Ada Little Napoleon Cuba Main Politik Ketika Lawatan Anwar Ke Sadao



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan isu ‘Little Napoleon’ yang pernah disuarakan beliau sebelum ini masih berlaku dalam cubaan mengeruhkan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perkara terbaru terjadi ketika beliau mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand, kelmarin sehingga terpaksa disebut Anwar di Parlimen bahawa kerajaan tidak sesekali menjadikan perbezaan politik untuk menindas pemimpin parti pembangkang.
Namun, beliau menegaskan tidak menyalahkan Perdana Menteri dalam isu itu kerana apa yang terjadi ketika itu adalah disebabkan permainan ‘Little Napoleon’ atau pegawai lantikan politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pejabat Kementerian Luar.
“Saya hadir atas kapasiti Menteri Besar Kedah yang dijemput untuk mengikuti delegasi itu bermula pukul 10 pagi hingga 3.40 petang. Jemputan yang diuruskan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di PMO dan Pejabat Menteri Besar Kedah berdasarkan prosedur biasa dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar dan Persekutuan dengan negeri.
“Saya dapati semua urusan disusun cantik di mana saya dijadualkan ikuti rombongan Perdana Menteri dari lapangan terbang sehingga ke lapangan terbang semula. Tapi bila sampai pagi itu ada perubahan oleh pegawai Kementerian Luar, ada permainan bila mereka masuk campur sehingga jadi celaru,” katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Semalam, Perdana Menteri berkata, beliau memutuskan untuk membawa Muhammad Sanusi ke Thailand untuk berunding berkaitan hal sempadan serta memberi nota kepada Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin untuk ke jamuan tengah hari oleh kerana beliau mengikuti rombongan itu.
Mengulas lanjut, ujar Muhammad Sanusi, ketika mesyuarat pra majlis di sebuah hotel di sini berlangsung, beliau tidak diberikan tempat untuk terlibat dalam perbincangan itu walaupun mendapati topik utama yang dibangkitkan adalah berkaitan tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri.
“Saya berdiri sebab tak ada kerusi, tapi saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang nampak saya berdiri lama dan beliau minta saya diberikan kerusi. Saya bukan rasa terhina tapi nak maklumkan bahaya permainan ‘Little Napoleon’ yang mencatur hubungan pemimpin supaya berlaku pertembungan, pergaduhan dan tak puas hati.
“Saya tahu ini permainan pegawai terbabit supaya saya terus serang Perdana Menteri tetapi saya tidak berbuat demikian kerana pada pandangan saya beliau pada hari itu memainkan peranan sebagai Perdana Menteri tapi pegawai yang susun rombongan itu cuba main politik, lebih sudu daripada kuah,” tegasnya.
Tambahnya, beliau sebenarnya tidak mahu menyuarakan perkara itu tetapi perlu menyelesaikannya kerana digambarkan seolah-olah mereka melakukan ihsan apabila membawanya ke Thailand walaupun tidak diundang pada sesi jamuan makan tengah hari bersama Srettha.
Justeru katanya, perkara itu diharapkan menjadi pengajaran kepada pihak terlibat supaya tidak terjadi kepada orang lain dan pegawai-pegawai lantikan politik tersebut perlu mempelajari dan menghormati wilayah dan bidang kuasa selaras konsep federalisme yang diamalkan.
“Jangan pentingkan dendam politik dalam urusan pentadbiran kerajaan kerana dalam lawatan itu saya bawa pegawai paling kanan di Kedah (Setiausaha Kerajaan Negeri), saya tak bawa pegawai lantikan politik kerana ini urusan kerajaan.
“Saya juga terus bagi peringatan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari sama dan beliau memaklumkan menerima mesej itu. Jadi, pegawai lantikan politik jangan atur bagi bos-bos berkelahi sebaliknya bagi bos-bos ini berbaik baru hubungan kerajaan sejuk kerana kalau tidak sampai kiamat pun kita tak akan berbaik,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/sanusi-dakwa-little-napoleon-cuba-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Dakwa Tak Diberi Kerusi Ketika Mesyuarat Bersama Anwar

Sanusi Dakwa Tak Diberi Kerusi Ketika Mesyuarat Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 307 hits
MalaysiakiniMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dia tidak diberikan tempat duduk ketika mesyuarat di Alor Setar sebelum mengiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Sadao Thailand Sanusi membangkitkan p...
Akibat Khayal Mushroom Pilot Cuba Off Enjin Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Akibat Khayal Mushroom Pilot Cuba Off Enjin Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 374 hits
Seorang juruterbang tidak bertugas yang cuba membuat kekacauan dengan menutup enjin pesawat penumpang komersial ketika dalam penerbangan di negara ini didakwa atas 84 pertuduhan kata pendakwa raya pada Selasa Joseph Emerson berkata dia meng...
Lagi Banyak Yang Berhijrah Ke Kerajaan Anwar

Lagi Banyak Yang Berhijrah Ke Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 242 hits
Sudah sudahlah Saka Tua biarlah kerajaan ini mentadbir sehingga habis penggal Semenjak menjadi Punahsihat SG4 5 MP pembangkang telah beralih sokongan kepada PM dan Kerajaan Perpaduan Mungkin mungkin kena mandi bogel gak dalam kolah masjid k...
Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 423 hits
Prabowo bercerita pernah mandi di Kali Ciliwung saat bertemu PM Malaysia Anwar Ibrahim
Video Tanpa Anwar Usman Mk Tolak Gugatan Uu Pemilu Syarat Jadi Capres Cawapres

Video Tanpa Anwar Usman Mk Tolak Gugatan Uu Pemilu Syarat Jadi Capres Cawapres

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 149 hits
Gugatan ini diajukan oleh mahasiswa Fakultas Hukum Universitas Nahdlatul Ulama Indonesia bernama Brahma Aryana
Kehadiran Anwar Tidak Membantu Bn Di Kemaman

Kehadiran Anwar Tidak Membantu Bn Di Kemaman

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 221 hits
Ahmad Fahmi Mokhtar Suara TV Jarang Perdana Menteri sebelum ini turun berkempen dalam mana mana Pilihan Raya Kecil kerana Perdana Menteri yang berwibawa biasanya akan sibuk dengan tugasan negara yang lebih penting berbanding kempen PRK yang...
Anwar Will Surely Prioritise Skillset Knowledgeability In Any Cabinet Reshuffle

Anwar Will Surely Prioritise Skillset Knowledgeability In Any Cabinet Reshuffle

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 414 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim will surely look at the ability of an individual to hold a suitable portfolio in the event of a cabinet reshuffle says Deputy Prime Minister Fadillah Yusof However the plantation and commodities minister said he...
Anwar Is Trying To Destroy Bersatu Before Ge16

Anwar Is Trying To Destroy Bersatu Before Ge16

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 271 hits
Anwar s Machiavellian side coming out Murray Hunter With the popularity of the unity government at a low and the results of the recent state elections strongly indicating Anwar will be a one term prime minister the destruction of Bersatu an...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Tidak Dapat Akses Misteri Di Sebalik Halangan Digital

Myolie Wu 45 Jadi Ibu Kepada Pelakon Cina Berusia 38 Tahun Dalam Drama Terbaru

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik