Abaro Shoes For You Hopes For Them Sumbang 200 000 Pasang Kasut Sekolah Kepada Pelajar Kurang Bernasib Baik


Nak buat orang lain bahagia tak susah, cukup sekadar berbuat baik. Senyuman manis yang terukir di wajah pelajar sekolah menjadi memori terindah buat ABARO. ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) jangka panjang ABARO yang bermula pada tahun 2016.

Jenama kasut tempatan Malaysia ini percaya bahawa kanak-kanak tidak sewajarnya ke sekolah tanpa mengenakan sepasang kasut yang bersesuaian dan selesa. ABARO baru-baru ini menyumbang sejumlah 152 pasang kasut sekolah baru beserta stokin kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang kini telah mencapai jumlah keseluruhan 200,000 pasang kasut sekolah.
Kasut sekolah ini akan membantu para pelajar melangkah ke tahun akademik akan datang dengan lebih yakin dan cemerlang.
“Pendidikan Buka Pelbagai Peluang Dalam Kehidupan.” – Kevin Soh 
Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Pendidikan merupakan langkah pertama dan paling asas dalam pembangunan peribadi kanak-kanak. Ia membuka pelbagai peluang dalam kehidupan. Di ABARO, kami memperjuangkan kesaksamaan dan akses dalam pendidikan, malahan kami percaya bahawa memiliki sepasang kasut sekolah adalah keperluan asas yang sama pentingnya dengan akses pendidikan yang berkualiti.
Menyumbang sepasang kasut sekolah kepada pelajar adalah pelaburan asas yang seharusnya kami lakukan bagi menjamin kesejahteraan generasi masa depan kita. Melalui pelbagai kerjasama strategik, ABARO telah menyumbangkan secara kolektif 200,000 pasang kasut sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik sejak 2016.”

Mengulas mengenai kempen sumbangan di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2), Kevin Soh berkata, “Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada pelajar dari keluarga B40 dengan memberikan mereka sepasang kasut sekolah untuk persediaan tahun akademik 2024. Sepasang kasut sekolah mungkin merupakan suatu hal yang kecil bagi kita semua, tetapi ia boleh mengubah kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana kini mereka boleh ke sekolah dengan lebih yakin dan selesa.
Kami cukup terharu dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka sewaktu mencuba sepasang kasut sekolah yang baru. Sebagai sebuah syarikat kasut, kami berbesar hati dan bersedia menjadi rakan yang mengiringi rutin harian mereka ke sekolah. Kami berharap dapat  menggembirakan dan seterusnya membantu semua pelajar sekolah Malaysia dalam menerokai dunia bagi menuju masa depan yang lebih cerah.”
Keluarga B40 Hadapi kesukaran Kewangan Untuk Perbelanjaan Sekolah
Menurut dapatan terkini, kumpulan B40 menyumbang kepada 40% isi rumah di seluruh negara mewakili 3.16 juta isi rumah di Malaysia.[1] Kumpulan keluarga ini berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran kewangan untuk perbelanjaan dan persiapan bagi musim persekolahan pada tahun hadapan.
 
“Menyedari kadar kemiskinan bandar yang tinggi di sekolah kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berterusan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar yang memerlukan. Kebanyakan pelajar ini hanya memiliki satu pasang kasut sekolah untuk tempoh setahun. Apabila dipakai setiap hari, kasut sekolah mereka cepat rosak dan haus. Malangnya mereka tidak mempunyai kasut ganti jika kasut yang dipakai basah atau rosak.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ABARO kerana bermurah hati menyediakan keperluan asas iaitu kasut untuk ke sekolah buat pelajar-pelajar ini. Kasut sekolah ABARO ini bukan sekadar melindungi kaki mereka tetapi turut meningkatkan pengalaman harian mereka ke sekolah, seterusnya memberikan mereka semangat dalam perjalanan pendidikan mereka. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ABARO kerana memberikan kegembiraan kepada pelajar-pelajar dengan kasut sekolah ABARO,” kata Ts. Dr. Bazilah A. Talip, Presiden PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2), Kuala Lumpur.
“Kami telah bertemu dengan ramai pelajar miskin dari kampung-kampung kecil atau komuniti Orang Asli, tetapi ini adalah kali pertama saya menyaksikan bagaimana golongan miskin bandar juga sangat memerlukan bantuan namun sering kali diabaikan hanya kerana mereka tinggal di bandar,” tambah Kevin.
Jom, Bersama ABARO Beri Sumbangan Kasut! 
Dengan menyumbang kasut sekolah kepada pelajar, anda memberikan lebih dari hanya sekadar kasut; anda juga turut menggembirakan mereka yang cukup bersemangat dalam menerokai dunia. ABARO berharap menjadi pemangkin kepada impak perubahan dengan memberikan bantuan kepada sebanyak mungkin pelajar yang kurang bernasib baik melalui kempen Kembali ke Sekolah ABARO yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024.

Bagi setiap pembelian kasut sekolah ABARO, RM1 akan disumbangkan ke dana untuk kasut dan bekalan sekolah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai Pertandingan Belanja & Menang untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000 secara keseluruhan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
[1]    https://www.iproperty.com.my/guides/what-is-b40-m40-t20-in-malaysia-67464
The post ABARO ‘Shoes For You. Hopes For Them’ Sumbang 200,000 Pasang Kasut Sekolah Kepada Pelajar Kurang Bernasib Baik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/abaro-shoes-for-you-hopes-for-them-sumbang-200000-pasang-kasut-sekolah-kepada-pelajar-kurang-bernasib-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abaro Kasut Sekolah Unik Dan Praktikal Pilihan Ibu Bapa

Abaro Kasut Sekolah Unik Dan Praktikal Pilihan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 109 hits
Kasut sekolah ABARO merupakan kasut sekolah pilihan ibu bapa masa kini kerana mempunyai ciri ciri yang terkini dan praktikal dalam setiap rekaan kasut mereka Ianya telah berada di pasaran sejak tahun 2001 lagi dan menjadi pilihan ramai ibu ...
Pengalaman Hitam Pelajar Sekolah Di Kelantan Dengan Pemandu Bas Sekola

Pengalaman Hitam Pelajar Sekolah Di Kelantan Dengan Pemandu Bas Sekola

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 100 hits
Pada suatu pagi saya bersiap sedia untuk pergi ke sekolah Saya tinggal di kampung dan sekolah saya terletak agak jauh dari rumah Oleh itu saya perlu menaiki bas sekolah untuk sampai ke sekolah Bas sekolah yang saya naiki adalah bas panjang ...
Ex Accounts Executive Gets Jail For Cbt Of Over Rm680 000

Ex Accounts Executive Gets Jail For Cbt Of Over Rm680 000

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 131 hits
Tan Siau Ling pleaded guilty in two separate proceedings at the Ayer Keroh sessions court in Melaka MELAKA The Ayer Keroh sessions court today sentenced a former accounts executive to a total of 24 years in prison after she pleaded guilty t...
Start The New Year With Coway For A New You

Start The New Year With Coway For A New You

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 297 hits
Enjoy up to 50 super crazy savings on water purifiers air purifiers mattresses air conditioners and massage chairs with Coway s Super Crazy promotionCoway the Best Life Solution Company aims to catalyse positive change providing Malaysians ...
Rasa Bersalah Pakai Tudung Murah Rm1 200 Usahawan Update Beli Kasut Rm5 290 Pula

Rasa Bersalah Pakai Tudung Murah Rm1 200 Usahawan Update Beli Kasut Rm5 290 Pula

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 97 hits
Usahawan yang baru sahaja mencetuskan kontroversi apabila memberitahu memakai tudung murah dengan harga RM1 200 kini kembali mencuri tumpuan dengan berkongsi video beli kasut berharga RM5 290 pula Rasa bersalah tudung lagi murah dari kasut ...
Pelajar Pukul Rakan Kpm Mahu Sekolah Ambil Tindakan Disiplin

Pelajar Pukul Rakan Kpm Mahu Sekolah Ambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 123 hits
Pelajar berusia 15 tahun itu dipercayai memukul rakannya kerana mangsa tidak mahu ikut suspek ponteng sekolah PETALING JAYA Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap seorang pelajar sekiranya didapati...
Ex Mp Moots Rm50 000 Fine For Duping Foreign Workers Over Jobs

Ex Mp Moots Rm50 000 Fine For Duping Foreign Workers Over Jobs

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 149 hits
Migrant rights activist Adrian Pereira says workers are being brought in when jobs are not available which constitutes human trafficking PETALING JAYA Former MP Charles Santiago has supported a minister s idea to fine companies for breaking...
Niat Tu Dah Baik Tapi Kurang Bijak

Niat Tu Dah Baik Tapi Kurang Bijak

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 67 hits
KOSMO Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan wanita tersebut melepaskan ikan ikan hiasan ke sungai PETALING JAYA Seorang wanita dikecam warga media sosial gara gara melepaskan beratus ratus ikan hiasan yang dibelinya ke d...
Clerk Claims Trial To Cbt Involving Rm446 000

Clerk Claims Trial To Cbt Involving Rm446 000

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 163 hits
GEORGE TOWN An accounts clerk pleaded not guilty at the Sessions Court here yesterday to 133 counts of criminal breach of trust involving RM445 815 belonging to a company Teh Ya Ling 41 who was an accounts clerk at a gold and jewellery assa...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Eugene Levy S Toronto

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ge14 S Impact On State Federal Relations

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Pg Pg 24 Top 74 By Jenny Pgslotth Games 1 67

Kemunculan As Sufyani Sebelum Keluarnya Imam Mahdi

User Generated Content

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Seni Membaca Surat Attin Dari Ustadz Manis Dan Seni Membaca Solawat By

Doa Agar Hati Tenang