Abang Alias Yang Ku Kenali






YB STEVEN SIM


 Ketika saya baru selesai menempuh pelbagai cabaran dan akhirnya RUU Pekerja Gig telah lulus di Parlimen, saya terima satu panggilan yang amat menyedihkan. Kak Midah bagitau, Abang Alias telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Hati terasa amat sebak sekali, terutamanya memikirkan mak angkat saya, yang merupakan ibu kandung Abang Alias. Mesti Mak sedih sangat sangat. 










Sebab selama ini, Abang Alias lah tempat Mak bergantung hidup, mereka tinggal bersama di rumah kat Desa Tok Subuh yang kami sama-sama perjuangkan dulu. 


Saya kenal Abang Alias bukan sehari dua.


Sejak tahun 2013, ketika saya baru jadi Ahli Parlimen, saya sudah berkampung di rumahnya. Masa itu, rumah-rumah di kampung Tok Subuh diancam perobohan kerana tuntutan tanah oleh pemilik swasta yang asal. Pampasan yang ditawarkan langsung tidak masuk akal. Tapi kami tidak berdiam diri.


Kami bangkit. Bersama-sama penduduk kampung, kami pertahankan hak mereka. Bukan untuk melawan undang-undang, tapi untuk menuntut keadilan. Dan di rumah Abang Alias lah saya makan, tidur, berjuang. Rumah itu menjadi benteng harapan. Di situlah saya mula kenal Mak Milah, ibu yang penuh kasih, dan Abang Alias, anak yang tidak pernah berenggang dari ibunya.


Mereka terima saya seperti keluarga sendiri. Saya panggil dia abang, dan Mak Milah sebagai mak. Walaupun kami berbeza agama dan bangsa, kasih sayang tidak pernah kenal sempadan.


Syukur, akhirnya semua 37 buah rumah termasuk rumah Mak Milah dan Abang Alias mendapat pampasan yang adil, sebidang tanah dan sebuah rumah yang menjadi milik mereka buat selama-lamanya.


Namun petang kelmarin, saya berdiri di hadapan Mak yang berusia 83 tahun hampir tak dan nak cakap apa-apa. Wajahnya sugul, matanya berkaca. Abang Alias telah pergi… anak yang sejak kecil menjaga Mak, tidak pernah berkahwin kerana mahu berbakti sepenuhnya kepada ibu tercinta.


Mak cerita, beberapa hari sebelum arwah pergi, dia merungut sebab saya dah lama tak datang menjenguk. Dia bawa gambar lama kami bersama, letak di sisi katilnya. Hati saya luluh. Kali terakhir saya datang menziarah ialah sejurus sebelum Raya tahun ini. Siapa sangka itu akan menjadi pertemuan kali terakhir dengan Abang Alias. 


Mak habaq, hadiah baju Melayu yang saya bagi, Abang Alias sempat pakai sekali saja masa Raya hari itu. 😭


Mak, jangan bersedih. Steven masih ada. Walaupun kita tiada pertalian darah, kasih kita bukan palsu. Saya tahu saya tak akan sentiasa ada di sisi Mak seperti Abang Alias, tapi saya janji… Mak tak akan terabai. Seperti mana Abang Alias jaga Mak dengan penuh cinta, saya akan cuba teruskan kasih itu.


Kerana kasih itu bukan sekadar darah yang mengalir, tapi kesetiaan yang tak pernah luntur.


Kerana keluarga itu bukan hanya siapa yang lahir bersama kita, tapi siapa yang memilih untuk tetap ada, walau dalam susah dan senang.


Sebagaimana janji saya kepada penduduk Kampung Tok Suboh 12 tahun lalu  bahawa kampung mereka tidak akan hilang, Saya juga berjanji pada mak akan pastikan warisan kasih ini tidak terputus.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/abang-alias-yang-ku-kenali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meredah Hutan 5 Jam Demi Bawa Pulang Jenazah Abang

Meredah Hutan 5 Jam Demi Bawa Pulang Jenazah Abang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 604 hits
AgensiPeo Samania membawa jenazah abangnya Nandar Samania pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu FOTO tangkap layarGorontalo Indonesia Lima jam meredah laluan tanah berlumpur di tengah hutan belantara Itu rintangan terpaksa ditempuh seo...
Denmanjo Feat Fendi Kenali Mek Kelate Chord

Denmanjo Feat Fendi Kenali Mek Kelate Chord

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1554 hits
F C Dm C A F Gm D F C Dm C A F Gm C F Oh Mek Kelate C Mek Kelate F Ore comey sengoti F Tubuh melengge A F Rama ore kene di hati A C Jadi perhatiye dari dulu F Sapa ko loni Dm Gm C Oh Mek Kelate hebat sungguh F Namo di beri F Oh Mek Kelate C...
Pkr Akan Rosak Dari Dalam Degn Budaya Yang Tidak Di Kenali Tidak Diterima Reformis

Pkr Akan Rosak Dari Dalam Degn Budaya Yang Tidak Di Kenali Tidak Diterima Reformis

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 353 hits
Lantak DAMAI CAI lah Depa yang nak bagi PKR melingkup DSRR Team HIRUK dan kami penyokong2 HIRUK dah cuba bgtahu berpegang pada Idealisme REFORMASI Dah ulangkali pesan JANGAN CONDONE JANGAN BUKA FLOOD GATE kpd budaya Political Patronage Poli...
Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai

Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 641 hits
Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai Menghitung hari tidak lama lagi kita semua bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke 68 Ketika ini raptai untuk sambutan di Putrajaya sedang diadakan dan semua yang terlibat berusaha membe...
Mengenali Juara Dunia Kelas A Pencak Silat Tahun 2004 Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan

Mengenali Juara Dunia Kelas A Pencak Silat Tahun 2004 Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3311 hits
Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan merupakan salah seorang atlit Pechak Silat bagi silat Olahraga yang berasal dari Negeri Sarawak Beliau juga merupakan salah seorang pesilat dari Perguruan Persilatan Embun Puteh Sarawak di bawah pimpina...
Ada Yang Cubit Sebab Geram Kalau Boleh Masa Bergambar Jangan Pegang Dia Bapa Akui Abang Aji Tak Selesa Disentuh Peminat

Ada Yang Cubit Sebab Geram Kalau Boleh Masa Bergambar Jangan Pegang Dia Bapa Akui Abang Aji Tak Selesa Disentuh Peminat

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2116 hits
Melalui temubual bersama sebuah portal popular bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji tampil mendedahkan anaknya berdepan dengan pelbagai karenah peminat Abang Aji tak selesa disentuh peminat Bapa Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainon memakl...
Servis Landing Page Onpay Dari Pengalaman Peribadi Kepada Penyelesaian Untuk Usahawan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Kabel Charger Type C Terbaik Tak Rosakkan Telefon Anda

Karnamereka Sisa Gelas Bersamamu Chord

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keberanian En Bob Menjaga Kesihatan Pantang Makanan Untuk Organ Dalaman

Memahami Pelbagai Laluan Menawarkan Kelebihan Kompetitif Di Sim

Dulu Tak Beria Pernah Tak Awak Rakam Saya Dengan Anak Amp Post Uqasha Senrose

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Fatin Faishal Doktor Cinta Chord

Terengganu Pemuda Dikhuatiri Lemas Tergelincir Di Jeti Ketika Air Pasang Besar