Adab Masuk Tandas Yang Perlu Diamalkan Agar Ibadah Diterima
Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum jumpa lagi di tempat lain.
Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).
Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.
Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.
Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.
Ini penting dan sebahagian daripada thoharah.
Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.
Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono.
Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi).
Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.
Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas.
Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar.
Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid.
Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis, najis di mana saja kita jejak.
Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah.
Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang.
Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana.
Mari ambil perhatian.
Wallahu a’lam..
Kredit : Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar
Sumber: Pakar diari hati
The post Adab Masuk Tandas yang Perlu Diamalkan Agar Ibadah Diterima appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/adab-masuk-tandas-yang-perlu-diamalkan-agar-ibadah-diterima/