Ace Kita Rating Running Man Menaik Peminat Gembira Song Jihyo Kembali Aktif
Sejak kebelakangan ini, sudah beberapa kali nama Song Ji-hyo disebut-sebut sebagai seseorang yang ‘culas’ ketika penggambaran program hiburan “Running Man”.
ARTIKEL BERKAITAN
"Dia Chaebol" - Urus Feri Besar, Bisnes Keluarga Song Jihyo Dapat Keuntungan Lebih RM14 Juta?
Walau bagaimanapun, media Korea menekankan bahawa dakwaan itu kian tenggelam apabila pelakon wanita tersebut membuktikan bakatnya di dalam dua episod kebelakangan ini.
Dalam episod ‘Joseon Tazza’, Song Ji-hyo tampil elegan dengan pakaian tradisional yang sesuai dengan wajah cantiknya. Malah ahli “Running Man” tidak berhenti memuji wanita tersebut selain memintanya kembali berlakon drama saeguk (tradisional).
Dalam pada itu, mereka semua termasuk peminat terkejut apabila mendapat tahu rahsia pekerjaan sebenar keluarga Song Ji-hyo. Meskipun cuba mengelak dari menjawab, namun wanita itu mendedahkan bahawa ibu bapanya menguruskan bisnes feri kini di Tongyeong. Tak sangka bahawa Song Ji-hyo berasal dari keluarga kaya, ulasnya,
Saya tak beritahu sebab hal ibu bapa saya hal mereka manakala hal saya ialah hal saya.
Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo turut menghiburkan ahli lain dengan lawak ‘slapstick’ di mana dia tidak kisah terjatuh semasa misi membawa air ke bakul di penghujungnya. Ada kala, dia kerap menggunakan nada suara drama lama bagi menyesuaikan diri dengan tema episod itu.
Malah dalam episod sebelumnya, wanita yang digelar ‘ace’ itu membuktikan kekuatan fizikalnya apabila berjaya memenangi beberapa misi di mana mereka perlu menggunakan kekuatan.
Sepertinya kritikan yang menghujani pihak produksi “Running Man” dan Song Ji-hyo berjaya membuka mata kedua-dua pihak untuk melakukan sesuatu bagi menghormati pendapat penonton setia. Dalam pada itu, wanita tersebut turut membuktikan bahawa karakter yang dibawanya layak mendapat perhatian semua dan bukan hanya sebagai ‘kerusi tambahan’ sahaja.
Mungkin membuahkan hasil, episod “Running Man” yang terbaru ini naik mendadak ke 5.1% selepas terperangkap dalam lingkungan 2% ke 3% sejak beberapa minggu lalu.
Terbukti menjadi bualan, kata kunci yang memenuhi laman hiburan sejak kelmarin dipenuhi dengan nama Song Ji-hyo seperti ‘ibu bapa Song Ji-hyo’, ‘feri Song Ji-hyo’, Song Ji-hyo cantik’, ‘wajah Song Ji-hyo’ dan banyak lagi.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
The post “Ace Kita” – Rating ‘Running Man’ Menaik, Peminat Gembira Song Jihyo Kembali Aktif first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/ace-kita-rating-running-man-menaik-peminat-gembira-song-jihyo-kembali-aktif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ace-kita-rating-running-man-menaik-peminat-gembir