Sumber: @lavillalangkawi
Berada pada carta teratas destinasi pilihan pengunjung untuk ke Langkawi, tentunya La Villa ini menjanjikan pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
Sumber: @lavillalangkawi
Jadi anda tidak perlu bimbang! Villa ini juga lengkap dengan kolam renang peribadi yang cantik, kemudahan dapur sempurna, bilik berhawa dingin, ruang tamu dan ruang makan yang luas, tambahan pula terdapat rainfall shower di bilik air dan televisyen LCD yang memberi akses kepada lebih 100 saluran, percayalah, anda pasti tidak mahu meninggalkan bilik anda di villa ini.
Sumber: @lavillalangkawi
Apa yang lebih istimewa ialah pemandangan luar bilik yang menyajikan keindahan jelapang padi dan gunung ganang yang sungguh cantik. Siap sedia dengan kamera ya untuk ambil banyak gambar menarik!
Sumber: @AmbongPoolVillas
Penginapan yang seterusnya adalah Ambong Pool Villa. Kerana Villa ini terletak di atas bukit, anda dapat melihat Pulau Andaman serta pulau-pulau kecil terus dari tingkap bilik tidur anda.
Sumber: @AmbongPoolVillas
Tempat ini juga sesuai bagi mereka yang gemarkan privasi atau merancang untuk berbulan madu kerana villa yang ditawarkan terhad cuma sembilan buah villa ekslusif sahaja.
Sumber: @AmbongPoolVillas
Istimewanya disini ialah, setiap villa dihiasi dengan kolam renang peribadi sepanjang 12 meter serta ruang istirehat yang berkonsepkan moden kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri alam semula jadinya.
Sumber: @AmbongPoolVillas
Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersantai di dalam tab mandi outdoor yang disediakan sambil menikmati landskap alam yang cukup menenangkan.
Sumber: @manehvillalangkawi
Percutian yang mendamaikan menanti anda di Maneh Villa Langkawi. Sebuah lokasi peranginan serba mewah dengan hanya sembilan buah villa eksklusif.
Sumber: @manehvillalangkawi
Siapa sahaja yang bersantai disini untuk berenang atau beriadah pasti berasa nyaman ditemani tumbuhan hijau yang menenangkan.
Sumber: @manehvillalangkawi
Apa yang membuat pengalaman bercuti disini sangat unik adalah, pengunjung boleh memesan sarapan pagi a la carte dan meminta makanan anda dihidangkan dalam dulang terapung di atas kolam renang peribadi anda.
Sumber: @lilchefjoy
Lain daripada yang lain bukan? Selain itu, jika anda sukakan aktiviti riadah, anda boleh menyewa basikal dan kayuh dari lokasi villa ke tempat tempat lain yang popular di sekitarnya seperti Underwater World Langkawi. Tentunya seronok dan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Sumber: @adagayavillalangkawi
Belum dapat melancong ke Bali? Jangan risau, Adagaya Villa Langkawi ada untuk menawarkan anda pengalaman bercuti umpama berada di sebuah Villa Idaman di Bali.
Sumber: @ceksyaee, @__riniaggr
Villa ini juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai kemudahan moden kontemporari yang disediakan seperti kolam renang peribadi untuk anda berenang sepuasnya tanpa gangguan orang lain.
Sumber: @adagayavillalangkawi
Suasananya juga cukup menenangkan dengan keindahan landskap pokok-pokok menghijau yang ditanam di sekeliling villa. Bukan itu sahaja, ruang tamunya yang luas dihiasi cantik bertemakan tropikal dan kemudahan dapur yang lengkap untuk anda memasak bersama pasangan anda bagi mereka yang sedang berbulan madu atau menyambut ulangtahun perkahwinan. Sungguh romantik!
Sumber: @theritzcarltonlangkawi
The Ritz Carlton Langkawi merupakan pilihan ramai orang kenamaan dan selebriti kerana elemen serba mewah yang ditonjolkan serta kemudahan hospitaliti bertaraf dunia.
Sumber: @theritzcarltonlangkawi
Setiap bilik dan villa yang ditawarkan menjanjikan layanan eksklusif bersesuaian dengan harganya seperti pakej Rainforest Villa, Beach Villa dan Ocean Front Villa.
Sumber: @thedatailangkawi
Bagi pasangan yang baharu saja berkahwin dan masih tercari-cari destinasi bulan madu, kunjungilah The Datai Langkawi. Terkenal sebagai pusat peranginan 5 bintang yang sudah pastinya cantik dan serba mewah, dapat menangkap hati sesiapa saja yang melangkah masuk ke resort ini.
Sumber: @jerseychong, @ellie.darracott
Apa yang menjadikan tempat ini unik, terdapat dua jenis vila yang ditawarkan iaitu Rainforest pool vila dan Beach Vila yang mempunyai saiz private pool yang berbeza.
@thedatailangkawi
Beach Vila mempunyai private pool yang bersaiz besar sesuai untuk anda bawa ahli keluarga untuk bercuti dan mandi-manda, jauh daripada kekacauan orang lain. Lagipun, view dari vila ini menghadap laut yang tenang.
@thedatailangkawi
Manakala Rainforest Vila pula menonjolkan persekitaran yang lebih intim kerana binaannya dikelilingi alam semula jadi.
Sumber: @VillaPaddy88
Villa Paddy ini bersesuaian dengan nama yang diberi kerana ia terletak di dalam kawasan sawah padi yang terbentang luas.
Sumber: @VillaPaddy88
Jangan lupa ambil gambar untuk merakam kenangan indah ini! Selain itu, tarikan utama lain di Villa Paddy ini ialah kerana lokasinya strategik untuk anda berjalan-jalan ke bandar.
Sumber: @VillaPaddy88
Anda juga boleh mengunjungi Buffalo Park, Taman Mardi Langkawi dan jika sukakan lebih cabaran, cuba naik kereta kabel yang sememangnya tidak jauh dari kawasan vila ini. Dengan harganya yang cukup berpatutan, pasti anda tidak akan rugi untuk meluangkan masa dan bercuti bersama dengan yang tersayang di tempat yang cantik ini.
Sumber: Villa Tiga Langkawi
Jika tadi kita fokus kepada keunikan vila dikelilingi sawah padi, kali ini Vila Tiga Datai pula menjanjikan suasana berbeza yang pastinya menarik iaitu vila di dalam dusun, khusus buat mereka yang lebih gemarkan elemen tradisi tempatan.
Sumber: Villa Tiga Langkawi
Apa yang lebih mengujakan, villa ini pada pandangan luarnya cukup tradisional tetapi jika melangkah masuk saja ke dalam, pengunjung disambut dengan hiasan dalaman ala Bohemian yang moden berlatar belakangkan perabot berwarna putih. Vila ini Turut menawarkan private pool di sini, iaitu di bahagian tengah di antara dua vila yang berbeza.
Sumber: Villa Tiga Langkawi
Saranan kami, jika anda ingin jadikan kolam tersebut sebagai private pool tanpa dikongsi dengan pengunjung yang lain, tempahlah dua vila sekali gus dan bawa bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti sambil beriadah disini.
Sumber: @Rumahbendanglangkawi
Langkawi dan pemandangan sawahnya berpisah tiada. Cukup sesuai dijadikan tempat penginapan untuk temasya hari keluarga contohnya, kerana penempatan ini boleh dimuatkan sehingga 15 orang.
Sumber: @Rumahbendanglangkawi
Anda juga boleh berenang sambil menikmati suasana bendang di private pool yang berada di bahagian luar vila. Setelah penat berenang, anda boleh minum petang sambil berehat di ruang gazebo kayu yang dibina bersebelahan kolam renang.
Sumber: @Rumahbendanglangkawi
Jika anda bernasib baik anda dapat melihat petani melihat petani membajak sawah bersama kerbaunya. Tentunya pengalaman yang cukup mengujakan apatah lagi bertemankan satu cawan kopi panas!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |