Ada Anak Kecil Jangan Jadikan Alasan Suami Isteri Tidur Berasingan


Hadirnya cahaya mata pertama membuatkan kita terpaksa mendahulukan anak dalam segala hal. Namun jangan hanya kerana anak, kita abaikan segalanya pada pasangan kita.
Anak kecil bukan alasan untuk tidur bersama. Benar, dengan saiz katil yang kecil malah bimbang bayi, ada ibu bapa memilih untuk tidur berasingan.
Melalui perkongsian Encik Akhtar Syamir, situasi yang berlaku ini antara alasan yang selalu suami isteri berikan selepas mempunyai anak. Jika tak diatasi awal, risau ia menyebabkan hubungan kasih sayang semakin pudar.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan ibu bapa sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.
Selepas itu, boleh juga amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.
Ketegasan juga memainkan peranan penting. Sampai bila kita perlu dikawal oleh anak? Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.
Masalah ini tidak kami jangkakan sebenarnya. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah kami sedar. Ada kemungkinan, isteri saya telah merasakannya dahulu tetapi tidak sampai ke tahap ini. Tetapi, ia mungkin juga akan terjadi kepada anda seawal anak pertama lagi.
Dari pengalaman kami sendiri buat masa ini, ada beberapa kesan yang tidak baik akibat dari tidur berasingan ini.

1. Isteri bertambah stres.
Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.
Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada. Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.
2. Aktiviti “Pillow Talk” tidak dapat dilakukan.
Seperti dalam penulisan saya sebelum ini berkenaan kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi.
3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja.
Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.
Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.
4. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi.
Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.
Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.

5. Dekat tapi jauh.
Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.
Pernah tak terjaga di malam hari dan merasakan kehangatan pasangan anda di sebelah? Kemudian, dengan perlahan-lahan anda pun memeluk erat tangannya, merapatkan diri dengan badannya dan bersama di dalam selimut yang sama? Saya jamin, anda rasa sangat bahagia walapun orang di sebelah tak sedar langsung, siap boleh berdengkur lagi. Bayangkan kenikmatan ini ditarik dengan situasi tidur berasingan ini? Sangat mengecewakan.
Tidak dinafikan juga, hubungan bersama akan menjadi kurang. Jika seorang di dalam bilik dan seorang lagi di luar, memang kebarangkalian itu sangat tipis. Hubungan spontan yang sangat memberi kesan baik kepada suami dan isteri juga tidak terjadi.
Itulah serba sedikit kesan buruk apabila suami dan isteri tidur berasingan. Memang kadang-kalanya suami dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana situasi anak kecil itu.
Tetapi, percayalah, jika diusahakan, pasti boleh. Kita tak usahakan kerana kita tak tahu kesan buruk situasi tu. Sekarang kita dah sedia maklum. Jadi, saya sarankan anda semua mengambil berat masalah ini dah cuba usahakan sebaik mungkin.
Tak sangka nak tidur sekali pun susah walaupun sudah berkahwin. Itulah dia antara cabaran alam perkahwinan. Banyakkan membaca supaya kita menjadi pasangan yang berilmu dan tahu bagaimana mengatasi masalah apabila ia timbul.
Adakah anda sedang tidur berasingan? Rasa tak stres tu?
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

 
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Akhtar Syamier #BroOhsem
 
The post Ada Anak Kecil, Jangan Jadikan Alasan Suami Isteri Tidur Berasingan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-anak-kecil-jangan-jadikan-alasan-suami-isteri-tidur-berasingan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Hamil Anak Kedua Usop Seronok Layan Isteri Mengidam Aiskrim Goreng

Isteri Hamil Anak Kedua Usop Seronok Layan Isteri Mengidam Aiskrim Goreng

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 166 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang kini mendedahkan isterinya Nur Fatihah Md Hashim kini hamil anak kedua mereka Perkhabaran gembira itu dikongsikan Usop kepada semua malah kini usia kandungan isterinya sudah pun mencecah tiga bulan ...
Isteri Tidak Penat Melayan Suami Yang Selalu Keras Walaupun Hanya Berpegangan Tangan Dipasar

Isteri Tidak Penat Melayan Suami Yang Selalu Keras Walaupun Hanya Berpegangan Tangan Dipasar

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 188 hits
Berikut adalah beberapa tips senaman yang sesuai untuk lelaki berusia 40 tahun dan ke atas 1 Tanamkan semangat Pertama tama penting untuk mempunyai semangat dan motivasi untuk bersenam Berikan komitmen pada diri sendiri untuk bersenam bagi ...
Pindahkan 100 Peratus Harta Sepencarian Jadi Hak Isteri Perlu Izin Reda Suami

Pindahkan 100 Peratus Harta Sepencarian Jadi Hak Isteri Perlu Izin Reda Suami

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 255 hits
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai Soalnya bolehkan harta yang dicari bersama sama itu menjadi hak milik mutlak ist...
Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 292 hits
Selepas memberitahu isteri terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mengatasi situasi ini Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin dapat membantu anda 1 Membuat komitmen Selepas memberitahu isteri anda perlu membua...
Terpikat Dengan Suami Orang Aku Nekad Merisik Sendiri Isteri Dia Terus Jumpa Pegang Tangan Wanita Itu Dan Minta Izin

Terpikat Dengan Suami Orang Aku Nekad Merisik Sendiri Isteri Dia Terus Jumpa Pegang Tangan Wanita Itu Dan Minta Izin

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 288 hits
Umur aku makin tua tapi aku malas nak cari calon Sehiggalah aku jumpa seorang lelaki ni aku cari FB dia Aku tengok isteri dan anak anak dia nampak bahagia Aku teringin nak 8216 masuk 8217 dalam keluarga tu Aku tak buang masa aku jumpa ister...
Anak Berebut Mainan Sampai Bergaduh Mama Papa Jangan Marah Marah Ini Tip Cara Atasi

Anak Berebut Mainan Sampai Bergaduh Mama Papa Jangan Marah Marah Ini Tip Cara Atasi

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 133 hits
suka berebut mainan sampai bergaduh memang boleh buat mama dan papa jadi marah marah Walaupun ada banyak lagi mainan yang lain untuk dipilih mainan yang satu itu juga yang direbutkan Situasi sebegini memang biasa dihadapi oleh mama dan papa...
Suami Aku Dah Curang Tiga Kali Tapi Aku Tetap Bertahan Sebab Anak Anak

Suami Aku Dah Curang Tiga Kali Tapi Aku Tetap Bertahan Sebab Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 204 hits
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak anak tetap ada individu yang curang dan mencari pasangan lain utnuk memuaskan nafsu mereka Seorang lelaki berstatus suami dan bapa kepada empat orang anak meluahkan rasa kecewa terhadap isteri yan...
Aku Jaga Anak Sejak Digantung Tak Bertali Sebab Semua Bantuan Masuk Ke Akaun Suami

Aku Jaga Anak Sejak Digantung Tak Bertali Sebab Semua Bantuan Masuk Ke Akaun Suami

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 160 hits
Seorang wanita merasa buntu apabila terpaksa membesarkan anak anaknya bersendirian selepas digantung tak bertali oleh suami selama empat tahun Bukan sahaja sukar menuntut fasakh wanita itu juga tidak boleh membuat urusan rasmi memandangkan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025