Ada Ketikanya Dia Tiba Tiba Menangis Luahan Rindu Azmi Saat Isteri Pada Anak Sebaknya


Hanya sempat bergelar ibu dan ayah selama tiga hari sahaja, penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui emosinya dan lebih-lebih lagi isterinya masih belum stabil selepas pemergian anak sulung mereka, Khairul Afnan yang menemui penciptaNya pada 30 September lalu.
Malah menurut kata Azmi, dek kerana kerinduan yang teramat dalam, sehingga kini dia dan isteri masih lagi kerap mengunjungi pusara anak mereka.

“Alhamdulillah sekarang saya okey cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali seminggu. Apa yang penting bagi saya adalah untuk tenangkan emosi isteri.
“Memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga, jadi soal kehilangan ini adalah masalah paling besar terjadi dalam hidup kami.
“Mungkin juga kerana kami sudah terlalu lama menantikan zuriat, jadi bila dia pergi sudah pasti ia satu kerinduan yang amat berat,” cerita Azmi berkongsi.

Tidak hanya terlalu merindui arwah Afnan bahkan kata Azmi lagi, isterinya kerap menangis setiap kali membaca mengenai soal cahaya mata.
“Ada ketikanya dia tiba-tiba menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar dengan ujian Allah,” kongsinya lagi.

Tidak mahu ambil anak angkat
Malah kata penyanyi bersuara lantang ini lagi, sehingga kini dia dan isteri masing belum punya perancangan untuk mengambil anak angkat atau melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Soal zuriat adalah perancangan Allah SWT dan sehingga kini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat namun pernah terfikir mengenai rawatan IVF.

“Saya bimbang kalau ada anak angkat, tiba-tiba ada anak nanti risau terbahagi kasih sayang. Jadi seeloknya saya tunggu sahaja rezeki dari Illahi,” katanya lagi.
Terdahulu Azmi dan isterinya Nazira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pada 27 September tahun lalu, anak pertama pasangan ini disahkan meninggal dunia selepas tiga hari kelahirannya akibat kegagalan fungsi otak.
 
The post “Ada Ketikanya Dia Tiba-Tiba Menangis, Luahan Rindu Azmi Saat & Isteri Pada Anak, Sebaknya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-ketikanya-dia-tiba-tiba-menangis-luahan-rindu-azmi-saat-isteri-pada-anak-sebaknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arrian Kena Join Ibu Hari Ni Selepas Tomok Kini Isteri Anak Pula Positif Covid 19

Arrian Kena Join Ibu Hari Ni Selepas Tomok Kini Isteri Anak Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 253 hits
Selepas pulih dari Covid 19 kini penyanyi Tomok memaklumkan isteri dan dua anaknya Arrian dan Khadijah turut sama disahkan positif Covid 19 semalam Menerusi Instagram Tomok berkongsi khabar duka itu malah turut mendoakan kesembuhan buat ist...
Ibu Hamil 9 Bulan Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Titip Pesan Suami Kena Layan Mengidam Isteri Walaupun Pelik

Ibu Hamil 9 Bulan Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Titip Pesan Suami Kena Layan Mengidam Isteri Walaupun Pelik

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 209 hits
Bila hamil memang adakalanya isteri akan mengidam yang pelik pelik kadang rasa tak masuk akal tapi itu antara lumrah bila wanita mengandung Seperti yang dilaporkan dalam Mstar yang mana seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra 32 ...
Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 178 hits
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi Nak bawa ke klinik semua dah tutup Tak sampai hati nak tengok anak menangis meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah Tak keruan mak ayah dibuatnya Ada beberapa langkah awal yang ...
Bila Susukan Emelia Eusoff Menangis Dilema Perhatian Pada Anak Kembar Dr Halina Sebak

Bila Susukan Emelia Eusoff Menangis Dilema Perhatian Pada Anak Kembar Dr Halina Sebak

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 197 hits
Memiliki anak kembar sememangnya diimpikan kebanyakkan orang Namun hakikatnya lebih banyak kesungguhan pengorbanan yang perlu dilalui mak ayah dalam membesarkan mereka Isteri kepada angkawan negara Dr Halina Mohd Yunos turut sama berdepan d...
Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

Hiburan Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor Duit Belanja Anak Hulur Rm150 Je

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 207 hits
Sudah sedia maklum harga barang pada zaman ini sememangnya berbeza dengan zaman dahulu kerana sekarang ini harga jauh lebih tinggi Jika hendak dibezakan dahulu jumlah wang RM50 cukup untuk penuhi satu troli yang besar tetapi jika sekarang i...
Lelaki Meraung Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Sulung

Lelaki Meraung Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 246 hits
Tanyalah mana mana pasangan suami isteri di luar sana setiap daripada mereka pasti teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung Mana tidaknya bukan saja melengkapkan lagi rumah tangga malah dapat jadi pewaris keluarga Namun kita hanya mampu ...
Kartika Putri Positif Covid 19 Saat Baru Saja Umumkan Hamil Anak Kedua

Kartika Putri Positif Covid 19 Saat Baru Saja Umumkan Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 196 hits
Usai berbahagia karena kabar kehamilan keduanya kini Kartika justru dinyatakan positif Covid 19
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua