Abang Baliklah Adik Family Semua Dah Tunggu Kat Sini


‘Abang balik lah..adik, family dan kawan-kawan semua tunggu abang kat sini.’ Begitulah luahan adik kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri l3mas selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga di muara Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan Kuala Terengganu, malam tadi.
Adik kepada Abdul Bari Asyraf yang hanya dikenali sebagai Aries Gurlz itu memuat naik luahan tersebut di Facebook miliknya selepas mengetahui trgedi yang menimpa abangnya.
Aries Gurlz memohon supaya orang ramai mendoakan abangnya agar ditemui walau dalam keadaan apa sekalipun.
“Ya Allah aku mohon kau selamatkanlah abangku walau dalam apa jua keadaaan.. Sama-sama doakan keselamatan dan abang selamat.. Aamiin,” katanya.

Sementara itu, rakan-rakan menyifatkan Abdul Bari Asyraf sebagai seorang yang ramah dan suka bergurau selain suka menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam tadi, Abdul Bari Asyraf dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan insiden kereta pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki lima bersaudara itu menggelungsur sebelum terjunam ke dalam sungai berkenaan.
Difahamkan, Abdul Bari Asyraf adalah individu pertama yang terjun ke dalam sungai terbabit untuk membantu menyelamatkan.
Selain Abdul Bari Asyraf, terdapat lima lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian turut membantu menyelamatkan semua m4ngsa.
Lima mang5a dalam kenderaan berkenaan, Suryati Rusly, 37; Nordiana Alwani Jaafar, 33; Asmaa Rusly, 23; Syafawani Jaafar, 11; dan Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin berusia tiga tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Lem4s Ketika Cuba Menyelamat SEORANG lelaki dikhuatiri l3mas ketika cuba menyelamatkan lima penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, 9.30 malam tadi.
Difahamkan, mang5a, Abdul Bari Arshad, 31, dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum kenderaan tersebut diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelungsur dan terjunam ke dalam sungai.
Menurut saksi kejadian kenderaan tersebut tiba-tiba bergerak sendiri apabila seorang kanak-kanak tertendang tombol gear kenderaan tersebut. Walaubagaimanapun, kesemua 5 orang mangsa, termasuk seorang bayi diberitakan selamat.
Kejadian tersebut berlaku di Pulau Warisan, Terengganu. Didalam video berdurasi 1 minit 39 saat memaparkan kenderaan pacuan 4 roda tersebut ditenggelami air sepenuhnya. Kedengaran suara seorang wanita menangis meminta merayu-rayu memohon pertolongan.
Melihat keadaan ahli keluarga mangsa yang panik, orang ramai yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam air untuk menghulurkan bantuan.
Difahamkan, selain Bari, dua lagi lelaki turut terbabit menyelamatkan penumpang kenderaan itu, namun hanya kedua-dua lelaki itu selamat naik ke darat.
Lima penumpang dalam kenderaan itu turut selamat.
Menurut ibu mngsa, Masitah Awang, 60, anak lelakinya itu keluar dari rumah selepas Asar untuk memancing bersama rakan baiknya.
“Bari memang suka memancing. Jika ada masa terluang dia akan keluar bersama memancing dengan kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.
“Pagi tadi, awal-awal lagi dia sudah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat dan makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Masitah, beliau hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas dimaklumkan suaminya, Mohd Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis pada 10 malam.

Selang beberapa minit kemudian, anggota penyelamat terdiri dari pasukan bomba, ambulans dan polis tiba di tempat kejadian. Tindakan pantas mereka harus mendapat pujian kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai dan menghulurkan bantuan.
Pihak bomba masih lagi meneruskan pencarian apabila salah seorang dari orang awam yang cuba membantu dikatakan masih lagi tidak dijumpai.
Nekad terjun sungai selamatkan mangsa “SAYA berjaya menyelamatkan dua wanita hampir l3mas kira-kira lebih 50 meter dari tebing, manakala m4ngsa lagi diselamatkan penyelamat lain,” kata Omar Abdul Aziz Othman.
Omar, 27, dianggap wira berani apabila nekad terjun ke Sungai Terengganu untuk menyelamatkan empat sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.
Semua mangs4 terbabit berjaya diselamatkan, namun seorang pemancing yang terjun untuk menyelamatkan mereka, Abdul Bari Arshad, 31, dikhuatiri lem4s apabila gagal muncul semula ke tebing.
Omar berkata, sebelum itu dia bersama ahli keluarga tiba ke pulau berkenaan untuk membeli-belah pada 9.30 malam.

“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya terdengar jeritan orang minta tolong dan segera ke lokasi sebelum terjun ke sungai.
“Selepas menyelamatkan dua wanita dan berenang ke tebing, saya dapati mngsa (Abdul Bari) yang juga penyelamat pertama dalam keadaan tengg3lam timbul,” katanya.
Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Mazimi Mohamad berkata, berkata, tiga lelaki yang lain berjaya naik semula ke darat, manakala Abdul Bari dikhuatiri lmas.
Beliau berkata, sebelum kejadian isteri pemilik pikap itu yang berusia 50-an mahu mengalihkan kenderaan itu tanpa menyedari ia berada dalam posisi gear mengundur sebelum menghidupkan enjin.
“Ia dipercayai menyebabkan kenderaan itu yang diparkir secara mengundur meluncur ke dalam sungai.
“Ketika kejadian, pemilik kenderaan berusia 50-an berada di tepi kenderaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 malam dan usaha mencari dan menyelamat mngsa giat dijalankan.
Katanya, pihaknya menggunakan kaedah selaman membabitkan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mencari dan menyelamat mangsa.
Semua yang selamat itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
Video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial, malam tadi.

Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian.
Situasi ini lebih kurang sama dengan tragedi di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini, dimana seorang m4ngsa yang masih muda terkorb4n apabila kenderaan yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah Vios lalu menyebabkan kenderaannya terbabas dan terhumban kedalam sungai. Mal4ngnya, mangsa meningg4l dunia akibat dari lem4s.
Sumber dari Harian Metro
The post “Abang, baliklah.. Adik, family semua dah tunggu kat sini…” appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/abang-baliklah-adik-family-semua-dah-tunggu-kat-sini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jarak Umur Ini Waktu Sesuai Untuk Bagi Adik Tidaklah Abang Atau Kakak Cemburu

Jarak Umur Ini Waktu Sesuai Untuk Bagi Adik Tidaklah Abang Atau Kakak Cemburu

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 268 hits
Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi dan kadang kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30 an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di ant...
Kadang Kadang Kesian Kat Dedek Netizen Faham Fynn Jamal Semua Ibu Nak Yang Terbaik Untuk Anak Anak

Kadang Kadang Kesian Kat Dedek Netizen Faham Fynn Jamal Semua Ibu Nak Yang Terbaik Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 679 hits
Fynn Jamal selebriti dan penyanyi popular mempunyai dua anak angkat iaitu Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri Beliau telah memuatnaik sebuah posting di laman instagram berkenaan anaknnya Ikuti perkongsian beliau Kadang2 kesian kat de...
Kalau Saya Ada Buat Salah Kat Semua Orang Tolong Maafkanlah Saya Lana Nordin

Kalau Saya Ada Buat Salah Kat Semua Orang Tolong Maafkanlah Saya Lana Nordin

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 377 hits
Menerusi laman Instagram Lana Nordin memohon doa netizen untuk anaknya sebelum menjalani pemb edahan Malah sedutan daripada video live tersebut turut dikongsi Instagram Makcik Puaka Sambil menangis ibu kepada dua cahaya mata itu memohon maa...
Ternyata Kat Sini Yang Paling Comel Adalah Janda Kata Fasha Sandha

Ternyata Kat Sini Yang Paling Comel Adalah Janda Kata Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 700 hits
Selain memuat naik perkara mengenai perkembangan dunia seni di laman Instagram miliknya pelakon cantik Fasha Sandha juga sering berkongsi pelbagai perkara viral di laman sosial terbabit Terbaru Fasha berkongsi gambar empat ekor kucing yang ...
Kereta Adik Beradik Tudm Terbalik Di Tapah Adik Maut Abang Parah Al Fatihah

Kereta Adik Beradik Tudm Terbalik Di Tapah Adik Maut Abang Parah Al Fatihah

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 480 hits
Kereta Adik Beradik TUDM Terbalik Di Tapah Adik Maut Abang Parah AL FATIHAH Kereta Adik Beradik TUDM Terbalik Di Tapah Adik Maut Abang Parah AL FATIHAH
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord