Acycs 2025 Suara Kanak Kanak Belia Asean Diperjuang Dalam Agenda Iklim


Negara-negara ASEAN kini mempunyai lebih daripada 213 juta belia, iaitu hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk, yang sedang membesar dalam sebuah rantau yang semakin terkesan oleh perubahan iklim. Pada minggu ini, seramai 100 delegasi belia berusia antara 15 hingga 25 tahun daripada kesemua sepuluh negara ASEAN telah berhimpun di Langkawi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kanak-kanak dan Belia ASEAN Mengenai Iklim (ACYCS) 2025. Kehadiran mereka mencerminkan suara kolektif belia ASEAN dalam menegaskan bahawa hak kanak-kanak wajar menjadi asas kepada tindakan iklim serantau.
Sidang ini merupakan anjuran bersama UNICEF dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Malaysia dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pada masa yang sama, Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN (AMME) ke-18 sedang berlangsung di mana seramai 10 orang delegasi Kanak-kanak dan Belia, mewakili setiap negara ASEAN akan menyampaikan Deklarasi ASEAN Kanak-kanak dan Belia Mengenai Iklim pada 4 September. Penyertaan ini tidak hanya bersifat simbolik, malah menandakan suatu detik yang signifikan dalam usaha memperkukuh suara belia dan mempengaruhi pembentukan dasar di peringkat serantau. 
“Sidang ini membuktikan bahawa kanak-kanak dan belia ASEAN bukan hanya pemerhati dalam isu iklim, mereka juga adalah pemimpin. Daripada idea, penyelesaian dan semangat mereka membentuk cadangan ini, ia akan mengingatkan masyarakat bahawa perubahan iklim bukan sekadar isu alam sekitar, ia adalah juga isu hak kanak-kanak. Oleh kerana penyertaan mereka lahirlah pengaruh, dan dari pengaruh tercetuslah impak untuk setiap kanak-kanak, ” kata Robert Gass, Wakil UNICEF ke Malaysia, merangkap Wakil Khas ke Brunei Darussalam, serta Pemangku Penyelaras Pemastautin PBB a.i. ke Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam dalam ucapan alu-aluan kepada para delegasi.
Para delegasi telah dipilih melalui proses permohonan terbuka serta pencalonan oleh pejabat UNICEF di negara-negara ASEAN. Dengan menitikberatkan aspek kepelbagaian dan keterangkuman, barisan delegasi ini merangkumi belia Orang Asal, pemimpin komuniti, serta aktivis iklim yang telahpun melaksanakan inisiatif perubahan. Usaha mereka merangkumi pelbagai bidang, daripada projek pemulihan ekosistem paya bakau dan penghasilan kompos daripada sisa, sehinggalah kepimpinan dalam kempen pendidikan iklim di peringkat tempatan.
Dengan tema “Memperkasa Belia ASEAN untuk Masa Depan Daya Tahan Iklim”, sidang ini menegaskan bahawa kanak-kanak dan belia bukan sahaja antara kelompok yang paling terkesan oleh perubahan iklim, malah merupakan sebahagian penting daripada penyelesaiannya. Sepanjang tiga hari penganjuran, para delegasi akan terlibat dalam dialog, bengkel praktikal dan pembelajaran berasaskan pengalaman, termasuk lawatan ke Langkawi UNESCO Global Geopark bagi meneroka ekosistem paya bakau, pemeliharaan biodiversiti serta usaha ekologi lain. Program ini turut menampilkan Pasar Iklim Belia yang mempersembahkan inovasi akar umbi serta kisah inspirasi belia dari seluruh rantau.
Di ASEAN, sebanyak 41 peratus kanak-kanak terdedah kepada lima atau lebih kejutan iklim dan alam sekitar secara serentak, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding purata global. Meskipun mereka bukan penyumbang utama kepada krisis ini, kanak-kanak dan belia menanggung beban yang paling berat, termasuk gangguan terhadap pendidikan, kemerosotan tahap pemakanan, serta peningkatan risiko kesihatan.
“NRES berbesar hati menjadi rakan penganjur ACYCS 2025 bersempena dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, di samping menyediakan ruang untuk suara belia didengari dalam AMME. Kami berpegang teguh bahawa generasi muda perlu diiktiraf sebagai sebahagian daripada penyelesaian – bukan sahaja untuk masa depan, tetapi bermula dari saat ini. Suara, idea dan kepimpinan mereka adalah amat penting dalam membentuk dasar serta tindakan yang akan memperkukuh daya tahan iklim ASEAN.” kata Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, semasa majlis pelancaran.
Penganjuran ACYCS 2025 selari dengan Kepengerusian ASEAN Malaysia mencerminkan komitmen negara terhadap dasar seperti Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) 2.0 serta Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia (MyNAP) yang bakal diperkenalkan. Langkah ini turut melengkapkan rangka kerja serantau ASEAN termasuk Pelan Tindakan Strategik Perubahan Iklim ASEAN (ACCSAP) 2025–2030.
Ketika ASEAN berhadapan dengan impak perubahan iklim yang semakin ketara, ACYCS 2025 menetapkan satu tanda aras baharu bagi kepimpinan iklim yang inklusif. Sidang ini menegaskan bahawa suara generasi muda bukan sahaja penting, malah tidak wajar diketepikan, kerana keputusan yang diambil pada hari ini akan menentukan masa depan yang bakal mereka warisi.
The post ACYCS 2025: Suara Kanak-kanak & Belia ASEAN Diperjuang Dalam Agenda Iklim appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/04/acycs-2025-suara-kanak-kanak-belia-asean-diperjuang-dalam-agenda-iklim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kl Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Tahunan Ke 8 Asean Npsr 2025

Kl Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Tahunan Ke 8 Asean Npsr 2025

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 2063 hits
KL Jadi Tuan Rumah Mesyuarat Tahunan Ke 8 ASEAN NPSR 2025 Malaysia hari ini mengukuhkan komitmennya terhadap keselamatan nuklear serantau dengan menjadi tuan rumah Mesyuarat Tahunan Ke 8 ASEAN Nuclear Power Safety Research 2025 Ini merupaka...
Kepimpinan Dan Kejayaan Pahang Kemudi Suara Malaysia Di Pentas Asean Merupakan Satu Pengiktirafan

Kepimpinan Dan Kejayaan Pahang Kemudi Suara Malaysia Di Pentas Asean Merupakan Satu Pengiktirafan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4154 hits
KUANTAN Kepimpinan dan kejayaan Pahang mengemudi Malaysia di pentas ASEAN sempena Forum Ketua Menteri dan Gabenor di Trang Thailand merupakan satu pengiktirafan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang Muhammad Kamil Ibrahim berkata tanggungjawa...
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4146 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Pendamping Produk Halal Umkm Kubu Raya Cara Daftar Halal Self Declare Tahun 2025

Pendamping Produk Halal Umkm Kubu Raya Cara Daftar Halal Self Declare Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 3315 hits
BloggerBorneo com Dalam beberapa tahun terakhir kesadaran pelaku usaha akan pentingnya sertifikasi halal semakin meningkat terutama di kalangan UMKM Kehadiran Pendamping Produk Halal menjadi solusi yang memudahkan pelaku usaha di Kabupaten ...
Sukan Sea Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas

Sukan Sea Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 2080 hits
Sukan SEA Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas Malaysia capai sasaran 16 pingat emas menerusi beregu campuran negara Edmund Teo Seng Keong Boon Wei Ying pada Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta hari ini Kejayaan itu disambut sorakan...
Flagship Honor Magicpad 3 And Magicbook Art 14 2025 Now Available Nationwide

Flagship Honor Magicpad 3 And Magicbook Art 14 2025 Now Available Nationwide

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 3520 hits
A tablet with laptop class power and a privacy first laptop crafted for work creativity and style Starting today the highly anticipated HONOR MagicPad 3 and HONOR MagicBook Art 14 2025 will be available for purchase at HONOR Experience Stor...
Pgslot Top 66 By Star Pgslotth Pgslotth Nl Pgslot Web 3 2025

Pgslot Top 66 By Star Pgslotth Pgslotth Nl Pgslot Web 3 2025

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1341 hits
Read Time 6 Minute 15 Second pgslot pgslotth pgslotth pgslotth pgslot pgslotth pgslot 5 pgslotth pgslot pgslot pgslotth Scatter pgslot pg Scatter Scatter pg Mahjong Ways 2 Treasure of Aztec Lucky Neko 500 300 2 800 5 pg 100 5 pgslot pgslott...
Profima Harap Ruu Pekerja Gig 2025 Direalisasikan

Profima Harap Ruu Pekerja Gig 2025 Direalisasikan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 11547 hits
Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia berharap Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 akan menerima sokongan majoriti daripada seluruh ahli Dewan Rakyat supaya ia dapat direalisasikan demi masa depan pekerja gig negara Presidennya Khali...
Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2481 hits
Rang Undang undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR 25 Ogos Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1 2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali