Ada 100 Juta Ok Ja Panas Ismail Sabri Beberapa Mp Umno Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Be



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya telah menarik diri dari Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan beliau bersama 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain menarik sokongan seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Menurutnya, sokongan penuh terus diberikan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Sebenarnya cerita ini sudah lama dan pada peringkat awal saya tidak mahu layan kerana perkara tersebut tidak benar tapi ia berterusan melalui tulisan dan video. “Jadi akhirnya hari ini (Sabtu) saya terpanggil untuk menjawab, perkara ini tidak benar kononnya sudah pun keluar tapi sebenarnya tiada siapa keluar UMNO atau BN (Barisan Nasional) sebaliknya kita kekal dalam kerajaan,” katanya kepada Sinar Ahad. Ahli Parlimen Bera itu juga menyifatkan kemungkinan ada niat tidak baik serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap 13 ahli Parlimen lain khususnya terhadap dirinya. “Saya anggap mungkin ada niat kurang baik bila ada sebarkan cerita sebegini terutamanya terhadap saya sendiri dan ia merosakkan imej saya sedangkan saya selalu katakan tetap bersama UMNO. “Ia juga merupakan fitnah yang cuba memecahbelahkan hubungan kami serta menimbulkan kesangsian sesama Ahli Parlimen BN,” ujar beliau. Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sokongan penuh Ahli Parlimen BN dapat dilihat menerusi beberapa tindakan yang telah diambil seperti undi usul percaya terhadap kerajaan sedia ada. “Apabila dibentangkan pada peringkat awal dulu, seluruh 30 Ahli Parlimen BN menyokong penuh usul yang dibawa dan setiap kali rang-rang undang dibawa, kita sokong sepenuhnya. Tegas Ismail Sabri, dengan penafian yang dibuat, beliau dapat menamatkan segera sebarang desas-desus tersebut dan kesemua yang terlibat meneruskan sokongan penuh terhadap kerajaan sedia ada. Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir pada 17 Mac lalu juga menafikan sebarang dakwaan mengenai usaha untuk menggugat perpaduan dalam kalangan ahli Parlimen parti itu. Menurutnya, segala perkembangan politik semasa sudah dalam pengetahuannya, dan beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi yang timbul hanyalah permainan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri. Sementara itu, ketika ditanya aktiviti sepanjang Ramadan kali ini, Ismail Sabri mengakui tidak sempat menjelajahi bazar serta mendapatkan maklum balas peniaga mengenai harga dan jualan mereka seperti kebiasaan. “Keadaan kesihatan semakin baik, Alhamdulillah dan terima kasih kepada komen-komen rakyat yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/ada-100-juta-ok-ja-panas-ismail-sabri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Sita 13 Akaun Dengan Jumlah Rm9 33 Juta Terkait Kes Ismail Sabri

Sprm Sita 13 Akaun Dengan Jumlah Rm9 33 Juta Terkait Kes Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 403 hits
Ismail Sabri kini disiasat sebagai seorang suspek siasatan melibatkan jumlah RM177 juta dengan perkembangan terbaharu menyebut SPRM bertindak menyita 13 akaun dikaitkan dengan bekas PM ke 9 itu KUALA LUMPUR 11 Mar Suruhanjaya Pencegahan Ras...
Panas Langgar Procedure Siasatan Sprm Keatas Ismail Sabri Tidak Sa

Panas Langgar Procedure Siasatan Sprm Keatas Ismail Sabri Tidak Sa

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 452 hits
Banyak perkara yang aneh yang dilakukan oleh SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap mantan perdana menteri kesembilan Ismail Sabri Yaakob Siasatan belum selesai tetapi perdana menteri kesembilan itu telah awal awal lagi dianggap susp...
Kes Ismail Sabri Wang Jongkong Emas Tiada Kaitan Dana Politik Umno

Kes Ismail Sabri Wang Jongkong Emas Tiada Kaitan Dana Politik Umno

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 386 hits
Haspaizi ZainUmno sekali lagi menegaskan penemuan wang tunai dan jongkong emas dalam siasatan membabitkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tiada kaitan dengan parti itu Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata wang tunai dan emas yan...
Macc Probe Of Ismail Sabri Won T Hurt Umno S Image Or Stability Says Zahid

Macc Probe Of Ismail Sabri Won T Hurt Umno S Image Or Stability Says Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 240 hits
Former prime minister Ismail Sabri Yaakob is being called in as a suspect by MACC in its investigation into four senior officers linked to him that the party would not hesitate to take legal action against anyone who deliberately associates...
Terkini 13 Akaun Bank Berisi Lebih Rm9 Juta Berkait Ismail Sabri Telah Disita Sprm

Terkini 13 Akaun Bank Berisi Lebih Rm9 Juta Berkait Ismail Sabri Telah Disita Sprm

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 316 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 11 2025Sebanyak 13 akaun bank dengan simpanan berjumlah RM9 33 juta dilaporkan telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesemua akaun itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang...
Kes Ismail Sabri Sprm Tahan Pengurup Wang Bagi Bantu Siasatan

Kes Ismail Sabri Sprm Tahan Pengurup Wang Bagi Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 405 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pengurup wang bagi membantu siasatan kes melibatkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata suspek direman dua hari namu...
Perdana Menteri Merasmikan Alamanda Berwajah Baharu Bernilai Rm 100 Juta

Perdana Menteri Merasmikan Alamanda Berwajah Baharu Bernilai Rm 100 Juta

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 448 hits
PERDANA MENTERI MERASMIKAN ALAMANDA BERWAJAH BAHARU BERNILAI RM 100 JUTA Assalammualaikum semua Alamanda Putrajaya kini berwajah baharu Lebih besar lebih baik dan lebih menarik Pusat beli belah ikonik memperkenalkan Escape Putrajaya pertama...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram