Ada Bekas Menteri Umno Sebelum Pru15 Punyai Rekod Tidak Bersih


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 17, 2023 
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa dia mempunyai dokumen yang menunjukkan bekas menteri daripada Umno yang kini meninggalkan parti itu sebelum PRU15 mempunyai rekod tidak bersih

Ini, katanya termasuk mereka yang melakukan penyelewengan.

“Ramai mantan menteri bersama mereka yang tinggalkan Umno, saya nak bagi ingatan, mereka cakap berdegar kata (Presiden Umno, Ahmad) Zahid (Hamidi) penipu, Anwar penipu, mereka pura-pura Islam.

“Hang (bekas menteri) tengok muka di cermin, mantan menteri ada yang pernah ‘text’ pada saya minta usah bercakap soal rasuah dan tatakelola, minta saya bekerja.

“Mantan menteri ini bercakap seolah kita tak buat apa, dialah pejuang Islam, pejuang Melayu. Saya kata tengok cermin, tengok rekod, tengok kontrak, tengok berapa tanah kamu ambil, berapa banyak kamu sakau, kamu jaga baik-baik,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.

Laporan berkenaan yang memetik ucapan Anwar pada Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak, malam semalam, bagaimanapun tidak memperincikan tentang penyelewengan itu dan siapakan menteri-menteri Umno yang terbabit.

Pengerusi PH pada ucapannya itu juga dilaporkan mendakwa Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin merancang untuk mengharamkan Umno ketika berkuasa sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, dia ada berbincang mengenai rancangan itu bersama Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu serta Lim Guan Eng yang ketika itu Setiausaha Agung DAP dan mereka turut tidak bersetuju dengan rancangan tersebut.

“Saya cerita pengalaman bagaimana Dr Mahathir dan Muhyiddin pakat untuk haramkan Umno, saya ke rumah Muhyiddin, memang tegang. Saya lawan Umno masa itu, tetapi saya tak setuju haramkan Umno.

“Umno ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan kebangsaan, ini parti ibu bapa saya. Saya beza pendapat, tapi haramkan itu bukan penyelesaian.

“Kita tak boleh padam sejarah, alasan apa nak haramkan? Kalau dalam politik kita lawan, dia kata tak boleh, keputusan sudah dibuat,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.

Pada ucapannya, Anwar turut mempersoalkan sama ada ahli dan penyokong Umno sanggup memberi undi kepada calon Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“Saya nak beritahu orang Umno yang goyang (was-was) sekarang ini. Sanggupkah kamu beri dukungan kepada parti dia (Bersatu) yang (sewaktu) berkuasa akan mengharamkan parti keramat kamu.

“Apa jenis manusia yang boleh khianat amanah? Dia marah Zahid pasal apa? Sebab Zahid mengambil pendirian yang tegas kerana dia tahu sejarah ini.

“Masa dia lemah minta pertolongan Umno. Andai kata dia kuat, Umno memang nak diharamkan kerana Bersatu dari awal ditubuhkan untuk ganti Umno.

“Saya bukan ahli Umno, tapi saya tidak boleh faham politik apa sampai begini. Beza pendapat dengan Zahid tidak mengapa, nak kritik boleh. Tapi salah dia apa (adakah) kerana dia bersama Kerajaan Perpaduan, konon kerana gadai prinsip kepada DAP,” soalnya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/ada-bekas-menteri-umno-sebelum-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Tekad Saman Alif Syukri

Bekas Menteri Tekad Saman Alif Syukri

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 279 hits
Bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan ugutan dibuat Aliff Syukri yang mendakwa ada seseorang berprofil tinggi berhutang puluhan juta ringgit dengannya Alasan Abdul Kadir dia enggan meletakkan...
Bekas Yb Umno Terengganu Tuba Ikan

Bekas Yb Umno Terengganu Tuba Ikan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 230 hits
Kamu tu Bekas YB nak tunjuk contoh terbaik untuk rakyat tak boleh ker Hmmm macam mana kalau dia ada dalam pentadbiran Benda simple macam ni pun dia langgar jer
Bersih Bekas Ahli Parlimen Pas Patut Didakwa Di Mahkamah

Bersih Bekas Ahli Parlimen Pas Patut Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 155 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Ahmad Amzad Hashim dari PAS patut didakwa di mahkamah selepas kemenangannya di Kuala Terengganu terbatal selepas terbukti wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15 menurut pemerhati pilihan ray...
Sprm Tahan Bekas Pegawai Menteri Minta Sogokan Lulus Taraf Warganegara

Sprm Tahan Bekas Pegawai Menteri Minta Sogokan Lulus Taraf Warganegara

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 151 hits
BernamaSPRM menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas disyaki meminta wang rasuah kira kira RM25 000 daripada seorang individu sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan Sumber SPRM memaklumkan le...
Penerbitan Sukuk Sebahagian Keputusan Jemaah Menteri Muhyiddin Bekas Pembantu Jawab Bukti Anwar

Penerbitan Sukuk Sebahagian Keputusan Jemaah Menteri Muhyiddin Bekas Pembantu Jawab Bukti Anwar

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 282 hits
Marzuki Mohamad menggesa kerajaan mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri pada 2020 untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan melupuskan hutang peneroka Felda PETALING JAYA Bekas pembantu Muhyiddin Yassin mendakwa penerbitan sukuk be...
Bekas Imam Masjid Rusila Ini Sepatutnya Dijemput Ke Mana Mana Rancangan Tv Menteri Pun

Bekas Imam Masjid Rusila Ini Sepatutnya Dijemput Ke Mana Mana Rancangan Tv Menteri Pun

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 151 hits
Walak dalam Islam mengikut ahli sunnah Waljamaah ada sempadan bukan walak mcm syi ah menganggap maksum pemimpin mereka YB tolong beri ruang kepada agamawan seperti Ustaz dan Ustaz Nik Omar dalam media milik kerajaan TV dan radio RTM Ustaz Z...
Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 187 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Semua kerusi DUN ditandingi Bersatu di Selangor pada PRU14 akan diperuntukkan kepada Umno kata Pengerusi Pakatan Harapan negeri Amirudin Shari Katanya PH juga akan memberi laluan kepada Umno di satu atau dua ...
Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 194 hits
agendaily com12 07 2023Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undan...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today