Abang Askar Jilat Gadis Mengaku Tidak Salah
AMPANG – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul.
Tertuduh Zynetlee Von Zim, 27, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.
Mengikut pertuduhan bapa seorang anak itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dengan maksud mencabul kehormatan dengan cara memegang tangan kanan dan menghisap jari telunjuk mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini pukul 1.28 tengah hari pada 5 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan.
Bagaimanapun peguam Adi Zulkarnain Zulkafli memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan isterinya yang baru melahirkan anak dan keluarganya berada di Sabah.
Tertuduh Zynetlee Von Zim, 27, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Maizan Rahim.
“Hari ini tertuduh hadir sendiri di mahkamah dengan jaminan polis, tertuduh dengan syarat-syarat yang dicadangkan,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
“Tertuduh dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 5 haribulan setiap bulan. Memandangkan tertuduh tidak mempunyai pasport, mahkamah membatalkan syarat itu. (serahan pasport),” kata Majistert Nur Maizan.
Tarikh 12 Januari 2022 ditetapkan sebutan semula kes.
Kosmo! Online 7 Oktober lalu, melaporkan seorang Angkatan Tentera Malaysia yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa.
Terdahulu, seorang pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini, trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari kelmarin. – K! ONLINE
‘Abang’ askar jilat gadis mengaku tidak salah
Baca Artikel Menarik:
Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan [VIDEO]
PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
Roti Canai Kayu Arang Viral
Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
The post ‘Abang’ askar jilat gadis mengaku tidak salah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/19/abang-askar-jilat-gadis-mengaku-tidak-salah/