90 Juta Biar Sprm Buat Tugas
90 JUTA ADALAH ISU UNTUK MENGGULINGKAN PARTI PAS DARI BUMI MALAYSIA ?ADA YANG TERUS GATAI MULUT TERUS BERCAKAP TENTANG 90 JUTA, SEDANGKAN SPRM SEDANG BUAT TUGAS, APA MOTIF GATAI MULUT ?NAK MENANG PILIHANRAYA KAJANG ?ORANG KAJANG SENDIRI DAH MELUAT DENGAN PAKATAN HARAPAN SEBAB TAK TUNAI JANJI MANIFESTO DAN MEMPERLEKEH MELAYU DAN ISLAM.INGAT LAGI TAK APA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN SEBUT ?MALAYSIA INI ORANG INDIA PUNYA, ORANG CINA PUNYA ! JANGAN INGAT INI MALYSIA ORANG MELAYU PUNYA !!! -Pak Karamu-  Dana RM90 juta: SPRM ambil keterangan Ambiga
Hariz Mohd  |  Diterbitkan 8 Feb 2019, 7:29 malam  |  Dikemaskini 8 Feb 2019, 7:29 malam       
SPRM telah mengambil keterangan bekas  Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan berhubung dakwaan pemimpin PAS  menerima dana RM90 juta daripada Umno ketika Najib Abdul Razak menjadi  perdana menteri.
Satu sumber yang mengetahui siasatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa Ambiga mengadap SPRM semalam berkenaan isu tersebut. 
Namun, tidak pasti apakah pihak polis sudah mengambil keterangan beliau.
"Keterangan Ambiga dirakam berhubung dakwaan oleh (Editor Sarawak Report) Clare (Rewcastle-Brown)," tambah sumber tersebut yang enggan menjelaskan lagi.
Ambiga  turut terlibat dalam isu dana tersebut selepas Rewcastle-Brown  menamakan beliau sebagai sumber kepada artikel yang mendakwa pemimpin  PAS menerima dana sebagai pertukaran sokongan mereka di pilihan raya  yang lalu.
Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan bahawa Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS menggesa SPRM untuk menyiasat Ambiga sekali.
"Jangan lepaskan Ambiga, SPRM mesti menyiasat kebenaran sumber dan maklumat yang beliau sampaikan (kepada Rewcastle-Brown). 
"Ini adalah satu fitnah yang sengaja dicipta untuk menggulingkan PAS dan pemimpinnya," tambah beliau.
Dalam  pada itu, satu laporan polis baru dibuat terhadap Ambiga oleh seorang  penulis blog propembangkang di Kuala Lumpur, pagi tadi. 
Untuk  rekod, SPRM sedang menyiasat satu laporan terhadap dakwaan dana RM90  juta, yang dinafikan oleh PAS dan Najib masing-masing.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2019/02/90-juta-biar-sprm-buat-tugas.html