Ada apa di dapur Cik Matahariku? hehe-Bacalah entri ni sampai habis ek.Kita tidak tahu manakah yang baik untuk hidup kita sekarang ini.Apakah dengan ada pekerjaan itu baik untuk kita atau hilang pekerjaan itu lebih baik.Allah sebaik-baik pengatur.Sabar kita bukan bermakna berserah segalanya kepada ketentuan takdir tetapi sabar dengan berusaha mengubah nasib.
cili padi atau cili kampung ni antara benda wajib yang sentiasa ada dalam fridge saya.Encik Suami siap bagitahu, kalau takde lauk takpe kat umah kita, asalkan ada cili.gitu sekali falsafah Encik suamiku.Sabo jek.Cili tu korang jangan lupa buang tangkai ya, ni pun tips nak elak cili kita cepat busuk dalam fridge.Yang ni mak mertua den ajar
Bawang merah kecil, bawang putih dan halia ni biasanya weekend, bila balik pasar saya akan kerah anak beranak untuk kupas bawang atau halia.Buang tangkai cili semua.Saya just kupas siap-siap bawang dan halia ni semua.Bila nak masak barulah saya blend, tumbuk atau hiris ikut jenis masakan.Nampak tak tu.Style kan cara masak saya.haha.Den dah terbiasa masak cara macam tu ikut mak dan mak mertua.Korang jangan ingat bila masak, semua bahan sedap kita blend memanjang tau.Bab tips tu nanti kita share kat entri lain pulak ek.
selain cili bahan utama yang mesti ada di dapur saya, cili kering blend juga harus ada stok.Bawang merah dan bawang putih.Ada sesetengah orang, masak hanya guna bawang besar, saya pula tengok jenis masakan.Pendek kata, bawang merah kecil memang selalu guna.Ikan bilis tu kena banyak sebab kalau buat sambal, dialah penambah kesedapan sambal kita
Serai pula, biasa saya dah bersihkan siap-siap dan potong paras botol tempat simpan dalam fridge.Setakat ini, cara begitu memang tahan lama dan tetap fresh.
Daun kari pula wajib yang fresh ya.Kalau kat umah tu dah kering atau layu, saya "simpan"senyap-senyap dalam bakul.huhu.Yelah kan.Mana nak dapat beli daun kari dua-tiga tangkai. Cerita pasal daun kari ni, korang tengok daun tu, saya simpan siap dengan tangkai dia kan.Ni tips ya ibu-ibu semua.Tujuannya supaya daun kari dapat kekal fresh lebih lama.Tapi takdelah sampai dua tiga tahun.Agak-agaklah ya kalau nak berjimat pon.huh.Sejak PKP baru belajar tanam pokok kari kat rumah.Bila dah berdaun pokok karinya, sayang pulak nak ambik.sabo je.Daun limau purut pun sama.Beli jangan tak beli walaupun ko tak tahu tang bila nak guna kann
Ini sayur bayam beb.Favourite kami sekeluarga.Paling senang masak "bening" je.Lepas tu goreng ikan, buat sambal totok.Cukup dah tu.Makan dengan nasi panas.Nampak nau kejawaan ai kat situ kan.Sayur bening plus sambal totok.Rumah kita, dapur kita, kesukaan kita:) ha gitu
Sayur kailan, petola dan terung.Kalau ikutkan saya dan Encik Suami makan je semua sayur bandar dan kampung, tapi bila ada anak-anak, agak terhad sayur yang kami beli.Yelah, ada masa tu, seminggu ko masak sayur kobis je.Dah tu kesukaan depa.haha.Padahal mama depa saja nak cepat habiskan kobis satu bongkah tu.Nasib baik kobis ni banyak cara boleh masak kan.Boleh goreng, masak lomak putih, masak bening.Eh, bening lagi.pusing-pusing tu jugak ko masak.huh.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |