Abang Lori Jadi Tukang Masak Tauke Tempoyak Ikan Patin


DUNGUN: Siapa sangka tangan yang dahulunya hanya mahir memegang stereng lori treler dengan muatan 50 tan kini berubah haluan memegang kuali, senduk dan belanga bagi menyediakan ikan patin masak tempoyak.
Samsul Zam Zam Paan, 34, yang memiliki restoran ‘Shahida Lee Kitchen’ dekat Che Lijah di sini berkata idea untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan timbul kerana ayahnya sendiri adalah tukang masak yang selalu ditagih khidmatnya setiap kali majlis kenduri diadakan di kampungnya dekat Temerloh, Pahang satu ketika dahulu.
“Namun, ia bukanlah perkara mudah kerana ‘hidup’ saya sebelum itu banyak dihabiskan atas treler sahaja, manalah saya nak kenal kunyit, lengkuas, halia dan pelbagai rempah masakan yang lain.
“Macam-macam cabaran saya lalui dalam proses mendapatkan ilmu memasak agar makanan yang terhasil nanti enak, cukup ‘rasa’ dan menjadi igauan pelanggan. Alhamdulillah, kini segala penat lelah itu semakin berbaloi apabila masakan di restoran ‘abang lori’ ini mendapat tempat di hati pelanggan,” katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Kombinasi rasa pedas cili, lemak santan, masam tempoyak dan ikan patin segar dari Temerloh, Pahang menjadikan restoran ‘Shahida Lee Kitchen’ semakin popular dan lokasi tumpuan ramai untuk menikmati makanan istimewa yang dijual iaitu ikan patin masak tempoyak.
Pemilik restoran ‘Shahida Lee Kitchen’, Samsul Zam Zam, menunjukkan hidangan makanan popularnya. –fotoBERNAMA
Pemilik restoran ‘Shahida Lee Kitchen’, Samsul Zam Zam, menunjukkan hidangan makanan popularnya. –fotoBERNAMA
Selain itu, restoran milik Samsul Zam Zam juga ada menyediakan hidangan patin berlada, pais patin, daging salai masak lemak cili api dan nasi kukus ayam berempah dengan harga sangat berpatutan antara RM6 hingga RM16 untuk setiap set hidangan iaitu nasi, ulam-ulaman, budu serta sambal tempoyak.
Ditanya rahsia keenakan makanan yang dijual, beliau berkata pemilik restoran perlu mengekalkan resipi agar kualitinya sentiasa berada pada tahap terbaik dan tidak ‘kedekut’ dalam penggunaan bahan masakan.
“Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini juga, kami memberikan diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua pelanggan di restoran ini, maklumlah semua pihak terkesan dengan pandemik COVID-19, sekurang-kurangnya diskaun ini adalah antara cara kami menghargai pelanggan agar terus dapat menikmati makanan dengan harga lebih murah,” katanya.
Bapa kepada dua anak itu berkata setiap bulan, restorannya akan menggunakan purata 1.5 tan ikan patin segar yang dibeli dari Temerloh dan 120 kilogram daging yang disalai oleh penduduk kampung di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi.
Ikan patin masak tempoyak yang dimasak Samsul. –fotoBERNAMA
Ikan patin masak tempoyak yang dimasak Samsul. –fotoBERNAMA
“Kalau dulu, saya bawa lori treler hanya dapat pendapatan untuk menampung keperluan keluarga sendiri, kini saya berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda tempatan dan peluang perniagaan kepada penduduk kampung untuk menghasilkan daging salai.
“Impian saya hendak buka dua lagi cawangan restoran ini iaitu di Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang agar dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda sekali gus melonjakkan lagi sektor pelancongan domestik yang berasaskan makanan tradisional rakyat Malaysia,” katanya yang mempunyai 12 pekerja ketika ini.
Tekad untuk membantu lebih ramai insan menjadi usahawan juga menyebabkan beliau kini bertungkus lumus mencari formulasi baharu untuk menghasilkan pes masakan ikan patin yang lebih mudah disediakan di rumah.
“Saya bercadang mahu bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) serta Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu untuk kualiti dan aspek pelabelan serta pembungkusan untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa satu hari nanti,” katanya.
— BERNAMA
The post ‘Abang lori’ jadi tukang masak, tauke tempoyak ikan patin appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/17/abang-lori-jadi-tukang-masak-tauke-tempoyak-ikan-patin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Patin Xpress Masak Patin Tempoyak Jadi Lebih Mudah

A Patin Xpress Masak Patin Tempoyak Jadi Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 391 hits
A PATIN XPRESS MASAK PATIN TEMPOYAK JADI LEBIH MUDAHCEPAT MUDAH DAN MENJIMATKANBAHAN MASAKAN TERBAIK DAN BERKUALITIMesti ramai yang menggemari masakan Patin Tempoyak yang sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak AlongMurni juga turut tida...
Menelusuri Asal Muasal Mangkuk Ayam Jago Wadah Legendaris Kesayangan Abang Abang Tukang Bakso

Menelusuri Asal Muasal Mangkuk Ayam Jago Wadah Legendaris Kesayangan Abang Abang Tukang Bakso

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 240 hits
Lekat dengan image makanan gerobakan Indonesia siapa sangka kalau mangkuk ini justru bukan berasal dari negara kita
Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 646 hits
Hi korang Semalam SA sempat masak untuk makan malam seawal pukul 6 petang SA dh bersiap sedia kat dapur hujan seharian semalam kan dari subuh Badan dh penat sangat sebenarnya tapi memansangkan Mak Abah tak sihat so SA kena la lupakan sekeja...
Petua Lembutkan Daging Liat Dengan Cepat Dari Tukang Masak Thai Guna Ais Batu Je

Petua Lembutkan Daging Liat Dengan Cepat Dari Tukang Masak Thai Guna Ais Batu Je

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 405 hits
Aduh liatnya daging aku masak ni dah try macam macam cara masih liat juga Masak makanan atau juadah yang berasaskan daging lembu ternyata bukan semua akan menjadi Ada yang akan menjadi lembut dan ada juga yang entah berapa kali masak pun ak...
Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Yang Paling Istimewa Untuk Keluarga

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Yang Paling Istimewa Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 394 hits
Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat disukai dan popular di beberapa seperti Negeri Melaka dan Johor Orang malaysia jika sebut ma...
Resepi Ikan Bawal Masak Sweet Sour

Resepi Ikan Bawal Masak Sweet Sour

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 657 hits
Assalamualaikum semua mama nak share Resepi Ikan Bawal Masak Sweet Sour atau Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Kebetulan masa pergi shopping barang dapur terjumpa ikan bawal emas terus terbayang nak masak sweet sour Jom tengok Resepi Ikan...
Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis Tempoyak Memang Terbaik

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis Tempoyak Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 515 hits
Rasanya tidak ramai anak muda zaman sekarang yang makan pisang muda masak lemak cili api Menu orang dulu dulu yang memang penuh dengan nostalgia Sangat sedap lagi lagi bila ditambah tempoyak dan ikan bilis Jika anda teringin nak cuba menu i...
Gulai Ikan Nyok Nyok Keenakan Melicinkan Pinggan

Gulai Ikan Nyok Nyok Keenakan Melicinkan Pinggan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 334 hits
Gulai ikan nyok nyok memang terasa kari dan rencah yang digunakan Ni resipi super sedap yang dikongsikan oleh June Ahmad Makan dengan nasi atau roti memang licinlah pinggannya Kalau orang utara kari disebut gulai Tambah terangkat dengan pen...
Tukar Ikan Haruan Untuk Dapatkan Joran Baru Sistem Barter Yang Dilakukan Budak Lelaki Ini Buat Ramai Yang Kagum

Tukar Ikan Haruan Untuk Dapatkan Joran Baru Sistem Barter Yang Dilakukan Budak Lelaki Ini Buat Ramai Yang Kagum

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 484 hits
Masih ingat mengenai sistem barter yang pernah dipelajari di sekolah suatu ketika dahulu Jika zaman dahulu ketika belum wujudnya sistem wang manusia menggunakan sistem barter iaitu sistem tukar barang untuk mendapatkan sesuatu keperluan Har...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025