Adakah Adil Salahkan Kerajaan Atas Sesuatu Di Luar Kawalan Mereka


 
Seperti mana-mana rakyat Malaysia, saya turut terkesan dengan harga barang yang tinggi pada masa ini dan peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pemerhatian yang saya ingin kongsikan melalui pengalaman saya sendiri.
Saya berasal dari latar belakang teknikal dan disebabkan sifat kerja saya, saya perlu kerap ke negara jiran untuk kerja penyelenggaraan rutin yang syarikat saya terlibat.
Apabila saya tidak melakukan perjalanan, saya menghabiskan sebahagian besar masa saya di pejabat saya, di hadapan komputer.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Dengan isteri yang tidak bekerja dan tiga anak untuk ditanggung, apa yang saya dapat mencukupi, dengan sedikit lagi untuk simpanan.
Saya dan keluarga telah mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan kami, termasuk membawa makanan yang dimasak ke pejabat dan sekolah.
Saya seorang yang suka kopi dan minum sehingga empat cawan sehari. Ini adalah tabiat yang mahal, tidak semahal rokok, tetapi sesuatu yang boleh mencecah hingga RM50 sehari – bergantung kepada kopi yang anda minum.
Ramai rakan sekerja saya sentiasa mengadu mereka kehabisan duit pada pertengahan bulan – mengapa tidak jika anda terus memesan kopi dua kali sehari bersama makanan ringan dari Starbucks dan Coffee Bean melalui Food Panda atau Grab.
Bagi saya, ia senang sahaja – bawalah makanan yang dimasak dari rumah dan beg kopi yang boleh bertahan selama berhari-hari yang harganya mungkin sama dengan secawan kopi dari Starbucks.
Satu perkara yang orang Malaysia pandai ialah merungut. Orang ramai suka mengadu, dan yang selalu menjadi sasaran sudah tentu perdana menteri dan kerajaannya.
Fenomena global
Seperti yang dinyatakan, saya banyak mengembara dan jelas apa yang Malaysia alami sekarang adalah fenomena global dan sesuatu yang benar-benar di luar kawalan mana-mana kerajaan.
Harga barang keperluan semakin meningkat di setiap pelusuk dunia. Namun, satu perkara yang rakyat Malaysia tidak sedar atau tidak mahu akui ialah harga kita lebih murah berbanding mana-mana negara jiran kita.
Sebagai contoh, Indonesia adalah pengeluar minyak sawit nombor satu di dunia, tetapi mengapa minyak masak di sana lebih mahal berbanding Malaysia.
Bagi kebanyakan keluarga di negara jiran, kecuali mungkin Singapura dan Brunei, menikmati hidangan ayam bersama keluarga adalah satu kemewahan – seperti pergi ke KFC kira-kira 45 tahun lalu semasa saya masih kecil.
Saya tidak cuba mempertahankan sesiapa, tetapi ini adalah realiti yang ramai di antara kita enggan terima.
Ramai yang tidak melihat gelas itu separuh penuh, tetapi sentiasa separuh kosong. Jika bukan kerana subsidi kerajaan, inflasi kita akan meletup dan mungkin berlaku huru-hara dalam negara.
Daripada apa yang saya baca, kerajaan membelanjakan hampir RM80 bilion untuk subsidi yang merupakan angka besar pada masa seperti ini.
Kopi mahal
Berbalik kepada topik awal saya tentang kopi. Tidak hairanlah ramai di antara kita yang sentiasa merungut tidak cukup wang.
Bagi saya, ia bukan sahaja tentang berapa banyak yang diperolehi, tetapi juga bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan mereka. Apa salahnya minum kopi yang boleh dibuat dengan mudah menggunakan beg kopi dan susu?
Sudah tentu, jika anda memesan kopi dalam talian dua atau tiga kali sehari, ia akan menelan kos yang banyak. Dan apabila anda kehabisan wang, apa lagi…salahkan kerajaan lagi.
Bagi saya dan saya percaya untuk ramai yang lain juga, kerajaan melakukan semua yang boleh ketika kebanyakan negara lain terikat tangan.
Walaupun berdepan krisis ekonomi global berterusan, perang Rusia-Ukraine dan keadaan cuaca tidak menentu, perdana menteri kita terus bertenang dan meneruskan pentadbirannya dengan baik dan teratur.
Di sebalik segala kritikan dan kenyataan biadab yang sering dilemparkan terhadapnya, beliau tetap fokus dan berazam melakukan yang terbaik.
Malaysia mudah lupa
Satu perkara yang saya selalu tanya mereka yang terlibat dalam perbincangan politik dengan saya ialah ini: “Kalau bukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, siapa lagi?”
Apabila saya melemparkan soalan ini kepada mereka, semua orang senyap. Ini kerana tiada orang lain yang mampu dan layak memegang jawatan tertinggi itu sekarang, begitu juga orang lain tidak mempunyai sokongan yang diperlukan.
Ada ramai ahli politik yang sentiasa bercakap kosong, termasuk mereka yang terlibat dengan beberapa kes mahkamah. Kita sebagai pengundi tidak seharusnya diperdaya mereka dan harus meneliti untuk diri sendiri.
Sebelum menyalahkan setiap perkara kecil kepada Ismail, lihatlah sekeliling. Nilailah sendiri keadaan jiran-jiran kita dan tanya, apa lagi yang kita harapkan perdana menteri buat.
Beliau bukanlah seorang yang boleh mengawal harga segala-galanya di pasaran yang ditentukan pelbagai faktor di luar kawalan semua.
Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain atas setiap kekurangan yang kita hadapi dalam kehidupan. Daripada pengalaman peribadi saya, kami berada dalam keadaan jauh lebih baik dari segi akses kepada makanan, perubatan, pendidikan dan juga pengangkutan berbanding banyak negara lain.
Perdana menteri kita melakukan yang terbaik dan kita juga harus memainkan peranan supaya kita dapat mengharungi dan mengatasi masa sukar ini bersama-sama. - FMT
Andrew Seah ialah pembaca FMT.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/adakah-adil-salahkan-kerajaan-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Dap Salahkan Kerajaan Bn

Harga Barang Naik Dap Salahkan Kerajaan Bn

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 183 hits
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata kerajaan patut dari awal mengemukana penyelesaian yang menyeluruh berhubung kenaikan harga barang bukannya bertindak mengikut reaksi orang ramai semata mata Timbalan pengerusi DAP Johor itu berkata ini keran...
Apakah Pendakwaan Ke Atas Lim Guan Eng Bukan Pendakwaan Terpilih

Apakah Pendakwaan Ke Atas Lim Guan Eng Bukan Pendakwaan Terpilih

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 279 hits
Pilih atau Tak pilih sesiapa sahaja yang sedang didakwa tunjuklah jantan sikit kalau dah buat tanggunglah Tak perlulah tuding kenapa dia si polan dan si polan tidak didakwa Masa makan billions sorang sorang Tak pula kau bahagi samarata pada...
Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 231 hits
Pengalaman pertama kali anak melalui penerbangan yang lama memang mencabar Disebabkan terlebih teruja dan aktif anak mula tak duduk diam Seronok tapi mencabar Inilah yang dilalui oleh pelakon Ika Nabella bersama anak dan suaminya yang bercu...
Ada Kepentingan Atas Isu Dilantik Jadi Pengerusi Tak Masuk Akal

Ada Kepentingan Atas Isu Dilantik Jadi Pengerusi Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 289 hits
Sebagai bekas hakim dan bekas peguam negara sepatutnya dari awal apandi menunjukan masih bijaksana untuk menolak perlantikan tersebut atas etika dan jangan kerana masih dendam dan marah peribadi mahu berada di kerusi yang akan menjurus kepa...
Saya Tadah Tangan Janin Keluar Atas Tapak Tangan Rafidah Gugur Kali Ke 2

Saya Tadah Tangan Janin Keluar Atas Tapak Tangan Rafidah Gugur Kali Ke 2

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 205 hits
Allah sebaik baik perancang Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya Begitulah takdir yang berlaku pada Rafidah Ibrahim apabila keguguran kali kedua pada 24 Jun lalu walaupun kandungan dah mencecah 4 bulan Berita sedih ini dikongsikan ol...
Cara Daftar Perniagaan Atas Talian Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Cara Daftar Perniagaan Atas Talian Suruhanjaya Syarikat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 295 hits
Pentingnya usahawan mendaftar entiti perniagaan mereka supaya ia lebih diyakini serta dapat memenuhi syarat dari segala aspek seperti pembiayaan Masih ada berfikiran berniaga sekadar suka suka tapi tahukah anda jika mempunyai entiti perniag...
Mentan Syl Sampaikan Duka Mendalam Atas Kepergian Tjahjo Kumolo

Mentan Syl Sampaikan Duka Mendalam Atas Kepergian Tjahjo Kumolo

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 138 hits
Mentan diketahui sangat dekat dengan Tjahyo jauh sebelum masuk dalam kabinet Jokowi KH Maruf Amin
Umno Nak Harap Pengundi Atas Pagar

Umno Nak Harap Pengundi Atas Pagar

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 190 hits
100 Melayu atas Pagar sokong umno atas dua perkara Samada penyamun didapati tidak berrsalah 60 Melayu akan sokong umno Penyamun segera dihantar ke Sungai buluh 90 Melayu akan sokong umno Ada BAIKNYA umno fokus kepada penyokong yang sedia ad...
Hiburan Tolonglah Guna Carseat Child Lock Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan

Hiburan Tolonglah Guna Carseat Child Lock Netizen Seriau Tengok Budak Tercicir Atas Jalan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 164 hits
Viral di media sosial baru baru ini satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aishah Lokman yang memaparkan kejadian mengejutkan telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video rakaman dashcam tersebut dilihat sebuah ke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator