Abpbh Boleh Dianjurkan Dengan Syarat Ketat Tetapi Kkmm Mkn Akan Bincang Semula Ismail Sabri




Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dikategorikan sebagai industri kreatif yang tidak tersenarai di bawah senarai terlarang, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Menurutnya oleh kerana ABPBH tidak disenaraikan di bawah senarai terlarang PKPB, penganjur ABPBH berkenaan tidak mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Jawatankuasa Teknikal MKN yang dipengerusikannya, berhubung penganjuran acara itu.


“Tapi, saya lihat oleh kerana banyak bantahan seperti ini di media sosial, Insya-Allah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Datuk Saifuddin Abdullah) tentu sekali tahu perkara ini, saya serahkan kepada KKMM untuk berbincang dengan MKN sekiranya ada perubahan,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKP Pemulihan di sini hari ini.


Sebelum ini terdapat gesaan daripada banyak pihak supaya penganjuran ABPBH dibatalkan, kerana bimbang kemungkinan tiada penjarakan fizikal walaupun pihak penganjur memberi jaminan patuh pada SOP seperti diadakan secara maya dan tiada penonton.


Ismail Sabri berkata berbeza dengan penganjuran aktiviti bola sepak yang melibatkan sentuhan fizikal dan rentas negeri, sukan itu juga di bawah senarai perkara terlarang dalam SOP PKPB yang pertama diperkenal dahulu kerana membahayakan pemain. 


“Manakala persembahan hiburan telah pun dimasukkan dalam SOP PKPB yang lepas (lama) adalah di luar daripada perkara negative lists (senarai negatif)… sebab itu tiada rayuan dibuat daripada penganjur hiburan yang dibuat kepada saya atau Sidang Khas MKN.


“Mereka (penganjur hiburan) mungkin ikut SOP yang diputuskan bersama KKMM (Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan MKN dulu apabila kita umumkan kebenaran seperti SOP yang ketat tiada penonton, wajib pakai pelitup muka dan jumlah kru yang minimum serta dipantau oleh polis dan KKM. Jika ada perlanggaran, penganjur akan diambil tindakan, saya difahamkan begitu,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kebenaran berjumpa bagi pasangan jarak jauh atau lebih dikenali ‘PJJ’ antara suami dan isteri adalah dibenarkan sepanjang tempoh PKPB, bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada kelulusan polis. 


“Mungkin ada suami bekerja di Kuala Lumpur dan isteri di tempat lain atau hujung minggu nak jumpa anak-anak, kita benarkan,” katanya.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/abpbh-boleh-dianjurkan-dengan-syarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ramai Hilang Punca Rezeki Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri

Hiburan Ramai Hilang Punca Rezeki Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 459 hits
Meluahkan rasa kerisauan dan kegusaran mengenai nasib guru tari dan koreografer di Malaysia Alam Wakaka telah membuat ssebuah entri khas mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya baru baru ini Dia yang juga merupakan seorang p...
Berniat Jahat Fitnah Polis Ismail Sabri

Berniat Jahat Fitnah Polis Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 289 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM Ismail Sabri YaakobPUTRAJAYA Penularan video berhubung tindakan pihak polis menahan pemandu kenderaan kerana tidak dibenarkan individu duduk di sebelah pemandu adalah palsu dan disifatkan berniat jahat dan satu fi...
Ismail Sabri Certain Situations Require Use Of Mysejahtera At Petrol Stations

Ismail Sabri Certain Situations Require Use Of Mysejahtera At Petrol Stations

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 241 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob has shed light on the confusion surrounding the need to scan MySejahtera QR codes at petrol stations This came after China Press yesterday reported that an individual was slapped with RM1 000 fine for fa...
Ismail Sabri Pkpd Plaza Hentian Kajang Lanjut Dua Minggu

Ismail Sabri Pkpd Plaza Hentian Kajang Lanjut Dua Minggu

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 329 hits
SHAH ALAM 9 NOV Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Plaza Hentian Kajang yang dijadual berakhir esok dilanjutkan 14 hari lagi kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata saringan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapa...
Nsc To Discuss Matter Of Working From Home In Non Cmco Areas Tomorrow Says Ismail Sabri

Nsc To Discuss Matter Of Working From Home In Non Cmco Areas Tomorrow Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 313 hits
A man works from the comfort of home during phase three of the movement control order in Shah Alam April 15 2020 Picture by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Nov 9 The National Security Council will discuss whether employees in states unaffected by...
Tiada Larangan Penumpang Duduk Sebelah Pemandu Ismail Sabri

Tiada Larangan Penumpang Duduk Sebelah Pemandu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 256 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Video yang tular di media sosial semalam menyatakan seorang pemandu disaman kerana isterinya duduk di bahagian penumpang hadapan adalah berniat jahat dan cuba merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia kata Menter...
Pkpb Tiga Orang Dibenarkaan Dalam Satu Kenderaan Ismail Sabri

Pkpb Tiga Orang Dibenarkaan Dalam Satu Kenderaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 265 hits
Bernama 13 November 2020Anggota Polis Diraja Malaysia memeriksa pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Tol Sungai Besi Kuala Lumpur foto AFIQ HAMBALI 07 NOVEMBER 2020KUALA LUMP...
Muhyiddin Didakwa Elak Jumpa Umno Bincang Syarat Baru

Muhyiddin Didakwa Elak Jumpa Umno Bincang Syarat Baru

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 276 hits
B Nantha KumarPerdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa mengelak berjumpa dengan pimpinan Umno bagi berbincang mengenai syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional dalam usaha menyelamatkan gabungan itu Ini selepas beberapa percu...
Peniaga Terkesan Boleh Susun Semula Bayaran Pinjaman Hijrah

Peniaga Terkesan Boleh Susun Semula Bayaran Pinjaman Hijrah

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM 4 NOV Peniaga yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat boleh menyusun semula jadual bayaran pinjaman kepada Yayasan Hijrah Selangor EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata tempoh bayaran boleh dilanjutk...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi