Ada Usaha Libatkan Kerabat Diraja Menentang Putrajaya Pm



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara, beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini, berkata kerajaan sedar bahawa ia adalah langkah politik untuk mendapatkan sokongan daripada Raja-Raja.
"Memanglah, sesetengah anggota kerabat diraja mungkin terlibat. Tetapi keseluruhan rancangan ini adalah supaya kerabat diraja di Malaysia menentang kerajaan sekarang

“Itulah motifnya. Tetapi disebabkan kekeliruan ini dan kekeliruan dalam kalangan Raja-Raja, kami membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf statut berkenaan

"Kami menarik diri bukan sebab Statut Rome membahayakan kami, sebaliknya disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang, termasuk mereka yang bercita-cita politik. Kami tahu (perkara) ini,” katanya sambil menambah keputusan untuk menarik diri dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan kabinet

Kurang senang
Dr Mahathir yang jelas kelihatan kurang senang, berkata beliau tahu ada percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing

"Saya amat terkejut apabila ada orang yang cuba menggunakan penerimaan Statut Rom ini sebagai bukti bahawa kerajaan telah menyerahkan segala-galanya kepada statut ini.
"Tiada satu cara pun untuk mereka ambil tindakan ke atas kita, jika sebagai contoh, kerajaan terdahulu 'bossku curi duit', kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan tiada apa juga cara untuk mereka campur tangan,” katanya yang nyata merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak

"Tetapi sekarang dalam isu ini, mereka nak cuba nak gunakan untuk memburukkan kerajaan terutama melabelkan saya sebagai pengkhianat kepada bangsa saya. 
"Tak apalah, mereka dah label saya pengkhianat. Mereka pengkhianat besar

“Masa Najib curi duit, jual tanah dan buat macam-macam, mereka tidak tegur satu patah pun. Mereka bersembunyi (dan) saya pun tak tahu di mana, tetapi mereka bimbang tindakan mungkin diambil ke atas mereka," katanya

Dr Mahathir berkata memandangkan kerajaannya menjunjung kedaulatan undang-undang dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka, pihak ini membangkitkan isu Statut Rome

"Ini adalah isu politik, bukan persoalan tentang undang-undang, sebaliknya percubaan untuk memburuk-burukkan nama kerajaan ini dan nama saya. Saya tahu kenapa… sebab saya sentiasa tegas dengan pengubahan wang haram.
"Siapa jua yang melanggar undang-undang, kami tak peduli siapa mereka, kami akan ambil tindakan. Kami tak peduli sama ada mereka putera raja atau papa kedana. Itu pendirian kami.
"Tetapi, mereka berjaya menimbulkan kekeliruan dalam minda rakyat kononnya undang-undang ini menidakkan hak orang Melayu dan Raja-Raja. Ini sama sekali mengarut. Mereka tak mungkin datang dan menyingkirkan Raja kita sebab ada tentera yang mungkin telah menembak seseorang. Itu tidak boleh dilakukan,” katanya

Bunuh orang
Dalam perkara ini, menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong bukanlah seorang eksekutif atau ketua negara, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat perdana menteri

"Memanglah, mereka boleh datang dan ambil tindakan ke atas saya. Tetapi untuk apa? Adakah saya akan bunuh orang? Adakah saya akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu

“Sayalah yang paling membantu orang Melayu lebih daripada sesiapapun sehinggalah saya dikenali sebagai 'Ultra Malay'. Tetapi kini mereka cuba merosakkan imej itu demi memajukan kerjaya politik mereka,” katanya

Sungguhpun ada pihak beranggapan mereka boleh mencuri tanpa dikenakan sebarang tindakan sekiranya kerajaan tidak menandatangani statut itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa mereka

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa sekiranya Malaysia menerima Statut Rome, akan wujud kes bertentangan, misalnya berlaku kes hak asasi manusia di negara ini, dan ini akan mengakibatkan Malaysia hilang kebebasannya untuk menggubal dasar serta undang-undangnya sendiri

Mahathir begitu marah
"Ini tidak benar. Yang benar adalah kalau kita keterlaluan membuat sesuatu yang dianggap amat buruk sekali. Bagaimanapun, jika kita tidak tandatangani (statut itu) sekalipun, jika kita melakukan perkara yang keterlaluan, seluruh dunia tetap akan menentang kita. Statut Rom hanya terkena kepada kita kalau kita bertindak secara keterlaluan

"Myanmar contohnya yang tidak menandatangani Statut Rom dan melakukan perbuatan keterlaluan, menyebabkan dunia mengambil pandangan berat terhadapnya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpandangan serius tanpa apa-apa pengakuan mengenai statut itu,” katanya

Dr Mahathir berkata kerajaan semasa tidak melakukan sebarang tindakan yang keterlaluan, sebaliknya memastikan setiap rakyatnya menikmati kekayaan dan peluang di negara ini yang diagihkan dengan saksama.

Ketika ditanya kenapa beliau begitu marah berhubung perkara itu, Dr Mahathir berkata: "Saya melihat ini sebagai satu cara untuk menconteng arang di muka saya, sebab mereka tahu mereka tidak boleh senang-senang menyingkirkan saya, jadi mereka perlu mencemarkan nama baik saya

"Sama seperti dulu semasa saya dipanggil Maha Zalim tetapi mereka terima saya sebagai pemimpin mereka

“Perkara ini berlaku dalam politik, tetapi saya dapati percubaan tertentu ini untuk mendapatkan pembabitan Raja-Raja, untuk mencari pengaruh, supaya Raja-Raja menandatangani sesuatu bagi menentang saya. Dalam hubungan ini, saya fikir saya perlu cakap terus terang... bahawa mereka tidak boleh melakukannya.
"Bukan sebab kami takut kepada mereka, tetapi sebab mereka menggunakan politik ini ke atas orang yang jahil,” katanya


Sumber: MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/04/ada-usaha-libatkan-kerabat-diraja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerabat Diraja Perak Lemas Di Pulau Perhentian

Kerabat Diraja Perak Lemas Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 514 hits
WANITA dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu Pulau Perhentian jam 4 15 petang semalam Difahamkan mangsa adalah kerabat diraja Perak dan dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masa...
Ada Usaha Libatkan Raja Raja Tentang Kerajaan Mahathir

Ada Usaha Libatkan Raja Raja Tentang Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 397 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat Sambil menegaskan bahawa...
Plot Tentang Dr M Anwar Rujuk Seseorang Dari Kerabat Diraja

Plot Tentang Dr M Anwar Rujuk Seseorang Dari Kerabat Diraja

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 276 hits
Plot tentang Dr M Anwar rujuk seseorang dari kerabat diraja Anwar menjawab dakwaan bahawa kenyataan Dr Mahathir itu mungkin merujuk kepada pemimpin dalam Pakatan Harapan
Possible To Defer Rts Cross Border Link Says Singapore After Putrajaya Request

Possible To Defer Rts Cross Border Link Says Singapore After Putrajaya Request

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 298 hits
PETALING JAYA Singapore s transport ministry today said it is possible for Putrajaya to be granted an extension on matters related to the Rapid Transit System Link project In confirming that Putrajaya had requested for a six month deadline ...
Kalau Dah Bangang Sangat Serahkan Putrajaya Kepada Bn Najib

Kalau Dah Bangang Sangat Serahkan Putrajaya Kepada Bn Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 207 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggelar Kerajaan Pakatan Harapan sebagai bangang kerana tidak mampu mentadbir negara lapor MalaysiaKini nbsp Ahli Parlimen Pekan itu juga menggelar PH sebagai Kerajaan Kencing Rakyat turut meng...
Putrajaya Waiting On Ag S Chambers For Rci On Judiciary

Putrajaya Waiting On Ag S Chambers For Rci On Judiciary

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 136 hits
The Attorney General s Chambers will need to take further action before a Royal Commission of Inquiry into alleged judicial misconduct can proceed said the government Minister in the Prime Minister s Department Liew Vui Keong said this in a...
Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

Rasa Klasik Dan Asli Masakan Melayu Untuk Iftar Ramadan Di The Everly Putrajaya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 491 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pihak The Everly Putrajaya juga memberikan anda satu lagi pilihan untuk berbuka puasa Kali ni hotel m...
Rome Statute Johor Sultan Thanks Putrajaya For Listening To People S Voice

Rome Statute Johor Sultan Thanks Putrajaya For Listening To People S Voice

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 332 hits
Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar today thanked Putrajaya for listening to the people s voice by withdrawing from the Rome Statute of the International Criminal Court I would like to say thank you to the Malaysian government for li...
Buffet Ramadhan 2019 The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 The Everly Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1174 hits
Bulan ramadhan menjelang tiba Pejam celik pejam celik setahun dah berlalu ramadhan yang lepas Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah yang mana pada bulan inilah seluruh umat Islam berlumba lumba untuk meraih pahala bukan sahaja denga...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa