Abstrak Pirake Tanjung Piai


ULASAN SUBUH

Calon BN Wee Jeck Seng diumum sebagai pemenang.PIRAKE Tanjung Piai sudah berakhir secara rasminya jam 10:00 malam tadi apabila  Pengurus Pilihan raya kecil itu mengumumkan kemenangan kepada calon BN Wee Jeck Seng. 

Semua sudah tahu berapa majoriti diraih  Wee Jeck Seng serta undi yang diraih calon-calon lain. Di sini saya tidak perlu mengulangi menyebutnya lagi sebab ramai yang sakit hati membaca digit majoriti berkenaan. 

Ramai yang terkejut beruk menerima kekalahan calon PH Karmaine Sardini. Pihak BN juga terkejut dan tidak mempercayai apa yang berlaku. Tetapi itulah realiti dan itulah apa tertakdir yang perlu ditelan meskipun pahit oleh pihak kerajaan. 
Apa yang hendak saya kutik dan himpun di sini beberapa perkara dan moment daripada pilihan raya berkenaan yang mungkin tidak terlihat oleh banyak orang, atau kalau kalau pun menyedari tidak  dapat dihayati dengan baik. Dengan adanya kutipan moment dan ulasan ini diharap dapatlah kita sama-sama memikirkannya, dijadikan iktibar oleh semua pihak dan pemain politik.

Satu rekod.Kekalahan sebuah parti memerintah dalam pilihan raya kecil dengan majoriti besar satu rekod dan sejarah. Seingat sejak saya "mengulati" dunia politik lebih 50 tahun lalu ia tidak pernah terjadi sebegitu. Keterkejutan keputusan itulah yang perlu dibayar oleh kerajaan PH amnya dan khasnya kepada pemimpin puncak kerajaan itu. Mereka itu perlu mengambil tanggung jawab tanpa banyak berbasa basi dan berhelah lagi. 

Kekalahan PH itu sudah pun diduga awal-awal lagi. Yang tidak terduga hanya kekalahan besar begitu. Semasa saya menjengoki ke ceramah PH di Ulu Pulai, tanda-tanda dan bunga-bunga kekalahan itu sudah pun berkembang. Dari majlis ceramah itu sudah berbunga kekalahan untuk PH bilamana ceramah itu dihadiri kira-kira 23 orang. Sila rujuk blog Merah Tinta untuk melihatnya kembali.

Setelah kalah, apa yang perlu dilakukan semua pihak dalam PH kena sedar dan mengambil tanggungjawab bersama. Peristiwa itu tidak boleh dibiar begitu sahaja tanpa memberi apa-apa makna dan tindakan. Kekalahan itu menjadi kudis kecil yang boleh merebak menjadi penyakit kulit yang menakutkan.

Keputusan Pirake itu merupakan mesej dan isyarat jelas bukan sahaja daripada pengundi di situ. Ia perlu dilihat isyarat dan mesej daripada rakyat di seluruh negara. Walaupun ia berlaku di hujung sebuah tanjung, tetapi ia terpakai untuk seantero ruang di Semenanjung Malaysia.

Kekalahan PH itu perlu diambil iktibar bagi mengelakkan ia dijadikan bangkai untuk dihanyutkan PH ke laut di hujung tanjung itu.

Bila dianalisa dan merenungi kesan pilihan raya itu saya dapat mengutik beberapa perkara dari situ. Mulainya mengenai kekalahan PH itu. Mencari dan mengesan apakah sebab PH ditolak dengan begitu malu di Tanjung Piai. 
Kerajaan PH yang berusia 18 bulan masih belum stabil. Masih belum mendapat retak dari segenap sudut. Kalau ibarat permainan bola sepak kerajaan PH baru masuk suku masa pertama yang belum mendapat retak permainan tetapi ia sudah dicabar bertubi-tubi.

Ia diserang dan digoncang hebat oleh BN. BN berjaya mempengaruhi rakyat untuk menimbulkan rasa jengkel dan marah dengan kerajaan PH. Berbagai-bagai perkara ditimbulkan untuk menjadikan rakyat marah. Ia termasuk perkara-perkara direkayasa. Apa yang direkayasa itu pula gagal ditangkis oleh kerajaan secara berpasukan dan padu.

BN menggunakan berbagai cara untuk mempengaruhi rakyat. Antara ialah cuba menimbulkan kegagalan PN menunaikan janji dalam manifesto. BN menggambarkan kerajaan PH berbohong di masa sama memberi persepsi rakyat ditipu dalam Pirauam lalu. Ia sengaja mahu memperdaya rakyat tanpa menyebut apa-apa kebaikan yang dicapai. Sejajar itu ditambah dengan ada polisi dan dasar diperkenalkan tidak dapat diterima sepenuhnya. 

Ada polisi yang diketawakan dan kerana ia lelucoh sekaligus menggambarkan Menteri ketiadaan idea untuk memerintah. Dua contoh, seperti pengenalan dan penguatkuasaan kasut hitam di kalangan murid sekolah dan larangan merokok di peremis awam kecuali dalam jarak 3 meter. Polisi dan peraturan itu lucu menggambarkan kenaifan idea menteri PH. Itulah yang dijual dan dijaja kepada rakyat. 

Tanpa mengambil kira mereka (menteri kabinet) orang baharu, mereka diasak sepenuhnya. Kelemahan itu dijadikan faktor dan alasan untuk melihat kegagalan kerajaan PH. Walaupun ia tidak masuk akal, tetapi kelemahan ini dieksploitasikan sepenuhnya. Inilah politik satu games yang kejam. 

Mual dengan Mahathir.
Tidak cukup itu rasa mual rakyat juga apabila melihat gelagat Dr Mahathir yang berdolak dalih dan berteka teki mengenai peralihan kuasa (jawatan) daripada beliau kepada Anwar Ibrahim. Walaupun sudah ada konsensus untuk serahkan jawatan kepada Anwar, tetapi Dr Mahathir menunjukkan yang beliau tidak akan menepatinya. Cakap-cakap dan "guruan biawak" Dr Memberi konotasi beliau tidak sedia melepaskan jawatan itu kepada Anwar. 

Perasaan itu yang terpanggang dalam minda rakyat ia menjadi rambu kebencian kepada kerajaan PH. 

Perkara ini juga menjadi isu dan mengganggu konsentrasi rakyat kepada kerajaan PH. Dolak dalik itu dilihat sebagai "pewayangan" politik licit Dr Mahathir. Bagi mereka yang memilih PH kerana mahu melihat Anwar berpeluang jadi PM, mulai marah dan geram. Semua sikap dan gelagat ini merosak rasa sayang rakyat kepada PH.

Perbalahan.Keadaan itu dicampur dengan situasi dalam parti komponen PH itu sendiri. Perbalahan di antara Mohamed Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim juga "menjeluakkan" hati rakyat. Tidak cukup itu ia ditambah dengan sikap rendah moral dan jenayah dilakukan pemimpin PH.
Kes video lucah Haziq dan pendakwaan Exco Perak Paul Yong kerana kes rogol dan lain-lain kes, penangkapan beberapa orang wakil rakyat DAP terbabit dengan LTTE menambahkan lagi kebencian itu. Semua itu diadun dan dihias menjadi menu yang cukup menarik selera rakyat untuk menelannya. 

Kekalahan PH itu juga dibantu dengan kelemahan jentera pilihan raya PH. Pirake itu tidak dihadapi secara berpasukan oleh PH. Kerjasama sesama parti PH tidak sampai 60%. Walaupun calon daripada Bersatu tetapi ia menyerlahkan seolah Parti Amanah yang bertanding apabila Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (foto) bercuti semata-mata untuk menghadapi pilihan raya ituKesan buat BN dan Pam.
Sudah pastinya kemenangan itu menyeronokkan BN. Tetapi keseronokan itu mungkin tidak sepenuh atau bersifat sementara apabila ia berlaku di luar kewarasan politik. Dengan majoriti 15,000 itu ia bukan kemenangan dan keputusan rasional. Mereka yang rasional dan reti membaca politik tetap berwaspada dengan kemenangan itu. Ia bagaikan angin ribut yang kuat menerpa dan kuat pula akan menghilangnya.

Saya teringat kata-kata seorang pemimpin Umno Johor ketika bersua di hotel penginapan, yang tidak mengharapkan kemenangan besar dalam pilihan raya itu. Katanya; "kita tidak mahu majoritinya besar bimbang orang Umno akan lalai dan jadi ego," begitu katanya apabila saya memberi tahunya daripada maklumat dan pemerhatian saya BN akan menang dengan majoriti lebih 5,000.

Justeru bagi saya penolakan terhadap calon PH itu bukan dibuat secara sempurna. Ia bukti realiti penolakan rakyat kepada PH. Namun BN boleh mengutipnya menjadi pemecah semangat

Perubahan prinsip politik Pam.
Pilihan raya Tanjung Piai itu memberi signifikan tersendiri dan juga mencetuskan perkara baru dalam jelumu politik negara. Ada sekurang-kurang dua kejutan selain daripada kekalahan parti kerajaan. Kejutan itu ialah ia memperlihat aksi parti agama (Pas) yang boleh dianggap sebagai melanggar prinsipnya sebelum ini.
Tindakan itu ialah apabila Pam menyokong calon bukan Muslim yang datang daripada parti yang diserangnya selama ini. Inilah satu kejutan dalam pilihan raya itu yang ia bakal membuka dimensi baru dalam kancah politik negara. Tindakan Pam mengubah pegangan politik itu membenarkan apa yang saya dakwa terhadap parti itu sebelum ini bahawa Pam bukan parti Islam. Sokongan Pam kepada calon MCA itu menolak pegangan tahyul Pam itu. 


Tindakan Pam itu juga mengesahkan bahawa Pam sebuah pertubuhan politik sama dengan parti-parti lain juga. Jika ia adalah parti Islam, seperti mana namanya PAS, ia tidak akan mengubah prinsip dan pendiriannya . Islam itu tetap, hukum hakamnya qadim tidak boleh diperolok-olokan.

Sempena Pirake Tanjung Piai itu Pam telah mengubah “Tokong politik”nya yang selama ini dilihat utuh dan kekal dan tapak asalnya.
Ubah Tokong.Bila Presidennya membuat pengumuman menyokong calon BN daripada MCA menunjukkan Pam telah mengubah Tokong politiknya. Ia sesuatu mengejutkan dan dianggap perubahan besar prinsip Pam yang dijadikan akidah selama ini.


Bagaimana pun bagi saya, ia tidak salah. Pengubahan Tokong politik itu menunjukkan Pam mula berpijak di bumi nyata dalam politik. Parti itu sudah sedar ia tidak mungkin menang kalau berjuang dengan prinsip asalnya, memusuhi bukan Muslim. Syabas kepada Pam atas keberanian itu.


Dari sisi lain pula, kesediaan Pam mengubah Tokong politik itu, membuka era baru politik Malaysia, yang lambat dimengerti oleh Pam. Parti-parti lain, PKR, Amanah dan Bersatu, bahkan Umno sudah menerima awal lagi konsep berkenaan, apabila mereka bergabung dalam PH dan BN. Kelambatan Pam menerima konsep multi racial politik itu menunjukkan kelembaban pemikir politik Pam.

Tidak mustahil sekiranya muafakat nasional yang digagas bersama itu dapat dibentuk dengan baik, Pam akan dapat merasai menjadi kerajaan pula di masa akan datang. 

Apa hendak ditegaskan disini pengubahan Tokong politik itu menunjukkan Pam bukan parti islam, kerana kalau ia Islam, ia tidak boleh didolakdalikkan, dipermainkan begitu sahaja. Semoga ahli Pam dapat menerima perubahan itu dengan baik. [wm.kl.10:26 am 18/11/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/11/abstrak-pirake-tanjung-piai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hadapi Pirake Tanjung Piai Tidak Secara Profesional

Ph Hadapi Pirake Tanjung Piai Tidak Secara Profesional

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 470 hits
PIRAKE TANJUNG PIAI Ceramah PH di Ulu Pulai 10 November APABILA saya mencadangkan agar Dr Mahathir Mohamad membuat suatu pengumuman mengejutkan di Tanjung Piai sempena lawatan berkempennya esok saya rasa orang dapat memahami kenapa saya mem...
Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 625 hits
NOTA kemaskini Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng 25 466 Majoriti 15 086 Karmaine Sardin 10 380 Dr Badrulhisham Abd Aziz 859 Wendy 1 707 Bebas Ang Chuan Lock 380 Bebas Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32 KELMARIN dalam cat...
Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 350 hits
Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal yakin Pakatan Harapan boleh mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai berdasarkan culaan undi yang dilakukan petugas kempen Beliau juga mengharapkan mendapat majoriti yang lebih selesa berbanding sek...
Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 414 hits
Suasana di satu simpang jalan ke Serkat Tanjung Piai PIRAKE TANJUNG PIAIKEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memanggil Najib Razak untuk membela diri ke atas ketujuh dakwaan menyeleweng dalam perbicaraan syarikat SRC International Sd...
Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 315 hits
Veteran rights activist Kua Kia Soong has questioned ruling politicians who justify government allocations in Tanjung Piai as the by election campaign for the Johor federal constituency heats up Kua a former MP who is the adviser to Suaram ...
The Political Mess In Tanjung Piai

The Political Mess In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 327 hits
I do not remember any statement of MCA that would make me think that it was a racist party But the MCA leadership is the one showing very little for it to be considered a party with strong principles and integrity to lead Malaysia Goodbye M...
Bn Dan Gagasan Sejahtera Rampas Tanjung Piai

Bn Dan Gagasan Sejahtera Rampas Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 485 hits
MUFAKAT NASIONAL MENJADI KENYATAAN jelas menyatakan ia merupakan kerjasama antara BN dan Gagasan Sejahtera bermakna ia turut melibatkan parti komponen kedua dua pihak termasuk MCA MIC Berjasa dan juga Ikatan Kira kira 500 orang kebanyakanny...
Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 563 hits
JOHOR BAHRU 12 Nov Pakatan Harapan yakin boleh memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai sekali gus meraih majoriti lebih besar ketika Pilihan Raya Kecil Sabtu ni berbanding kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke 14 Menteri Besar Johor Datuk D...
Prk Tanjung Piai Kenapa Anwar Mengaku

Prk Tanjung Piai Kenapa Anwar Mengaku

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 425 hits
Tidak pasti sama ada Anwar mahu bantu menangkan calon parti Mahathir atau sebaliknya di PRK Tanjung Piai Anwar kata penduduk Tanjung Piai akan rugi pilih pembangkang hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan prestasi PH Benar Rakyat memang...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian