Abang Nafi Muhyidin Mahu Jatuhkan Tun Mahathir


Abdul Aziz Yassin menafikan adiknya Muhyiddin Yassin mahu menjadi Perdana Menteri dan menjatuhkan Tun Dr Mahathir. – Foto Malaysiakini
oleh Shahbudin Husin
Berikutan rasa tidak puas Tun Mahathir Mohamad terhadap perlantikan Exco Johor baru-baru ini sehingga menyebabkan beliau mahu meletakkan jawatan, nama Muhyiddin Yassin segera dikaitkan sebagai punca segala-galanya.
Ia kerana beliaulah bersama Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal yang dipanggil mengadap Sultan Johor sehari sebelum dua nama Exco baru itu diumumkan.
Dalam hal ini, Muhyiddin didakwa telah membelakangkan Tun Mahathir kerana setuju dengan perlantikan dua Exco baru itu sedangkan Bersatu dan kabinet telah membuat keputusan tiada sebarang perubahan pada barisan Exco Johor.
Itulah yang menyebabkan Tun Mahathir segera memanggil mesyuarat khas pada Isnin malam lalu untuk mendapatkan penjelasan daripada Muhyiddin.
Antara dakwaan yang berlegar ialah Muhyiddin didakwa sengaja berbuat demikian dengan tujuan memberi tekanan dan seterusnya untuk menjatuhkan Tun Mahathir.
Di waktu yang sama, ada pula kumpulan lain yang mahu Muhyiddin dijatuhkan dalam pemilihan Bersatu pada hujung tahun ini.
Benarkah semua dakwaan itu?
Abang Muhyiddin, Aziz Yassin yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu ketika diajukan persoalan tersebut, dengan pantas menafikannya.
Kata beliau, tidak munasabah Muhyiddin mahu menjatuhkan Tun Mahathir, sedangkan Presiden Bersatu itu sendiri yang mula-mula menonjolkan Pengerusi PH itu sebagai calon Perdana Menteri sekiranya BN dapat ditumbangkan pada PRU14.
“Kalau Muhyiddin yang mula-mula menaikkan Tun Mahathir, di mana logiknya beliau mahu menjatuhkannya pula?” soal Aziz.
Lagi pun, tambah beliau, apa faedah dan manfaatnya untuk Muhyiddin menjatuhkan Tun Mahathir, walhal adiknya itu bukan boleh menggantikan Tun Mahathir pun sebagai Perdana Menteri.
“Semua dakwaan dan cakap-cakap itu adalah karut belaka,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Aziz yang merupakan bekas Ahli Parlimen Muar turut mengimbas sejarah bahawa beliaulah yang mula-mula mencadangkan agar Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Bersatu.
Menurut Aziz, pencalonan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu dan calon Perdana Menteri PH adalah kerana beliau dan Muhyiddin mempunyai penuh keyakinan terhadap ketokohan dan kemampuannya untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN pada PRU14 lalu.
“Itu sejarahnya dan berdasarkan semua itu, tidak ada kebenaran sama sekali dengan dakwaan bahawa Tun Mahathir mahu dijatuhkan oleh Muhyiddin,” ujar Aziz seterusnya. – Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?
KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS
The post Abang nafi Muhyidin mahu jatuhkan Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191788/abang-nafi-muhyidin-mahu-jatuhkan-tun-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Nafi Orang Islam Terancam Di Bawah Ph

Tun M Nafi Orang Islam Terancam Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 368 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR 30 April Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini Justeru beliau menafikan umat...
Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mahu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati rombakan exco Johor oleh Menteri Besar Sahruddin Jamal Foto The Malaysian Insight Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan marah dan terfikir mahu meletak ...
Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 472 hits
Tahap penerimaan dan rasa puas hati rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad dan kerajaan terus merosot menjelang tempoh setahun beliau dan PH mentadbir negara ini Dalam kajian terbaru oleh Merdeka Centre peratusan rakyat yang berpuas hati terh...
Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 620 hits
Nampaknya pertembungan diantara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Abidin semakin panas apabila hubungan mereka yang dulu dilihat baik dan rapat kini menjadi sebalinya Ini bermula apabila Mohd Asr...
Hormati Mandat Yang Di Beri Rakyat Kepada Tun Dr Mahathir

Hormati Mandat Yang Di Beri Rakyat Kepada Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 343 hits
PULAU PINANG Hormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara kata Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata Perdana Menteri bertindak betul dalam me...
Tmj Balas Kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor Terbatal

Tmj Balas Kenyataan Tun Mahathir Perlembagaan Johor Terbatal

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 526 hits
Tunku Mahkota Johor berbalah dengan Tun Dr Mahathir isu perlembagaan Malaysia dan Johor Foto The Star Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terenggan...
Tmj Boleh Tukar Kata Tun Mahathir

Tmj Boleh Tukar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 480 hits
Tun Dr Mahathir dan Tunku Mahkota Johor Foto The Star Perdana Menteri TUn Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh mengubah kedudukannya sebagai perdana menteri dan perkara itu tidak boleh dilakukan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Su...
Tun Mahathir Commemoration Coin

Tun Mahathir Commemoration Coin

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 722 hits
Sebut sahaja Tun Mahathir seantero dunia kenal akan living legend ini Begitu banyak jasa dan sumbangan beliau terhadap negara Dengan umur emas beliau masih kuat dan gigih mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Malayia ke 7 Ketika zaman pe...
Tun Dr Mahathir Hanya Rakyat Boleh Tukar Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Hanya Rakyat Boleh Tukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 380 hits
BEIJING Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh menukar seorang Perdana Menteri Dulu kita ingat pada suatu masa dahulu ada TMJ yang telah ditukar dululah bagi kepada adik TMJ itu Jadi TMJ boleh ditukar Perdana Me
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan