksanakan tanggungjawab.
"Perdana Menteri ke 9 telah pun masuk ke pejabatnya dengan jangkaan terendah daripada rakyat, tetapi saya bersedia untuk menggantung penilaian saya kepada beliau untuk memberikan peluang membuktikan semua suara sinis tersilap dan beliau mampu mencipta keadaan untuk membolehkan satu konsensus kebangsaan baharu dibina, bagi membantu negara kita berhadapan cabaran yang dihadapi 12 ke 18 bulan mendatang untuk menyatukan semua rakyat sebagai satu “Keluarga Malaysia”," katanya lagi.
Bagai Kit Siang, ujian pertama kepada Ismail akan tiba apabila beliau mengumumkan senarai Kabinet dan tindakan-tindakan beliau sebelum undian sokongan majoriti di Parlimen pada bulan hadapan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/adakah-apa-apa-menggembirakan-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Sebalik Berita Sambutan Merdeka Norma Baharu

Cerita Sebalik Berita Sambutan Merdeka Norma Baharu

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 314 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Sebelum Beli Smartphone Ini 3 Kriteria Chipset Flagship Yang Membedakannya Dari Chipset Rasa Flagship

Sebelum Beli Smartphone Ini 3 Kriteria Chipset Flagship Yang Membedakannya Dari Chipset Rasa Flagship

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 272 hits
Kalau ponselmu saat ini hanya menawarkan kecepatan pemrosesan bisa chipset yang digunakan adalah chipset rasa flagship
Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

Hiburan Nak Hidup Normal Macam Sebelum Ni Ashraf Muslim Ucap Tahniah Pada Datuk Seri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 298 hits
Pelakon Ashraf Muslim dedikasikan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke 9 berkuat kuasa semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Ashraf di dalam hantaran yang dibuat o...
Nggak Bisa Asal Ini 5 Hal Panduan Sebelum Membeli Cooler Bag Asi

Nggak Bisa Asal Ini 5 Hal Panduan Sebelum Membeli Cooler Bag Asi

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 324 hits
Meski terkesan sepele memilih cooler bag ASI sebaiknya didasari pertimbangan juga lo
5 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery

5 Perkara Wajib Yang Perlu Anda Ada Sebelum Memulakan Bisnes Food Delivery

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tanpa semua persediaan ini bisnes anda akan sukar untuk mendapat ramai pembeli Ada orang cakap nak berjaya dalam apa juga bisnes perkara yang paling penting ialah mempunyai modal yang besar Ya mempunyai m...
Pembantu Muhyiddin Dedah Debat Kecil Sewaktu Sarapan Sehari Sebelum Peletakan Jawatan

Pembantu Muhyiddin Dedah Debat Kecil Sewaktu Sarapan Sehari Sebelum Peletakan Jawatan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 335 hits
MALAYSIA NOW Marzuki berkata Muhyiddin bimbang kemelut politik negara berterusan jika beliau tidak mendapat sokongan sebagai calon perdana menteri Pembantu utama Muhyiddin Yassin mendedahkan sebuah babak ketika perbualan sewaktu sarapan ber...
Hiburan Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah Nana Mahazan Tak Melatah

Hiburan Dikecam Netizen Muat Naik Video Sebelum Berhijrah Nana Mahazan Tak Melatah

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 378 hits
Sejak kebelakangan ini ramai selebriti wanita yang dapat kita lihat sudah berhijrah dan mengubah imej mereka tidak terkecuali seorang personaliti TV terkenal iaitu Nana Mahazan turut mengumumkan dirinya sudah berhijab ARTIKEL BERKAITAN Adve...
Zizan Razak Suruh Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk P0litik Tengok Dulu Datuk Boleh Handle Ke Tak

Zizan Razak Suruh Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk P0litik Tengok Dulu Datuk Boleh Handle Ke Tak

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 336 hits
SEJAK Jumaat media sosial dipenuhi dengan foto orang ramai berkongsi ucapan tahniah gambar kenangan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengalu alukan pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke 9 Seperti biasa usahawan kosmetik Datuk ...
Beranikah Ismail Lengkapkan Kabinetnya Sebelum 7hb

Beranikah Ismail Lengkapkan Kabinetnya Sebelum 7hb

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 287 hits
Perlantikan PM yang perlu disahkan oleh Parlimen satu lagi gambaran ketidaksatabilan mutlak politik Malaysia Akan ujud jawatan TPM lebih dari satu bagi memuaskn hati semua pihak
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25