Abu Always Believe In Urself
Christy Ng & Abg AbuTengahari itu, saya terima SMS dari Kickstart. Sebagai ingatan untuk menghadiri program mereka yang akan berlangsung pada malam harinya di Bangsar. Sudah seminggu saya daftarkan diri
Demam, selsema, batuk dan segala macam kelemahan urat sendi yang menyerang sejak Rabu lepas seakan mematahkan semangat untuk saya mengorak langkah ke MindValley malam itu. Namun, dengan bekal ubat-ubatan yang melenakan, saya gagahkan juga memandu sendirian ke MindValley. Selain dua nama besar yang diundang malam itu, Abang Abu dan Christy Ng, saya tak dapat menduga siapakah yang akan saya temui, atau apakah yang akan saya tempuhi
Satu hal yang pasti, saya mesti mengotakan janji saya sendiri. Tiada siapa yang meminta saya hadir ke program Kickstart, melainkan atas kemahuan dan kerelaan hati saya jua. Maka, wajarlah saya memenuhi janji kepada diri ini
Malam itu di MindValley, kehadiran saya disambut lagu rancak Tim McMorris, On Top Of The World
On The Top Of The World - Tim McMorris
I’m standing up, on top of the world tonight
And everythings working out, just right
And while the world is spinning
It’s a brand new beginning
I’m here finally winning (HEY!) So, take it up, take it over, take it out of control
Today I’m freeing my soul, and now you got me singin'
Oh Oh Oh Oh Oh
Oh Oh Oh Oh Oh Whoa
Di satu sudut tepi meja pendaftaran, saya melihat Anthony (gandingan Maverick dalam acara-acara Kickstart yang tak pernah saya hadiri sebelum ini) sedang melompat-lompat mengikut rentak On Top Of The World. Barangkali dia sedang membangkitkan aura karismanya. Allahu'alam
Kepala saya masih khayal kesan ubat-ubatan yang diambil petang tadi. Menyedari keterbatasan diri, saya lebih banyak memerhati daripada bergaul mesra. Lebih baik diam menyimpan tenaga yang tersisa, sambil menghayati lirik lagu yang menambah deras degup jantung saya
We gotta be the best, the best we can be
And though sometimes we don’t wanna
Still we gotta chase our dreams
Reach up, and reach high, because we’re gonna pull on through
And give it all we got, even though it can seem so hard to
Catch and make happen, but we can’t start slackin’, come on
Do what ya gotta do to fight on
So no matter what comes your way
Nothin can ruin your day
Or even wipe your smile away
Mendengarkan bait-bait lirik lagu ini, fahamlah saya kenapa "On Top Of The World" dijadikan lagu tema www.kickstart.my
Ada satu momentum dalam lagu ini yang melontar kita untuk memecahkan keterbatasan diri justru melempar kita ke dalam lembah impian yang tak bertepi. Impian agung yang lahir bersama-sama kita, yang mesti kita zahirkan dalam manifestasi hidup yang cuma sekali ini
Selesai mendaftarkan diri, diberi pula sehelai nota kecil, dan sehelai tanda nama, saya pun mengambil posisi kosong di tepi dewan. Deretan bean bags berwarna-warni ramah menyambut kami. Terasa seperti di rumah pula. Selesa dan nyaman untuk orang separuh lena seperti saya
Agenda malam itu dimulakan dengan sapaan Anthony yang macho. Di pentas MindValley, Anthony memperkenalkan Tanya Lopez, Maverick, Christy Ng
Formula Untuk Berjaya ABU - A+B+C+D
Maverick selaku pengasas bersama (co-founder) Kickstart pula memperkenalkan Abang Abu, satu nama yang tidak asing lagi di kalangan anak-anak mamak Malaysia dan Singapura. Mendengarkan kisah benarAbang Abu atau nama penuhnya, Abuayubul Ansari, mengertilah saya kenapa Tuhan mengatur kedatangan saya di MindValley pada malam itu
N Hanizah dalam Sesi SOAL JAWAB
Kisah Abang Abu ternyata lebih tragik daripada kisah Azizan Osman atau Syed Hussein Alattas. Abang Abu yang terkenal nakalnya di zaman sekolah telah kehilangan kedua ibu bapanya akibat sebuah kemalangan jalanraya yang berlaku sekitar tahun 1994, ketika Abang Abu berusia 21 tahun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang dari USM, selepas menghantar adik kedua Abang Abu melanjutkan pelajaran di sana.
Kehilangan orang tua, rasanya seolah-olah seperti sang burung yang kehilangan kedua-dua sayap. Abang Abu, seorang anak sulung tanpa kelulusan akademik yang memuaskan, tanpa harta warisan dan tanpa saudara mara untuk disandarkan harapan telah mengorbankan zaman mudanya untuk membesarkan adik-adik yang menuntut sepenuh perhatiannya
Dengan sedikit tabungan yang ada, di pagi hari Abang Abu menjaja nasi lemak yang dibuat oleh jiran sebelah rumahnya di Johor Bahru. Pada petangnya pula, dia bergegas ke Singapura untuk mencanai roti prata sebagai sumber pendapatan anak-anak yatim piatu yang dalam peliharaannya, waktu itu. Penat dan letih, tak pernah wujud dalam kamus hidup Abang Abu. Dia sanggup lakukan apa sahaja yang terbaik demi kelangsungan hidup adik-adiknya. Berkat kesabaran dan ketekunannya menangani hidup yang perit, Tuhan akhirnya menemukan Abang Abu dengan beberapa orang kenalan yang turut membantunya mengubah haluan hidupnya. Dalam kesempatan masa yang ada malam itu, Abang Abu berkongsi beberapa formula kejayaan yang diadaptasi dari pengalaman jatuh bangun kehidupannya sendiri
Antara formula-formulanya:ABU (3):
(1)
Always
Believe in
Urself
(2)
Always
Be
Urself
(3)
Always
Be
Unstoppable
GREAT:
Get
Really
Excited
About
Today
MAP:
Mind Set
Action
PlanABCD:
Aim
Belief
Courage (to be different)
Do It until you get it
PHD:
Passion
Hunger
DesirePesan Abang Abu, usahlah memandang hina pada orang yang tak berduit atau kaum pendatang yang tidak anda kenali, kerana untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kejayaan adalah hak milik semua orang yang gigih berusaha. Kejayaan tidak memandang paras rupa, nasab keturunan, atau kelulusan akademik. Semua orang berhak menikmati kejayaan sesuai dengan ukuran kemampuan diri masing-masing
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf, 50:16)
Sumber NDivineResources
Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda
Biografi PENULIS :
N Hanizah Ramli , seorang pembantu maya sepenuh masa, penulis bebas separuh masa.
Untuk mengenali penulis, boleh layari website beliau di www.ndivineresources.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceciterje.blogspot.com/2013/03/abu-always-believe-in-urself.html