Ada Prasangka Hubungan Acap Kali Gagal Lee Donggun Kesal Digelar Raja Buaya Dunia Hiburan
Sekali nama terpalit dengan kontroversi, sampai bila-bila netizen Korea akan mengingati dan mengungkitnya.
ARTIKEL BERKAITAN
5 Kali Percintaan & Perkahwinan Gagal, Netizen Ungkit Sisi 'Buaya' Lee Donggun
Dalam tayangan “My Little Old Boy” awal bulan ini, Lee Dong-gun telah berkongsi mengenai gelaran yang diberikan netizen buatnya iaitu ‘Raja Euija dalam dunia hiburan’. Bagi yang tidak mengetahui, Raja Euija ialah ialah seorang pemerintah ketika Joseon yang dikenali dek mempunyai beberapa anak lelaki sah dan 41 anak yang tidak sah. Sekiranya diberi gelaran ini, ia bermaksud seseorang itu terkenal kerana dikelilingi oleh wanita cantik dan ‘buaya’.
Ketika ditanya oleh pihak produksi sama ada Lee Dong-gun sedang bercinta dengan sesiapa,
Saya sudah menarik diri. Saya dah tak ada harapan mengenai hal percintaan.
Tambahnya,
Saya sedar imej saya di mata orang ramai. Sebab saya sudah tidak bercinta adalah kerana ramai yang memandang saya dengan penuh prasangka.
Malah dia turut meluahkan rasa kecewa dengan gelaran ‘Raja Euija’ itu selain gusar mengapa ramai menganggapnya begitu,
Saya terfikir ‘Kenapa mereka bercakap sebegitu mengenai saya?’ Saya tahu sangat ramai yang berprasangka terhadap saya, jadi saya tak bercinta lagi.
Untuk pengetahuan, Lee Dong-gun pernah bercinta selama beberapa tahun dengan Jiyeon T-ARA namun berkahwin dengan rakan pelakon, Jo Yoon-hee selepas beberapa bulan sahaja mengumumkan perpisahan bersama idola tersebut. Walau bagaimanapun, selepas 5 tahun membina rumah tangga, mereka berpisah dan anak tunggal pasangan itu dijaga Jo Yoon-hee sepenuhnya. kini.
Mesti stress kena panggil macam tu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Ada Prasangka”- Hubungan Acap Kali Gagal, Lee Donggun Kesal Digelar ‘Raja Buaya Dunia Hiburan’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/ada-prasangka-hubungan-acap-kali-gagal-lee-donggun-kesal-digelar-raja-buaya-dunia-hiburan/