Acne Cleansing Gel
Acne Cleansing Gel
Info Produk :
Pembersih wajah lembut dengan tekstur gel untuk membersih wajah secara mendalam dan membantu mengurangkan bakteria punca jerawat, menyingkirkan lebihan sebum serta mengurangkan iritasi akibat jerawat tanpa mengeringkan kulit.
Dirumus daripada campuran pelbagai ekstrak botani terpilih seperti Peppermint, Madu, Chamomilla, Hydrolyzed Elastin, Cucumber, Asparagopsis Armata, Saponaria, Centella Asiatica, Aloe Vera, Humulus Lupulus, Lavandulu Angustifolia, Polygonum Cuspidatum, Scutellaria Baicalensis, Camellia Sinensis, Glycrrhiza Glabra, Hydrolyze Collagen dan Rosmary Leaf untuk membantu mendapatkan kulit yang lebih sihat dan bersih daripada jerawat.
Mentha Piperita (Peppermint) Oil –menurut Dr. Debra Jaliman, dermatologist dari New York, minyak peppermint membersihkan kulit secara semulajadi dan mempunyai keupayaan antiseptik serta antibakteria. Ia juga memiliki keupayaan melega & menyejukkan iritasi kulit dan keradangan disebabkan jerawat. Keupayaan antimikrobial peppermint bantu mengurangkankemunculan jerawat yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Pakar Kimia Kosmetik, Kelly Dobos menyatakan, minyak peppermint mengandungi hampir 30 50 percent menthol, menyumbang kepada keupayaan menyejukkan kulit iritasi. Peppermintjuga mengandungi omega-3 fatty acids, kalsium, Vitamin A, C dan minerals.
Ekstrak Madu – bersifat antibakteria secara semulajadi, sangat berkesan merawat dan mengatasi kulit berjerawat. Madu juga tinggi antioksida untuk memperlahankan proses penuaan. Ia juga melembap dan melegakan iritasi kulit selain membantu membuka pori untuk proses eksfoliasi. Madu mentah menyeimbangkan bakteria pada kulit, menjadikan ia bagus untuk merawat jerawat. Madu mempercepatkan proses penyembuhan sel kulit . Ia membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka disebabkan jerawat. Ia juga bertindak sebagai ‘exfoliator’ semulajadi, membantu mencerah dan menyekatakan tona kulit kusam dan kering.
Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract - melega dan meredakan keradangan serta alahan kulit.
Hydrolyzed Elastin –atau dikenali sebagai Marine Collagen, adalah protein semulajadi diambil dari ikan dan sumber lain untuk menggantikan kolagen yang hilang dari tubuh. Hydrolyzed Elastin adalah ‘humectant’ yang bertindak memerangkap lembapan untuk kekal dalam lapisan kulit.
Elastin – adalah pelembap kulit yang mengekalkan keanjalan kulit. Ia bertindak sebagai ‘skin booster’ yang jika disapu meransang pertumbuhan sel kulit dan kelamaan memberi kesan kulit licin serta anjal.
Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract - Timun mengandungi : Vitamin A & B1–sebagai antioksida yang melindungi kulit dari jangkitan dan radang. Vitamin C untuk membentuk kolagen dan meneutralkan radikal bebas penyebab kedutan. Biotin untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit. Tanpanya, kulit mudah dijangkiti, iritasi dan pecah-pecah. Potasium – mencegah pengelupasan & kekeringan kulit.
Asparagopsis Armata Extract - salah satu tumbuhan tertua di bumi yang diangkat sebagai “a powerful antioxidant” oleh www.seaweedindustry.com disebabkan oleh komponen anti-bakterianya yang hebat dan diiktiraf sebagai tumbuhan yang memiliki nilai tertinggi dalam produk kosmetik dan kecantikan. Kaya dengan antioksida, tumbuhan ini membantu melindungi sel kulit dengan menghalang daripada toksin dan radikal daripada memasuki badan agar badan mampu menghasilkan sel kulit yang lebih sihat.
Saponaria Officinalis Leaf Extract – atau Soapwort Extract, terkenal dengan keupayaan ‘membersih secara mendalam’ terima kasih kepada kandungan ‘saponin’ yan berkesan melawan bakteria, keradangan dan keupayaan ‘astringent’. Saponin boleh dicampur bersama air untuk menghasilkan pembersih kulit yang lembut, tidak menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit. Saintis memanggil ‘Soapwort juice’ kerana ia membantu menrawat masalah kulit seperti kekeringan, kegaalan, jerawat, psiorasis, ekzema dan luka. Ia juga mengandungi ‘flanovoids’ dan vitamin c untuk mengatasi pigmentasi dan melawna radikal bebas.
Centella Asiatica Extract - tinggi beta-carotene, phytochemicals dan amino asid. Membantu menyokong lapisan struktur kulit dengan meningkatkan keanjalan dan kekuatan kulit serta membaiki kekenduran kulit.
Aloe Barbadensis Extract - Lidah Buaya, tinggi Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, Zink, Aloectin B, dan Lignin/Selulosa yang bagus untuk kulit. Vitamin C, E dan Zink berfungsi sebagai antioksida yang membantu melambatkan penuaan. Vitamin A & E juga membantu mencerahkan kulit yang kusam. Lignin/selulosa berfungsi menjaga kelembapan dan keanjalan kulit. Manakala Aloectin B meransang sistem imunisasi & mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu, daun lidah buaya juga membantu mengatasi kulit berminyak kerana nilai pH lendiran dalam lidah buaya boleh membantu mengawal dan menyeimbang pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.
Humulus Lupulus (Hops) Extract - Bertindak sebagai agen penenang, ia tinggi dengan tannins yang membantu mengurangkan keradangan. Tumbuhan ini juga berfungsi menyingkirkan toksin (detoxification). Berita baik kepada and anda yang memiliki bintik pada wajah (blemishes), tumbuhan ini bertindak sebagai tonik yang menyingkirkan kekotoran (debris) yang terkumpul pada kulit penyebab bintik hitam yang menyumbat pori tanpa mengeringkan kulit. Tumbuhan berwarna hijau dengan bentuk pine cone ini juga membantu memudarkan parut jerawat.
Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil - memiliki keupayaan antifungal untuk mengurangkan inflamasi dan jangkitan, membantu membersihkan kulit dan mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit. Lavender membantu membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan jerawat penyebab breakouts. Lavender juga mencerah kulit, menyekatakan tona serta pigmentasi. Ia juga bersifat antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas penyebab penuaan kulit.
Polygonum Cuspidatum Root Extract - kaya dengan resveratrol untuk meransang pertumbuhan sel kulit baru, melambatkan penurunan kadar kolagen dalam badan, dan melindungi kulit dari sinar UVB
Scutellaria Baicalensis Root Extract (Chinese Scullcap) - mengandungi pelbagai nutrient seperti amino acid, flavonoids, phenylethanoids, sterols, terpenes dan volatiles oils yang bagus untuk kulit. Terpenes dan volatiles oils berfungsi memutihkan kulit secara semulajad.Flavonoids menyediakan perlindungan dari radiasi UV. Ia juga herba antioksida terkuat disebabkan oleh kandungan kompoun seperti Baicalin, baicalein, wogonin, oroxylin A, dan Skullcapflavone II yang banyak diekstrak dari akarnya.
Camellia Sinensis Leaf Extract (Teh Hijau) - tinggi kandungan anti-oksida untuk membantu mengurangkan kedutan, melambatkan tanda penuaan dan melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV. Teh hijau juga mengandungi Methylxanthines yang meransang ‘microcirculation’ kulit untuk mempengaruhi tona dan kecerahan kulit.
Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract - mengandungi molekul licochalcone yang bersifat anti radang dan antioksida untuk mengawal penghasilan sebum dan melegakan kulit sensitif.
Hydrolyzed Collagen - kolagen yang telah melalui proses hydrolyze, dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil untuk memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Kajian klinikal yang dilakukan oleh Peptan, menemukan bahawa pengambilam kolagen bersama Vitamin C membantu meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 19%, kelembapan kulit 28% selepas 8 minggu dan memudarkan penampilan kedutan sebanyak 26% selepas 12 minggu. Sinaran UV merosakkan struktur kulit dan mengurangkan keanjalannya. Pengambilan peptida kolagen akan meningkatkan jumlah kolagen dalam kulit untuk menghasilkan sel kulit yanglebih sihat.
Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract - mengembalikan keanjalan kulit, mengurangkan bengkak pada wajah, dan menyekatakan tona wajah
BEBAS PARABENNOT190900499K
Cara Penggunaan Produk :
SIANG :
1.Bersihkan wajah menggunakan Acne Gel atau Acne Bar Soap. Bilas bersih.
2.Tuang Scar Toner ke atas kapas dan seret pada kulit bagi membuang sel kulit mati. Tukar kapas dan ulang sehingga tiada kotoran pada kapas. Kemudian tuang lagi Scar Toner ke atas tapak tangan dan tepuk lembut ke seluruh wajah. 3. Sembur X-Ne Facial Spray seluruh wajah dan tepuk lembut hingga meresap.4. Sapu 72Hrs Moist Ultra Hydrating Gel pada wajah.
5. Sapu Acne Balm pada kawasan jerawat sahaja (jika ada).
6. Gunakan UV Defense Cream Matte Sunscreen spf50 PA++ sebelum keluar.
MALAM :
Ulang langkah 1- 5 sahaja.
Bahan- Bahan
Aqua, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Cocoyl Alaninate, Propylene Glycol, Olive Oil PEG-7 Esters, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Phenoxyethanol Aminomethyl Propanol, Citric Acid, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Ethylhexylglycerin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Polysorbate 20, Butylene Glycol, Honey Extract, Silanediol Salicylate, Octoxynol12, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Hydrolyzed Elastin, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Asparagopsis Armata Extract, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Saponaria Officinalis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Aloe Barbadensis Extract, PEG-35 Castor Oil, CI 42053, Humulus Lupulus (Hops) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Hydrolyzed Collagen, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract.
Berat / Isipadu :
120ml
FAQ Acne Cleansing Gel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfarhan-aan.com/2020/01/acne-cleansing-gel.html