Abdul Hadi Tokoh Maal Hijrah Terengganu




KUALA TERENGGANU 1 Sept. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 72, hari ini dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1441H yang berlangsung di Stadium Negeri di sini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerima wang tunai RM10,000 di samping tajaan umrah, set persalinan, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sebagai tokoh ulama dan pemimpin gerakan Islam terkemuka termasuk di peringkat antarabangsa, beliau tidak pernah mengenal penat dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat di samping terus mengembleng tenaga dan fikiran demi menyebar serta memanfaatkan ilmu pengetahuan dan pengalamannya kepada umat Islam di negeri ini mahu pun Malaysia.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara khususnya kepada negeri ini sejak dahulu lagi.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan 108 buah karya antaranya Kuliah Tafsir Al-Baqarah, Muqaddimah Aqidah Muslimin dan Islam Memimpin.
Turut berangkat dalam majlis itu, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar dan barisan kepemimpinan kerajaan.
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas penganugerahan yang sama sekali tidak dijangka itu.
“Junjung kasih kepada Tuanku Sultan Terengganu dan terima kasih kepada kerajaan negeri serta semua pihak atas penghargaan ini,” katanya selepas majlis.
Dalam majlis itu, Sultan Terengganu turut berkenan menyampaikan 13 lagi anugerah untuk pelbagai kategori.
Masjid Kerajaan Terbaik dianugerahkan kepada Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin di Kemaman sekali gus menerima wang tunai RM8,000 diikuti Masjid Kampung Batu 2 1/2 juga di daerah sama dipilih Masjid Mukim Terbaik dan Surau Terbaik (Surau Al-Hijrah, Kampung Hulu Takir di Kuala Nerus).
Anugerah Keluarga Mithali diraih Alisah Mohamad dari Kampung Semanyor, Kemasik di Kemaman manakala Zaimah Sulong (Keluarga Tunggal Mithali), Nur Zalea Jasmin Abdullah (Aktivis Saudara Kita), Ngah Yusof (Imam Cemerlang) dan Mohamad Md. Ali (Bilal Cemerlang).
Penerima Anugerah Tokoh Hafizah diberikan kepada Radhiah Ab. Rahman di samping Dr. Mohd. Hamdan Muhamed (Tokoh Dakwah), Ahmad Safuan Nizam Kamarudin (Tokoh Orang Kelainan Upaya), MGV Industries Sdn. Bhd. (Premis Halal Terbaik) dan Muhamad Muda muncul pemenang Kembara Warisan Kayuhan Hijrah 2019. – UTUSAN ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/01/abdul-hadi-tokoh-maal-hijrah-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tokoh Maal Hijrah Tolak Fitnah Musnah Keharmonian

Tokoh Maal Hijrah Tolak Fitnah Musnah Keharmonian

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 279 hits
Tokoh Maal Hijrah tolak fitnah musnah keharmonianOleh September 03 2019Tokoh Maal Hijrah 2019 Shaykh Abdallah Shaykh Al Mahfoudh Bayyah menggesa agar rakyat Malaysia tidak memusnahkan kedamaian dan keharmonian dalam kalangan umat dan negara...
Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1441h Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1441h Negara Rahmah Ummah Sejahtera

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 624 hits
Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1441H Negara Rahmah Ummah Sejahtera Negara terus sejahtera makmur dan di bawah rahmat lindungan Illahi hendaknya menjelang tahun baru hijrah 1441 Semoga kita semua beroleh kejayaan makin cemerlang dalam kehidupan...
Maal Hijrah Pinda Tarikh Konsert Waktu Lain Jakim

Maal Hijrah Pinda Tarikh Konsert Waktu Lain Jakim

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 430 hits
Penganjuran acara hiburan khususnya konsert pada 31 Ogos ini wajar dipinda ke tarikh atau waktu lain bagi menghormati sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharram iaitu antara hari kebesaran Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam kenyataan ...
Salam Maal Hijrah 1441

Salam Maal Hijrah 1441

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1790 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua Alhamduillah kita semua sudah berada tahun baharu hijrah 1441 Meningkat satu tahun dalam usia kita Allahu akbar Cepat sangat masa berlalu Semoga tahun baru Hijrah membuka lembaran yang bah...
Terkait Ustaz Abdul Somad Mui Akan Silaturahmi Dengan Tokoh Lintas Agama

Terkait Ustaz Abdul Somad Mui Akan Silaturahmi Dengan Tokoh Lintas Agama

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 152 hits
Terkait Ustaz Abdul Somad MUI Akan Silaturahmi dengan Tokoh Lintas Agama Lebih lanjut ia mengatakan silaturahim dengan berbagai tokoh masyarakat terutama tokoh lintas agama guna menjaga persatuan dan kesatuan
Bertembung Dengan Maal Hijrah 2 Konsert Artis Luar Negara Diawalkan

Bertembung Dengan Maal Hijrah 2 Konsert Artis Luar Negara Diawalkan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 342 hits
MALAYSIAKINI Dua konsert artis luar negara yang bakal berlangsung Sabtu ini diawalkan bagi menghormati bacaan doa sempena Maal Hijrah pada petang hari tersebut Salah satunya oleh penyanyi India SP Balasubrahmanyam di Plenary Hall KLCC yang ...
Agama Politik Tak Boleh Dipisahkan Abdul Hadi

Agama Politik Tak Boleh Dipisahkan Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 232 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas yang akan dimeterai pada 14 September ini berkisar kepada soal politik Menurutnya politik mempengaruhi masyarakat dari pelbagai sudut kerana ia b...
Perutusan Maal Hijrah Dari Anwar Ibrahim

Perutusan Maal Hijrah Dari Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 262 hits
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1441HPeristiwa Hijrah ternyata membawa makna yang cukup besar buat umat Tatkala kita mengimbau dan menulusuri sejarah terkait hari besar ini kita juga menginsafi bahawa tekad dan perjuangan untuk mempasakkan sistem pem...
Salam Awal Muharam Maal Hijrah 1441h 2019

Salam Awal Muharam Maal Hijrah 1441h 2019

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 782 hits
Assalamualaikum selamat tahun baru buat umat Islam Maal Hijrah Awal Muharaam 1441H Dan selamat menyambut bulan baru yakni September 2019 Sebut bulan baru ni Allahu Mummy tak update lagi top komentar bulan lepas Ogos 2019 di blog mummy Tapi ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16