Ada Pendarahan Dalam Otak Doakan Anak Cepat Sedar Kanak Kanak Jatuh Bangunan Tinjau Wetland Kini Ditidurkan


Kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami pendarahan dalaman pada otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam kini ditidurkan.

Menurut laporan Astro Awani, Ibu saudaranya kanak-kanak tersebut memaklumkan, Zaid Harith ditidurkan sepenuhnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.
“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain).
“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation.
“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,” kongsi Huda menerusi perbualan bersama ibu mangsa juga merupakan adik iparnya di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Dalam kejadian pada pagi Ahad itu, mangsa dipercayai terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akibat lantai kayu patah.
Mengulas lanjut, Huda yang mewakili keluarga adiknya itu turut memohon semua mendoakan agar Zaid tidak perlu menjalani pembedahan dan dijauhkan daripada sebarang komplikasi, jangkitan atau apa-apa risiko dari ubat, darah atau sebarang prosedur dilakukan.
“Jazakumullahu khayran semua atas doa, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kami sangat-sangat menghargainya dan sangat perlukan doa dari semua,” katanya.
Pada Ahad, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa kanak-kanak terbabit.
MBSA dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat semakan segera dan mendapati bangunan tinjau Taman Rekreasi Wetland Setia Alam adalah di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.
“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,” kata kenyataan itu.
Apa Perlu Buat Kalau Anak Terjatuh Atau Terhentak Kepala? Terdapat 8 situasi kesan daripada terjatuh yang menyebabkan hentakan kepala yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
1. Lebam
Ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari (salur darah halus). Jika keadaan lebam sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma iaitu pendarahan di bawah kulit.
2. Luka
Jika ternampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka
3. Retak
Jika ada nampak keadaan ganjil pada bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis Tidak Henti (Inconsolable Cry)
Jika anak kecil (berumur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan Kabur
Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak pada bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor dengan segera.
6. Pengsan
Selepas terhantu dan anak tidak sedarkan diri, mungkin berlaku kecederaaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran (Concussion), lebam (Contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah
Kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otat meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan
Ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dan lain-lain. Jika berlaku salah satu simptom ini, jumpa doktor.
Apa Perlu Buat Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk Kepala?
Sebahagian simptom atau keadaan yang disebutkan diatas kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas terjatuh atau terhantu kepala, mungkin berlaku lewat sedikit. Mungkin seharian. Jadi ibubapa perlu pantau anak-anak dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kejadian
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post “Ada Pendarahan Dalam Otak, Doakan Anak Cepat Sedar” Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Tinjau Wetland Kini Ditidurkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-pendarahan-dalam-otak-doakan-anak-cepat-sedar-kanak-kanak-jatuh-bangunan-tinjau-wetland-kini-ditidurkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Terabai Buat Emosi Anak Terdera Ada Kesannya Pada Perkembangan Otak Anak

Rasa Terabai Buat Emosi Anak Terdera Ada Kesannya Pada Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 185 hits
Anak anak kecil kita sememangnya amat memerlukan perhatian di waktu usia emasnya iaitu sekitar umur empat hingga enam tahun Jangan sekali dibiarkan terabai minda dan emosinya kerana ini akan turut menjejaskan perkembangan otak anak kita Sel...
Doakan Cik B Lembutkan H4ti Gugvrnya Air Mata Vida Hasrat Nak Kahwin Tak Dir3stui Anak

Doakan Cik B Lembutkan H4ti Gugvrnya Air Mata Vida Hasrat Nak Kahwin Tak Dir3stui Anak

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 571 hits
Kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencuri tumpuan ramai Terbaru Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan h4ti untuk menerima segala keputusan Cik B ...
Ngeri Keluarga Sanggup Cungkil Mata Anak Hanya Untuk Cepat Kaya

Ngeri Keluarga Sanggup Cungkil Mata Anak Hanya Untuk Cepat Kaya

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 474 hits
SULAWESI SELATAN Seorang kanak kanak perempuan berusia enam tahun melalui detik detik yang menggerikan apabila mata kanannya dicungkil sebagai memenuhi syarat untuk cepat menjadi kaya
Finger Food Untuk Anak Yang Dah Tumbuh Gigi Hanya 3 Bahan Cepat Mudah Disediakan

Finger Food Untuk Anak Yang Dah Tumbuh Gigi Hanya 3 Bahan Cepat Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 275 hits
Bila anak dah tumbuh gigi dan pandai suap makanan sendiri pasti mama teruja nak pelbagaikan menu makanan anak Mama boleh cuba resipi finger food kentang rangup ini untuk si manja Namun bagi bayi yang belum tumbuh gigi mama perlu lebih berha...
Mashaallah Dugaan Sungguh Anak Jatuh Sampai Luka Kelopak Mata Faye Kusairi Kongsi Cerita

Mashaallah Dugaan Sungguh Anak Jatuh Sampai Luka Kelopak Mata Faye Kusairi Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 206 hits
Anak yang sedang membesar sememangnya cukup lasak Melompat berlari dan memanjat seakan sudah menjadi rutin harian mereka Pelakon Faye Kusairi berkongsi detik mencemaskan bila mana anak sulungnya Alif Azmi mengalami kecederaan ringan di baha...
Kenapa Nak Anak Cepat Berjalan Nak Masuk Lumba Lari Ke Alasan Letak Anak Dalam Baby Walker Bahayakan Nyawa Anak

Kenapa Nak Anak Cepat Berjalan Nak Masuk Lumba Lari Ke Alasan Letak Anak Dalam Baby Walker Bahayakan Nyawa Anak

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 327 hits
Rata rata ibu bapa sering mengumpan anak kecil mereka menggunakan baby walker Ada mengatakan ia untuk mententeramkan si anak yang sedang meragam selain kononnya alat itu mampu membantu mempercepatkan proses bayi untuk berjalan Mitos atau fa...
Pengacara Sebut Anak Ahok Menunggu Panggilan Polisi Agar Kasus Cepat Beres

Pengacara Sebut Anak Ahok Menunggu Panggilan Polisi Agar Kasus Cepat Beres

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 177 hits
Padahal kliennya sangat berharap agar dimintai keterangan agar kasus ini bisa terang benderang
Usia 4 6 Tahun Perkembangan Otak Anak Di Tahap 91 Fasa Ni Penting Tak Boleh Ulang

Usia 4 6 Tahun Perkembangan Otak Anak Di Tahap 91 Fasa Ni Penting Tak Boleh Ulang

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 298 hits
Perkembangan bayi dan kanak kanak antara aspek yang sangat penting Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal kognitif bahasa sosial mora...
Bapa Ditidurkan Ashraf Muslim Mohon Doakan

Bapa Ditidurkan Ashraf Muslim Mohon Doakan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 131 hits
Bapa ditidurkan Ashraf Muslim mohon doakan Bapa pelakon Ashraf Muslim Muslim Bulat 67 terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima selepas disahkan positif wabak Covid 19 pada Jumaat lalu Ashraf 40 atau n...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation