Ada Yang Jadi Proksi Atok Saka Lagi Kah Adakah Pkr Beran Untuk Bertanding Atau Bergerak Sendirian


 
Akhirnya pemimpin kanan PKR dan MP Pasir Gudang mengakui apa yang ramai daripada kita di medsos kata mengenai proksi-proksi Atoksaka yang bersarang di dlm Amanah dan DAP yang cuba mensabotaj dan melemahkan DSAI serta memastikan PH xmenang di dalam PRU15...
Sky Reformis7S7 hp78rcs1c0gshoe3cd  · SURAT TERBUKA KEPADA ANGGOTA DAN PARA PENYOKONG KEADILAN DI SELURUH NEGARASekarang adalah masa yang sukar bagi parti kita Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Kita perlu tenang dan tabah. Ini masa ujian bagi Keadilan.Kita jangan marah-marah apabila ada Adun DAP di Bentong, Pahang yang desak Presiden kita, Saudara Anwar Ibrahim meletakkan jawatan selepas Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihanraya Negeri Melaka.Kita anggota dan para penyokong Keadilan jangan kecil hati apabila Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengemukakan saranan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi calon tunggal Perdana Menteri PH bagi Pilihanraya Umum ke 15 tidak lama lagi.Kita dengar dan hadham ucapan-ucapan pemimpin DAP itu dengan fikiran terbuka.Kita dengar juga pemimpin muda Amanah yang hendak jemput Pejuang, MUDA dan Warisan menyertai khemah PH. Mereka tidak yakin lagi pada kekuatan Keadilan dan pemimpin Keadilan.Kita masih dengar lagi gagasan dari beberapa pemimpin PH di kalangan DAP dan Amanah masih mahu PH bergabung lagi dengan Dr. Mahathir Mohamad.Mereka sengaja hendak melemahkan Keadilan dan Anwar Ibrahim.Sekarang kawan-kawan kita dalam PH tidak anggap lagi Parti Keadilan penting. Mereka sudah tidak sudi menggunakan logo Parti Keadilan untuk jadi logo bersama PH dalam Pilihanraya Negeri Melaka. Dalam Pilihanraya Sarawak, masing-masing parti akan menggunakan logo parti masing-masing.Setiausaha Agung DAP Saudara Lim Guan Eng sendiri dilaporkan media mengumumkan dalam PRU-15 PH akan menggunakan logo rasmi PH. Ertinya Setiausaha Agung DAP menolak logo Keadilan.Pengumuman tentang apa logo yang PH akan gunakan dalam PRU15 nanti, diumumkan terlebih dahulu dan terlebih awal bukan oleh Presiden kita Sdr Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH tetapi oleh Lim Guan Eng. Presiden kita dilanggar begitu sahaja.Apabila PH kalah di Melaka, Presiden kita, Anwar Ibrahim jadi mangsa dikritik hebat oleh pemimpin-pemimpin DAP, Amanah serta anggota mereka.Disuruh berundur. Kita dengar suara kurang sopan, angkuh dan sombong dihamburkan terhadap Presiden kita.Di Melaka, semasa Pilihanraya Negeri tersebut, bukan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang umumkan YB Adly sebagai calon Ketua Menteri Melaka. Tetapi Lim Guan Eng yang umumkan. Sekali lagi Presiden kita tidak dihormati.Mungkin DAP dan Amanah sudah terlalu kuat sekarang dan mereka tidak anggap Keadilan itu penting. Mungkin bagi anggapan mereka Anwar Ibrahim dan Keadilan sudah hilang daya tarikan dan sokongan rakyat.Kita tidak boleh marah-marah pada mereka. Kita pun faham peribahasa Melayu, “ habis madu sepah dibuang”. Begitulah nasib Keadilan dan Presidennya Anwar Ibrahim.Kepada anggota dan para penyokong setia Parti Keadilan Rakyat, kita binalah kekuatan parti kita sendiri. Orang di luar Keadilan boleh desak Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Kalau itu kehendak mereka sangat, buanglah Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Lepas itu buanglah Parti Keadilan dari PH. Kita hendak tengok adakah mereka berani.Tetapi mereka tidak boleh jatuhkan Anwar sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat. Anwar dipilih sebulat suara oleh anggota Keadilan dalam pemilihan secara demokrasi. Kalau mereka sudah tidak sudi menerima kita, apa yang kita boleh buat. Kita masuklah PRU15 nanti secara “solo”. Kita gunakan logo parti kita sendiri.Kalau mereka hendak terajang Keadilan dari PH, terajanglah, jika mereka sudah angkuh sangat.Kita Parti Keadilan pernah tinggal satu kerusi sahaja di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Umum tahun 2004. Orang kata, “habis dah Keadilan”. Tetapi Parti Keadilan bangkit lagi dalam PRU tahun 2008, 2013 dan 2018.Keadilan sangat sayang pada Pakatan Rakyat dulu dan Pakatan Harapan sekarang. Apabila Dalam PRU13, Lim Kit Siang dan DAP rampas kerusi Parlimen Gelang Patah (sekarang Iskandar Puteri), Anwar Ibrahim terpaksa pujuk anggota Keadilan di Johor supaya rela serahkan kerusi Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dan DAP untuk memenuhi kehendak DAP dan Lim Kit Siang. Anwar Ibrahim tidak mahu Pakatan Rakyat ketika itu pecah.Lapan tahun kemudian apabila berlaku Pilihanraya Negeri Melaka pada bulan November 2021 ini, seluruh anggota Keadilan dan pimpinan di semua peringkat mahu supaya logo Keadilan digunakan, tetapi DAP dan Amanah berkeras menolak logo keadilan. DAP dan Amanah berkeras mahu PH gunakan logo PH. Anwar Ibrahim tidak mahu PH pecah kerana soal logo. Presiden Keadilan itu sanggup sekali lagi menentang kehendak para anggota dan pemimpin Keadilan di semua peringkat organisasi demi menjaga supaya PH tidak pecah. Demikian pengorbanan Anwar Ibrahim untuk menjaga PH supaya tidak retak dan tidak pecah. Namun apabila kalah, Anwar Ibrahim disuruh letak jawatan. Anwar Ibrahim, kata pemimpin DAP tidak lagi akan jadi calon Perdana Menteri PH dalam pilihanraya umum akan datang.Kepada anggota dan para penyokong setia Parti Keadilan Rakyat saya menyeru supaya bersiap sedia.Kita tidak akan meninggalkan PH. Kita tidak akan keluar dari PH. Tetapi kalau kawan-kawan kita dalam PH hendak tolak kita dari PH, hendak singkirkan kita dari PH, hendak perlekehkan parti kita dan Presiden kita, ketika itu bersedialah kita untuk masuk Pilihanraya Umum ke15 bersandarkan kekuatan kita sendiri, walaupun terpaksa berseorang diri.Kita tidak akan mengemis supaya Presiden kita jadi calon Perdana Menteri PH. Kita juga tidak akan mengemis supaya PH gunakan logo parti kita. Waktu itu biarlah kita seorang sahaja yang gunakan logo kita sendiri dan masuk pilihanraya umum bersendirian.Bersedialah kemungkinan ini.Hassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir GudangAnggota Biasa Parti Keadilan Rakyat01 Disember 2021 (Rabu)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/ada-yang-jadi-proksi-atok-saka-lagi-kah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kah Apa Macam Pergi Noreh Atau Tidak Pagi Ini Cai Apa Khabar Anak Anak Macamana

Kah Kah Kah Apa Macam Pergi Noreh Atau Tidak Pagi Ini Cai Apa Khabar Anak Anak Macamana

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 208 hits
https wrlr blogspot com 2021 11 biar betul najibdapat rumah bernilai htmlBlog ini telah menyiarkan isu ini minggu lepas Mungkin masa itu ramai yang tidak menyangka lagi perkara ini benar atau tidak berita ini disiarkan pada 13 november lepa...
Pkr Bertanding 27 Dun Prn Sarawak

Pkr Bertanding 27 Dun Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 247 hits
KEADILAN memutuskan bertanding 27 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini Menurut Setiausaha KEADILAN Sarawak Joshua Jabeng strategi itu dilakukan kerana mahu menumpukan kawasan kawasan yang boleh dimenangi sahaja 27 calon Rasiona...
Adakah Perusuh Covid 19 Di Belanda Bodoh Atau Kecewa Video

Adakah Perusuh Covid 19 Di Belanda Bodoh Atau Kecewa Video

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 162 hits
APABILA perusuh perusuh mengamuk di Rotterdam Belanda pada minggu lalu Akash Anroadh dilanda satu perasaan bahawa kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini Beliau yang berumur 27 tahun pernah mengingati bahawa sekumpulan pemuda memba...
Adakah Mereka Sudah Tidak Yakin Terhadap Anwar Dan Pkr

Adakah Mereka Sudah Tidak Yakin Terhadap Anwar Dan Pkr

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 271 hits
PASIR GUDANG Situasi dialami PKR ketika ini boleh diibaratkan sebagai habis madu sepah dibuang apabila rakan komponen dalam Pakatan Harapan dilihat tidak lagi mahu menggunakan logo parti berkenaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Kar...
Kalau Bertanding Tidak Bersama Takkan Bila Menang Mahu Makan Bersama Tiada Keperluan Lantik Adun Pn Jadi Exco

Kalau Bertanding Tidak Bersama Takkan Bila Menang Mahu Makan Bersama Tiada Keperluan Lantik Adun Pn Jadi Exco

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 167 hits
Tiada keperluan untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri baharu daripada Perikatan Nasional dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka kelak Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Moh...
Mahathir Tidak Bertanding Pru15 Tapi

Mahathir Tidak Bertanding Pru15 Tapi

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 125 hits
Akhirnya Langkawi akan ada ahli parlimen yang baharu Dr Mahathir Mohammad tidak akan bertanding pada PRU 15 https asia nikkei com Politics Malaysia in transition Malaysia s Mahathir says he s not running in next election Jika benar Lim Kit ...
Mca Kena Ikut Kehendak Melayu Bertanding Di Kerusi Majoriti Cina

Mca Kena Ikut Kehendak Melayu Bertanding Di Kerusi Majoriti Cina

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 274 hits
MCA bakal jatuhkan kerajaan Melayu Islam SEJAK Pilihan Raya Umum pertama pada tahun 1955 parti MCA telah dianggap sebagai penyokong tegar kerajaan daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional dalam mendapatkan sokongan masyarakat Cina di s...
Apakah Siri Kayangan Akan Berakhir Hari Ini Atau Teruskan

Apakah Siri Kayangan Akan Berakhir Hari Ini Atau Teruskan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 374 hits
Jangkaan nya kayangan tetap kayangan Enggang sama enggang Hanya drama kalau nampak berkawan dengan pipit sekejap dan sementara Bila datang kepada PERATURAN mereka ada keistimewaan dan terang terangan overuled Cuma kembali kepada hukum alam ...
Gerak98 Bersedia Untuk Bertanding Di Dun Bilut Pahang

Gerak98 Bersedia Untuk Bertanding Di Dun Bilut Pahang

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 187 hits
GERAK98 telah mengikuti kenyataan angkuh biadab dan sombong budak hingusan dari Dap yang juga Adun Bilut YB Lee Chin Chen terhadap Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim Kenyataan beliau untuk menggesa Ketua Pembangkang meletakkan jaw...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan