Abd Rahman Bukan Lagu Ciplak Cuma Versi Berbeza






Penyanyi, Abd Rahman 3 Juara menjelaskan single pertamanya, Dunia Ku Tawan yang dikatakan 'menciplak' lagu nyanyian penyanyi dangdut Indonesia, Nassar sebenarnya dihasilkan dalam dua versi berbeza.

Menurut pemilik nama sebenar Abdul Rah'man Mahadi, 28, lagu ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah itu dihasilkan dalam dua versi iaitu versi Malaysia berjudul Dunia Ku Tawan dan versi Indonesia menggunakan judul Puteri Impian.

"Tiada istilah ciplak sebenarnya kerana lagu Dunia Ku Tawan adalah lagu yang dihasilkan oleh Pak Ngah. Kalau tak salah, pada 2015, lagu ini pernah dirakamkan oleh Nassar dan penerbitnya adalah, bekas isterinya, Muzdalifah.

"Namun, mereka bercerai sebelum lagu ini diterbitkan dan Muzdalifah enggan menerbitkannya. Kerana itu, Pak Ngah meminta izin daripada Muzdalifah untuk mengambil semula lagu ini dan diberikan kepada saya pada 2017," katanya.

Kata bekas peserta program 3 Juara terbitan TV3 itu lagi, selepas menyiapkan susunan semula lagu itu dalam versi lebih segar, Nassar sekali lagu menghubungi Pak Ngah pada tahun lalu dan mahukan semula lagu itu.




"Jadi, Pak Ngah berikan syarat sekiranya dia mahukan lagu ini, ia perlu dihasilkan dalam dua versi iaitu versi Malaysia dan Indonesia, dengan susunan muzik serta laras bahasa yang berbeza.

"Nassar bersetuju dan terbitkan semula lagu ini pada tahun lalu. Kerana itulah ramai peminat Indonesia mengatakan lagu ini adalah lagu ciplak, sedangkan ia adalah karya yang mendapat persetujuan kedua belah pihak antara Pak Ngah dan Nassar," katanya.

Dunia Ku Tawan dirakamkan oleh Rah'man pada 2017 dan menjadi satu daripada beberapa karya terakhir ciptaan Pak Ngah sebelum dia meninggal dunia pada September tahun lalu.

Karya berentak 'world music' ciptaan Pak Ngah itu juga mendapat sentuhan lirik daripada penulis lirik Siso untuk kedua-dua versi Malaysia dan Indonesia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/abd-rahman-bukan-lagu-ciplak-cuma-versi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cash Farhan Mahir Cipta Lagu Dalam Empat Bahasa Berbeza

Cash Farhan Mahir Cipta Lagu Dalam Empat Bahasa Berbeza

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 818 hits
Cash berharap pembabitannya dalam bidang seni akan diterima baik dalam kalangan pencinta muzik tempatan Anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said iaitu Cash Farhan enggan mengikuti jejak langkah bapanya sebagai...
10 Lagu Dalam Filem Yang Akan Membuatkan Anda Mencari Versi Asal Di Laman Youtube

10 Lagu Dalam Filem Yang Akan Membuatkan Anda Mencari Versi Asal Di Laman Youtube

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 461 hits
Setiap filem filem yang anda tonton pasti akan terdapat lagu lagu yang anda rasa macam pernah didengari ataupun lagu yang agak sedap untuk didengar Tetapi anda tidak tahu siapakah penyanyi asal lagu tersebut dan tidak mengentahui sama ada i...
Abd Rahman Dunia Ku Tawan

Abd Rahman Dunia Ku Tawan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 309 hits
Abd Rahman Dunia Ku TawanLIRIK Pabila kasih berseruTertawanlah aku padamuMeronta jiwa ragakuMengharapkan jumpa denganmuBahtera cinta berduaKelaut sudah ku laburkanAndainya teluk tersasarBahtera cinta ku layarkanBumi nusantara ku tinggalkan ...
Nikah Muda Selebtwit Ini Curhat Soal Rumah Tangganya Tak Cuma Soal Yang Manis Dan Indah Aja

Nikah Muda Selebtwit Ini Curhat Soal Rumah Tangganya Tak Cuma Soal Yang Manis Dan Indah Aja

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 337 hits
Menurut Dara Oka Prayoga menikah tak seindah di film film lo Istrinya yang pendiam ternyata menjadi sosok berbeda ketika sudah menikah
Gara Gara Film 9 Hal Ini Jadi Dipercaya Kebenarannya Oleh Banyak Orang Padahal Cuma Rekayasa Lo

Gara Gara Film 9 Hal Ini Jadi Dipercaya Kebenarannya Oleh Banyak Orang Padahal Cuma Rekayasa Lo

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 229 hits
Namanya juga film persoalan cinta cintaannya juga penuh kebohongan Nggak usah dipercaya lagi yha
Saya Hamil Tak Mengidam Pelik Pelik Cuma

Saya Hamil Tak Mengidam Pelik Pelik Cuma

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 207 hits
Masa berbaki dua bulan sebelum melahirkan anak pertama Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan pelik ketika mengandung Pun begitu The post appeared first on
Anak Dibully Sampai Ditusuk Dadanya Dengan Pensil Cuma Gara Gara Tak Setia Kumpulkan Pr

Anak Dibully Sampai Ditusuk Dadanya Dengan Pensil Cuma Gara Gara Tak Setia Kumpulkan Pr

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 301 hits
Kehidupan sekolah anak anak memang sulit mendapat pengawasan dari orang tua Pasalnya banyak anak sekolah yang masih mengalami pembullyan dan beberapa permasalahan yang jarang diungkapkan ke orang tuanya Dikutip dari World of Buzz seorang si...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan