Ada Tak Kena Dengan Projek Asrama Pekerja Penduduk Batu Maung


SUSAN LOONE



Sekumpulan penduduk membantah pembinaan blok ketiga bangunan asrama pekerja di kawasan perindustrian Batu Maung di bahagian selatan Pulau Pinang

Diluluskan pada April 2016, projek itu dilaporkan melibatkan asrama untuk 8,568 pekerja asing, yang akan dibawa untuk bekerja dengan pengangkutan 108 buah bas pada dua syif setiap hari.

Ia akan mengambil masa selama tiga setengah jam untuk kesesakan lalu lintas reda, kata kumpulan itu menjelaskan jalan sedia ada di kawasan itu terlalu kecil untuk menampung kesemua bas pada masa yang sama.

Penduduk membawa sepanduk berhimpun di hadapan tapak projek hari ini, menuntut kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyelesaikan masalah yang akan timbul akibar pembinaan dua blok asrama tersebut.

Aktivis Ravinder Singh memimpin bantahan hari ini membangkitkan beberapa hal yang tidak kena dengan projek itu dan kesannya terhadap kehidupan penduduk.

Ravinder, yang juga penduduk di kawasan itu, menjelaskan kumpulan berkenaan tidak menentang projek tersebut, kerajaan negeri mahu pun pemaju.

"Kami cuma mahu memastikan semua yang tidak kena berkaitan dengan asrama itu dan kesannya kepada kejiranan dapat ditangani," kata Ravinder kepada wartawan hari ini.

"Kami telah membangkitkan isu ini kepada ahli exco Pulau Pinang dan Adun Batu Maung, Abdul Halim Hussein dan dia bersama kami sekarang," kata Ravinder.

"Bagaimanapun, semua e-mel kami kepada pemimpin kerajaan negeri lain, termasuk Ketua Menteri Chow Kon Yeow, exco perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, dan Datuk Bandar MBPP Yew Tung Seang, telah diabaikan," kata Ravinder.

Halim bekata akan membangkitkan kebimbangan kumpulan itu kepada kerajaan negeri dan MBPP.

Dia juga tidak bersetuju dengan pembinaan blok ketiga di kawasan itu yang akan menjadikan tempat itu terlalu padat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Bangunan sekarang sudah meliputi kawasan seluas empat padang bola sepak. Ia akan jadi terlalu sesak untuk menambah blok lain," kata Halim.

"Bayangkan diri kamu dalam keadaan ini, dalam kesesakan sedemikian, bagaimana?

"Pada 22 Nov 2018, pemaju meminta untuk membina blok ketiga, yang saya tidak bersetuju. Kami berharap MBPP akan mengkaji semula permintaan ini.

"Keputusan kini di tangan pihak majlis tempatan," kata Halim.

Aktivis Zikrullah Ismail juga menyoal jika penilaian impak sosial telah dijalankan untuk projek itu, berkata pembinaan besar tersebut pasti akan memberikan kesan negatif terhadap penduduk di kawasan berkenaan

Penduduk CM Tan pula mendesak pihak berkuasa untuk mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan projek itu, mendakwa bas membawa pekerja ke kilang masing-masing akan ditempatkan di laluan yang dikhaskan untuk bomba.

"Lorong bomba akan digunakan untuk meletak bas. Bukan kah ini pelanggaran peraturan majlis?" Tanya Tan.

Pihak yang membantah projek ini termasuklah kawasan perumahan Southbay, AIMS Motion Technology Sdn Bhd, Penduduk Desa Batu Maung, Hot Temp (M) Sdn Bhd, Penduduk Sunway Mutiara, TBS Precision Engineering Sdn Bhd, Penduduk Prestige V, Sin Yen Technologies Sdn Bhd,

Penduduk Sunway Tunas Jaya, Syspex Industries Sdn Bhd, Penduduk Desa Jelita, Massive Success (OEM) Sdn Bhd, Penduduk Sunway Cassia, Pre-Tech Solutions Sdn Bhd, SK Permatang Damar Laut, Brisdac Technology Sdn Bhd, SK Batu Maung dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/ada-tak-kena-dengan-projek-asrama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batu Maung Residents Protest Irregularities In Workers Hostel Project

Batu Maung Residents Protest Irregularities In Workers Hostel Project

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 601 hits
A group of residents protested the development of the third block of workers hostel in the Batu Maung industrial area in the southern part of Penang island Approved in April 2016 the project reportedly involves hostels for 8 568 foreign wor...
Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 547 hits
KUALA KRAI Penduduk Kampung Bukit Sireh di sini hidup dalam kebimbangan setiap kali tiba musim tengkujuh apabila kawasan berkenaan juga tidak terkecuali dilanda banjir Penduduk Mohd Aziz Che Soh 61 berkata meskipun air sudah surut sejak leb...
Kampung Hijau Ditinggal Penduduk Berhantu

Kampung Hijau Ditinggal Penduduk Berhantu

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 631 hits
APABILA sesebuah tempat atau perkampungan ditinggalkan kebiasaannya dikaitkan dengan elemen misteri atau mistik Tambahan pula ada kepercayaan makhluk halus akan mengambil alih di mana sahaja tempat yang lama ditinggalkan Satu perkampungan n...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan