Ada Dua Sd Berlegar Dalam Kalangan Ahli Parlimen Pkr


Kow Gah Chie & B Nantha KumarDiterbitkan Hari ini 6:37 petang
BERITA

Ada dua inisiatif sedang digerakkan secara berterusan untuk mendapatkan pengakuan bersumpah dalam kalangan ahli parlimen PKR ketika ini.

Satu, agar mereka memberikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga parlimen dibubarkan semula; dan kedua, bagi mengukuhkan perjanjian dibuat PH dalam proses peralihan kuasa.

Hal itu dapat disahkan selepas Malaysiakini menemu ramah sebilangan besar ahli parlimen PKR.

Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Ikrar itu mengukuhkan lagi perjanjian - dicapai pada 7 Jan 2018 - dalam kalangan pemimpin tertinggi PH tetapi tiada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Kata Johari, SD yang disediakannya untuk ahli parlimen PKR itu adalah tindak balas kepada kempen berterusan dibuat pihak lain bagi mendapatkan tandatangan untuk satu lagi SD yang menyokong Mahathir kekal dijawatannya sehingga PRU akan datang.

"Kira-kira 40 (ahli parlimen) daripada 50 (wakil rakyat PKR) sudah menurunkan tandatangan. Kami ada senarai yang panjang," katanya kepada Malaysiakini.

Nak selamatkan negara, parti

Tambah ahli parlimen Sungai Petani itu, beliau menggerakkan inisiatif tersebut kerana mahu Anwar menjadi perdana menteri selepas Mahathir.

Katanya, senarai ahli parlimen yang menurunkan tandatangan itu akan didedahkan selepas ia selesai dikumpul.

Ditanya apa perlunya SD itu apabila Mahathir sudah mengesahkan akan berundur selepas berlangsungnya sidang kemuncak pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) Nov ini, Johari berkata: "Itu adalah urusan Tun (Mahathir), (tapi) ini dalam kalangan kami sendiri (PKR)."
Kata Johari lagi, Mahathir ada parti sendiri dan begitu juga dengan dirinya.

"Saya mesti tunjukkan kesetiaan saya kepada presiden saya," katanya.

Menurut Johari, pengumpulan tandantangan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua whip PKR dan beliau sudah berhubung dengan ahli parlimen parti itu di seluruh negara, termasuk yang menyokong Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, dan Jugah Muyang (Lubuk Antu) yang dihubungi mengaku mereka sudah menurunkan tandatangan disediakan Johari.

"Saya mahu menyelamatkan negara ini dan parti. Saya mahu pastikan semuanya teratur serta manifesto pada PRU14 dilaksanakan," kata Abdullah Sani.

Jugah pula berkata, beliau menurunkan tandatangannya pada SD tersebut pada Ahad lalu.
Sementara itu Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, memberitahu Malaysiakini, setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham, ada menghantar mesej kepadanya tetapi tiada sebarang SD disebut.

"Saya tak berjumpa dia. Dia menghantar mesej kepada saya kira-kira seminggu lalu untuk ucapan selamat.

"Dia juga tanya kalau saya ada di Kuala Lumpur, tapi saya balas, saya di Sungai Petani. Itu saja," katanya.

Menurut Karupaiya, beliau menghormati semua pemimpin tetapi pada masa sama menyokong agar Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri kelapan.

"Saya bukan untuk dijual beli," katanya.

Jalankan tugas dengan baik

Karupaiya juga mendakwa beliau tahu mengenai SD untuk menyokong Anwar namun belum melihatnya lagi.

Untuk rekod pada 11 Feb lalu portal Sarawak Report mendakwa ada sejumlah ahli parlimen seluruh negara "diberi tekanan untuk datang ke Kuala Lumpur" bagi menyatakan sokongan kepada SD meminta Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal sekarang.

Selain Umno, PAS dan Bersatu, laporan itu mendakwa ahli parlimen yang menyokong Azmin turut menurunkan tandatangan masing-masing pada SD tersebut.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong, berkata "kedua-dua pihak" ada menemuinya sebelum ini namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.
Steven Choong"Dalam pertemuan itu, saya beritahu mereka, saya takkan tandatangan kedua-dua SD berkenaan kerana ia bercanggah dengan kehendak rakyat.

"Rakyat mahu parti-parti (yang memerintah) membuat keputusan," katanya.

Tambah Choong, kedua-dua pihak memberitahunya, mereka sudah mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, namun beliau tidak yakin dengan dakwaan tersebut.

"Kalau kamu sudah memiliki sokongan majoriti, kamu akan bertindak terus dan tak perlu jumpa saya.

"Saya enggan menandatangani (SD berkenaan) kerana saya tak tahu apa yang saya sokong," katanya kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, sebaliknya memberitahu, tiada mana-mana pihak menghubunginya mengenai mana-mana SD berkenaan.

Baca Ada muslihat licik tapi Dr M tak terlibat, kata Anwar

Beliau juga berpendapat, tiada keperluan untuk kempen mendapatkan tandatangan itu kerana Mahathir sudah menyatakan akan berundur selepas sidang Apec.

"Lagi pun, garis masa peralihan kuasa akan ditentukan. Mengapa kamu perlukan SD? Ikut sajalah (konsensus) parti," katanya.

Ahli Parlimen Ranau, Johanathan Yasin, ketika ditanya Malaysiakini enggan mengesah atau menafikan beliau menandatangani mana-mana SD tetapi berpendapat Mahathir wajar kekal sebagai perdana menteri.

"Beliau sudah melakukan tugasnya dengan baik. Saya fikir OK (untuk Mahathir) kekal kecuali beliau menyalurkan wang (negara) ke negara lain atau mencuri.

"Atau jika beliau tak berkesan sebagai perdana menteri, maka kalau begitu, beliau perlu meletak jawatan.

"Tapi kalau tak ada masalah dan tak ada bukti beliau melakukan kesalahan, apa masalahnya?" katanya.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/ada-dua-sd-berlegar-dalam-kalangan-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

Senarai Nama Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Bersama Azmin Ali

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 829 hits
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2020Kami Ahli Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen 1 YB Dato Seri Mohamed Azmin AliAhli Parlimen Go...
Akhirnya Ph Tumbang Setelah Bersatu Beserta Azmin Dan 10 Ahli Parlimen Pkr

Akhirnya Ph Tumbang Setelah Bersatu Beserta Azmin Dan 10 Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 347 hits
Aidila Razak Lee Long Hui Tanpa ahli parlimen Bersatu yang memegang 26 kerusi dan Mohamed Azmin Ali serta 10 lagi ahli parlimen yang setia kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu PH kini hanya mempunyai 102 kerusi Presiden Bersatu Muhyiddin Ya...
11 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti

11 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 302 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myAZMIN antara 11 ahli Parlimen PKR yang keluar parti FOTO NSTPSERAMAI 11 Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar dari parti itu dan Pakatan Harapan bagi membentuk blok bebas di Parlimen Dalam satu k...
Azmin Dan 10 Ahli Pkr Keluar Parti Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

Azmin Dan 10 Ahli Pkr Keluar Parti Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 488 hits
Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta Gambar failKUALA LUMPUR Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen Mer...
9 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Ph

9 Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Ph

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 786 hits
Saifuddin Abdullah dan Baru Bian antara 2 menteri persekutuan yang meninggalkan PKR PETALING JAYA Seramai 9 ahli Parlimen PKR termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan untuk membentuk blok bebas di Parlimen...
Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

Pergolakan Politik Semasa Azmin Sangkal Ahli Parlimen Pkr Keluar Parti Dan Pakatan Sebagai Pengkhianat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 1772 hits
Sumber gambar dari Sinar HarianPanas beberapa hari ini mengenai isu politik dan pentadbiran kerajaan semasa yang sedang bergolak Tidak tahu apa yang berlaku sekarang sehinggakan begitu banyak mesyuarat tergempar diadakan oleh parti parti po...
Ahli Parlimen Pkr Cadang Anwar Ibrahim Pm Ke 8

Ahli Parlimen Pkr Cadang Anwar Ibrahim Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 953 hits
Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8 Adakah ianya benar atau sekadar spekulasi Menurut laporan media ahli parlimen PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 8 Malaysia Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar I...
Proses Menemuduga Ahli Parlimen Akan Bermula Ydpa Akan Menyoal Kesemua Mp

Proses Menemuduga Ahli Parlimen Akan Bermula Ydpa Akan Menyoal Kesemua Mp

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 262 hits
Dengan ini secara rasmi pembentukan kerajaan yang baru hanya boleh diketahui esok setelah selesai proses pertemuan kesemua 222 MP dgn YDPA Proses temuduga akan bermula jam 2 30 petang inii melibatkan 90 orang Ahli Parlimen tanpa mengira mer...
Ahli Parlimen Pembangkang Hadir Mesyuarat Di Pwtc

Ahli Parlimen Pembangkang Hadir Mesyuarat Di Pwtc

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 199 hits
Kuala Lumpur Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini dilihat hadir ke mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra difahamkan sejak 12 tengah hari tadi Antara yang hadir ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setiausaha...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Understanding The Benefits Of Search As A Service For Business Leaders

Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan