Ada Apa Dengan Normal Atau Cesarean Hebatnya Seorang Ibu Tak Dilihat Dari Cara Bersalin


Dikurniakan anak sudah tentu menjadi idaman setiap wanita berkahwin. Jika tiada sebarang komplikasi, kelahiran secara normal amat digalakkan. Melahirkan melalui pembedahan biasanya dibuat jika ibu mempunyai masalah dengan kehamilannya.
Terdapat perbezaan dalam prosedur kedua-dua jenis kelahiran ini. Ada pendapat yang mengatakan kelahiran normal lebih baik berbanding pembedahan, tetapi setiap ibu yang bertarung nyawa untuk bersalin harus diberikan penghargaan.
Artikel Menarik: [Macam-Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin, Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah]
Kenali dua jenis kelahiran ini dengan lebih dekat agar anda dapat memahami konsepnya. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang kelahiran normal dan pembedahan ini daripada Dr. Khamsiah Muda, Pengasas dan Pakar Obstetrik & Ginekologi di Andorra Women and Children Hospital.
KELAHIRAN NORMAL
Kelahiran anak secara normal adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu melalui vagina tanpa menggunakan bantuan peralatan seperti vakum atau forcep. Proses kelahiran normal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Fasa Pertama
Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran. Pada waktu ini, Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada awalnya dan ia berlaku untuk jangka masa 40 saat. Kemudian, kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap dua minit. Setiap kali Rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai kelebaran 10sm.
Situasi inilah yang kita panggil kontraksi. Pada waktu inilah para ibu akan merasa sakit sementara menunggu pintu rahim terbuka sehingga 10sm agar bayi dapat melalui pintu vagina untuk menjayakan kelahiran normal. Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan. Lapisan ini akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula. Selepas itu, proses seterusnya adalah kepecahan air ketuban.
Fasa Kedua
Dalam fasa kedua kelahiran, bayi dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ia akan berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat. Dalam kes kelahiran normal yang biasa, kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu.
Artikel Menarik: [Hilang Darah Seliter; Otot, Salur Darah Dipotong. Perjuangan Ibu Bersalin Czer Janganlah Dibanding]
Sekiranya bayi berkedudukan songsang, bahagian punggung akan dileuarkan terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, kaki bayi terlipat ke atas. Jika ini kes ibu yang pertama kali melahirkan, bayi berkemungkinan harus dikeluarkan melalui pembedahan caesarean. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit dan di potong.
Fasa Ketiga
Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ – ½ jam selepas bayi dilahirkan. Kemudian uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif.
PEMBEDAHAN CAESAREAN
Pembedahan caesarean adalah pembedahan di mana pakar obstetrik membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan untuk melahirkan anak merupakan pembedahan besar yang paling biasa dalam kalangan wanita.
Kelahiran melalui pembedahan akan dsyorkan oleh doktor jika kelahiran secara normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan dia atas permintaan si ibu.
Bila Proses Bersalin Caesarean Bermula?
Setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu Bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj. Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut ke kaki (half body bius) supaya si ibu berasa kebas.
Artikel Menarik: [Kena Ada ‘Semangat Jantan’ Untuk Teman Isteri Bersalin, Jangan Rebah Bila Tengok Darah]
Semasa proses pembedahan, para ibu berada dalam keadaan sedar. Hanya dalam kes tertentu, pembiusan penuh akan dilakukan. Bagi mengelakkan iu berasa panik, doktor kebiasaannya akan mmberi ubat penenang supaya mereka lebih santai ketika proses pembedahan dijalankan.
Mengapa Perlu Dibedah?
Terdapat beberapa kes kehamilan yang memerlukan ibu menjalani kelahiran melalui pembedahan:
Plasenta Previa Semasa mengandung, rahim mengembang dan plasenta (uri) yang normal akan melebar menjauhi serviks. Plasenta previa adalah keadaan di mana uri tetap berada di bahagian bawah rahim atau dekat dengan serviks sehingga menutup pintu laluan kelahiran.
Plasenta Luruh (Abruption) Keadaan ini apabila plasenta terpisah dari dinding rahim seblum tarikh kelahiran. Apabila ia berlaku dikhuatiri bayi akan terputus bekalan nutrisi dan oksigen. Dalam sesetengah kes, jika ini terjadi bayi akan dilahirkan pra matang.
Kehamilan songsang Tali pusat jatuh (Cord Prolapse) Jarang berlaku. Tetapi jika terjadi, pembedahan segera perlu dibuat kerana tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan.
Bayi lemas (Fetal Distress) Bayi lemas apabila kekurangan bekalan oksigen ketika dalam kandungan. Ia dikesan melalui tanda denyutan jantung bayi yang menjadi perlahan berbanding kadar normal.
Bukaan lambat Jika bukaan rahim terlalu lambat, tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5sm setiap jam dalam tempoh empat jam, pasti ada masalah.
Pembedahan ulangan Ibu mengalami masalah darah tinggi atau kencing manis semasa hamil Masalah tumbesaran bayi Jika tumbesaran bayi terbantut, bayi mudah lemas semasa proses kelahiran.
Bayi kembar Bayi kembar boleh dilahirkan melalui kelahiran normal, tetapi sesetengah kes ibu terpaksa dibedah bergantung kepada posisi bayi, berat badan mereka serta usia dalam kandungan.
Biar apa pun jenis kelahiran seorang ibu, ia merupakan pengorbanan terbesar seorang wanita. Kedua-dua jenis kelahiran sama hebat dan sama sakitnya. Selepas melahirkan bayi, jagalah kesihatan dan ikutlah saranan doktor agar segera sembuh. Jika ada ibu yang mahu bersalin secara pembedahan walaupun tiada sebarang komplikasi ketika hamil, itu bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap kelahiran mempunyai risiko tersendiri.
 

The post Ada Apa Dengan Normal Atau Cesarean? Hebatnya Seorang Ibu Tak Dilihat Dari Cara Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-apa-dengan-normal-atau-cesarean-hebatnya-seorang-ibu-tak-dilihat-dari-cara-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Cara Sederhana Untuk Atasi Burnout Atau Kelelahan Karena Bekerja

4 Cara Sederhana Untuk Atasi Burnout Atau Kelelahan Karena Bekerja

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 180 hits
Burnout dijelaskan oleh WHO sebagai sebuah sindrom yang muncul dari stres kronis di tempat kerja yang tidak bisa diatur secara sukses Ketika seseorang mengalami kondisi ini tentu saja terjadi sejumlah masalah kesehatan yang membuat produkti...
5 Cara Mengurangi Kadar Gula Pada Nasi Putih Nggak Bikin Gemuk Ngantukan Atau Diabetes Lagi

5 Cara Mengurangi Kadar Gula Pada Nasi Putih Nggak Bikin Gemuk Ngantukan Atau Diabetes Lagi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 403 hits
Ternyata nasi hangat beruap yang baru saja matang itu adalah yang paling banyak kadar gulanya lo
Cara Menangkap Burung Liar Tanpa Jerat Atau Senjata

Cara Menangkap Burung Liar Tanpa Jerat Atau Senjata

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 683 hits
Pada kebiasaannya bagi sesiapa saja yang gemar menangkap apa apa juga jenis burung mengikut kemahuan masing masing tentulah mereka mempunyai cara atau kaedah tersendiri seperti memasang jerat memasang cecair bergetah di sekitar pokok yang s...
Smartphone Boleh Jadi Cctv Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pantau Bayinya

Smartphone Boleh Jadi Cctv Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pantau Bayinya

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 448 hits
Bukan mudah menjaga bayi yang masih kecil Terlalai sikit boleh berlaku macam macam perkara yang ibu bapa sendiri tak jangka Jika nak pantau 24 jam agak sukar tapi dengan adanya aplikasi untuk memantau pergerakan anak mungkin boleh membantu ...
Ibu Tegas Ayah Cool Salah Seorang Anak Takut Barulah Mudah Dengar Kata

Ibu Tegas Ayah Cool Salah Seorang Anak Takut Barulah Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 281 hits
Dalam sesebuah pendidikan keluarga perlunya ada keseimbangan dalam mendidik anak anak Perlu ada elemen berlawanan Seperti lumrah hidup panas mesti ada sejuk Besar dan kecil Kuat dan lemah begitu jugalah keluarga Anak anak ni kalau dua dua i...
Panggil Isteri Dengan Gelaran Ummi Ibu Atau Mama Jangan Ambil Mudah Ini Hukum Yang Perlu Anda Tahu

Panggil Isteri Dengan Gelaran Ummi Ibu Atau Mama Jangan Ambil Mudah Ini Hukum Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 232 hits
Dalam perhubungan suami isteri selalunya setiap pasangan akan mempunyai nama gelaran yang diberi kepada pasangan mereka Perkataan sayang abang atau sebagainya yang digelar kepada pasangan bukan sahaja mengeratkan hubungan malah menambahkan ...
12 Cara Sederhana Ibu Bonding Dengan Bayi Dekatkan Diri Dengan Si Kecil Lewat Kegiatan Sehari Hari

12 Cara Sederhana Ibu Bonding Dengan Bayi Dekatkan Diri Dengan Si Kecil Lewat Kegiatan Sehari Hari

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 336 hits
Bukan hanya dengan menyusui saja lo para orang tua bisa bonding dengan si kecil ada banyak caranya
Gimana Cara Ampuh Jadi Pebisnis Seorang Jago Jualan

Gimana Cara Ampuh Jadi Pebisnis Seorang Jago Jualan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 326 hits
Di postingan ini kami akan bahas terkait dengan Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik