92 Q A Tentang Puasa




 1.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.
2.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.
3.Solat terawih di surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid.
4.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?
Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.
5.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?
Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.
6.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.
7.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.
8.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?
Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.
9.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.
10.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.
11.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?
Kena niat puasa ganti baru dikira.
12.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?
Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.
13.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.
14.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.
15.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?
Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.
16.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.
Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.
17.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?
Paling sedikit 8 rakaat.
18.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
Tak batal.
19.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?
Tak batal.
20.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?
Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.
21.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.
22.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Tak batal melainkan ditelannya baru batal.
23.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.
24.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.
25.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..
25.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?
Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.
26.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Makruh.
27.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.
28.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
tidak benar.
29.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?
Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.
30.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?
Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.
31.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.
32.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?
Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.
33.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?
Tempat kita bekerja.
34.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?
Berbuka.
35.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?
Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.
36.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?
Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.
37.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?
Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.
38.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?
-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.
-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.
-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.
39.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?
Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.
40.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?
Batal telan kahak dari dalam tekak.
41.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?
Lebih banyak rakaat lebih afdhal.
42.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?
Kurma dan air.
43.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?
Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.
44.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?
Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.
45.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.
46.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?
Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.
47.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?
Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.
48.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?
Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.
49.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?
Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.
50.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?
Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.
51.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?
Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.
52.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?
Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.
53.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?
Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.
54.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?
Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.
55.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?
Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..
56.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?
Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..
57.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?
Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.
58.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?
Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.
59.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?
Ya..
60.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?
Tak boleh.
61.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?
Batal.
62.Apakah hukum pergi takbir raya?
Sunat.
63.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?
Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.
64.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?
Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.
65.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?
Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.
66.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?
Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..
67.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?
Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..
68.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?
Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.
69.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.
Bida'ah tapi tidak berdosa.
70.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?
Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.
71.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?
Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.
72.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?
Batal jika ditelan gigi tersebut.
73.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?
Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.
74.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?
Makruh.
75.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.
Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.
76.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?
Harus.
77.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?
Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.
78.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?
Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.
79.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?
Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.
80.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?
Sah.
81.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?
Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.
82.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?
Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.
83.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?
Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.
84.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?
Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.
85.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?
Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.
86.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?
Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.
87.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?
Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.
88.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?
Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.
89.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?
Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.
90.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?
Bayar fidyah sahaja.
91.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?
Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.
92.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?
Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah taala". (Abe Ha..Ustaz Azhar Idruz)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ustazcyber.com/2021/04/92-q-tentang-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengadu Kawan Sekolah Tak Nak Makan Dato Lcw Kongsi Pengalaman Jawab Soalan Anak Tentang Puasa

Mengadu Kawan Sekolah Tak Nak Makan Dato Lcw Kongsi Pengalaman Jawab Soalan Anak Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 328 hits
Semalam merupakan hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan tahun ini nampaknya lebih meriah berbanding tahun lepas ketika ketika menyambutnya dalam musim PKP 1 0 Dalam keterujaan kita berpuasa sempat berkongsi tentang kisah anaknya Kingston...
Cadangan Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Sahur Berbuka Puasa

Cadangan Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Sahur Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 308 hits
CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR BERBUKA PUASA Assalammualaikum semua TB saja nak share ni dengan semua TB memang amalkan tiap kali bulan Ramadhan Boleh diamalkan ketika Waktu bersahur mahupun waktu berbuka puasa Tapi TB suka ama...
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Bulanan

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Bulanan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 290 hits
Lafaz Niat Puasa Ramadhan harian dan bulanan Alhamdulillah malam ni bermulalah kita berpuasa selamat berpuasa kepada korang Dan sama sama kita rebut kelebihan di dalam bulan puasa ni ye Yang penting puasa jangan ponteng Jangan pulak nanti a...
30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1319 hits
Assalamualaikum Tiap kali masuk bulan Ramasan mesti anda pening kepala nak fikir menu apa nak dihidangkan untuk keluarga masa berbuka puasa nanti kan Ayue sendiri pun pening ye memikirkan menu untuk 30 hari berbuka ni Ada yang suka menu men...
Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan

Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 429 hits
Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan Diam tak diam esok dah sampai bulan Ramadhan bulan di mana kita diseru mengumpul sebanyak mana pahala dan amal kebajikan Korang dah bersedia tak nak mengejar pahala Korang kena pastikan seboleh mungkin ba...
Ibadah Puasa Dan Keistimewaan Bulan Ramadan

Ibadah Puasa Dan Keistimewaan Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 383 hits
Ibadah Puasa dan Keistimewaan Bulan Ramadan ini merupakan perkongsian kami pada kali ini tentang ilmu keagamaan atau lebih spesifiknya ialah agama Islam Perkataan puasa dalam bahasa arab iaitu bermaksud meninggalkan Dari segi bahasa puasa i...
Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 367 hits
Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar benar bersedia Ada kalanya dek kerana rasa takut anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia Jangan biarkan anak kecil...
Sahur 1 Puasa

Sahur 1 Puasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum SYUKUR Alhamdulillah Ramadhan yang ditunggu tunggu telah tiba Seawal 4 30 pagi Sk bangun selepas terdengar bunyi alarm Rasa macam mimpi pulak hihi Cuma panaskan nasi dan lauk semalam Sotong Goreng Kunyit dan Sayur Bayam Braz...
Demi Permatang Pauh Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Demi Permatang Pauh Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 183 hits
Marhaban Ya Ramadhan Dengan limpah inayahNya Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun ini Kita telah melalui Ramadhan pasca pandemik yang amat berbeza namun harus kita syukuri dipinjamkan usia bagi meraikan dan...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas