Abang Posmen Campak Barang Tersangkut Kat Bumbung
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, muncul pelbagai platform atas talian yang dapat memudahkan urusan seharian kita. Justeru, selain menggunakan medium ini untuk berkomunikasi, ramai yang memanfaatkannya bagi urusan berjual-beli
Pembelian atas talian tentunya menjadi pilihan ramai kerana lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga. Pembeli boleh membeli semua barangan dengan hanya menekan satu butang sahaja. Malah barang tersebut boleh sampai terus ke depan pintu anda
Tapi, mungkin ramai yang tak sedar dalam keterujaan kita menerima barang ‘online’ tu, ada seorang individu berjasa yang memastikan kita menerima barang itu dengan selamat dan tepat pada masanya, abang posmen
Seorang pengguna twitter, Afiqah ada berkongsi insiden lucu yang terjadi ketika dia sedang keluar dan tiada sesiapa pun di rumahnya pada waktu itu
Afiqah kemudiannya menerima panggilan dari seorang posmen yang menyatakan bahawa dia sudah ada di depan pagar rumah untuk menghantar bungkusan barangan
@nranafqhAbang pos man made my day
7,4694:38 PM - Sep 5, 2019Twitter Ads info and privacy14K people are talking about thisNamun kerana tiada sesiapa di rumah, Afiqah terus meminta supaya posmen itu mencampakkan sahaja bungkusan itu ke dalam kawasan rumahnya
@nranafqh · Sep 5, 2019Abang pos man made my day
@nranafqh6084:38 PM - Sep 5, 2019Twitter Ads info and privacy276 people are talking about thisTetapi ketika sampai sahaja di rumah, Afiqah cuma mencari bungkusan yang dimaksudkan posmen tadi namun gagal. Tidak terlihat apa-apa bungkusan
Oleh itu Afiqah segera menghubungi semula abang posmen tadi dan memberitahu bahawa dia tidak dapat menemui bungkusan itu
Rupanya, abang posmen tu tercampak barang tu terlebih tinggi sampai ke bumbung!Insiden mencuit hati itu nyata membuatkan warga twitter turut terhibur
Abang posmen ni entah-entah dulu atlet lontar peluru!
Afiqah turut meninggalkan pesan untuk abang posmen tersebut
“Untuk abang posmen kalau you tau pasal ni. I’m really okay with this, you really made my dayyy abang Hahahahaha..Thank youSecara jujurnya, saya okay je sebab bagi saya it’s just benda biasa, so utk abang posmen jangan serik hantar barang kat rumah saya pulak tau.”
Sumber: Nranafqh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/abang-posmen-campak-barang.html