Acapkali Menerima Email Dari Best Products
Acapkali Menerima Email Dari Best Products Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Dalam bulan Mac 2019, Fiza acapkali menerima email dari pihak Best Products.
Isi email tersebut menyatakan bahawa wang kemenangan masih belum dipindahkan ke akaun Fiza. Hurmmm...
Dan kali terakhir Fiza dapat email semalam pulak, bukan sahaja menang duit tapi berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM300,000.
Allahu Akhbar...
Tengok nilai wang tersebut, pastinya kita akan teruja kan. Namun, zaman moden ni kenalah berhati-hati. Kena semak. Kena selidiki terlebih dahulu.
So, Fiza reply balik email dorang. Tanya macam mana Fiza boleh terpilih? Before setuju nak bagi nombor akaun, ada terma dan syarat tak yang perlu diikuti?
Soalan Fiza lansung tak berjawab, sebaliknya dorang hantar benda yang sama ke email Fiza. See... Somethings wrong maybe... Kan?
Biasalah ayat orang berniaga, ayat marketing kena gempak. Siapa terkena pancing, sah² la akan terima sebulat-bulatnya. Mungkin betul, mungkin tipu. Wallahu'alam...
So, Fiza buatla beberapa rujukan... Dan antara yang Fiza baca hasil daripada perkongsian beberapa orang blogger... Di mana mereka pun ada yang pernah menerima email... Surat directly ke rumah... Dari Best Products...
Ternyata...
MEMANG ada yang dapat wang tersebut, TAPI ada syaratnya. Bukan mudah ye.
Kalau nak mengetahui lebih lanjut mengenainya... Bolehla melayari laman bestproduct : www.bestproducts.my
Komen Di Facebook Best ProductsKemudian, berikut adalah antara beberapa komentar yang Fiza petik dari page FB Best products.
Sumber : Page FB Best Products
So, bagaimana?...
Yes! Memang betul kata² dorang, kalau kita lihat bahagian soalan umum di laman bestproducts... Terdapat satu soalan di mana...
Bagaimana untuk berpeluang memenangi hadiah utama RM150, 000?Untuk berpeluang memenangi hadiah utama RM150, 000, anda perlu membeli sekurang-kurangnya satu produk daripada katalog Best Products dalam tempoh berlangsungnya sesebuah kempen yang dianjurkan. Buat pesanan sebanyak mungkin untuk peluang yang lebih besar menjadi pemenang.
Betulla terma dan syarat yang dorang bagi. Keputusan di tangan kita... NAK ataupun TAK?
Tapi, email yang Fiza dapat... Takdelah pulak details terma dan syarat. Namun...
Setelah membuat perkiraan dan berfikir panjang, Fiza tak berani nak ambik risiko dengan best products. Biarlah peluang tersebut diberi kepada mereka yang lebih berminat.
Apa² pun terima kasih buat pihak Best Products kerana telah menghantar email kepada Fiza. At least, bila baca... Bertambah jugak ilmu mengenainya.
Seriously, first time Fiza tahu pasal best products tau. Kalau tak dapat email dari dorang... Memang lansung tak tahu mengenainya. Hehe...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fizacrochet.com/2019/04/acapkali-menerima-email-dari-best.html