9 Tips Dan Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah


 


9 Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, aku dan keluarga terpilih untuk menunaikan umrah. Rasanya itulah ungkapan yang nak sangat aku tulis dalam blog mrejoy.com ni. Memang lama dah teringin nak ke tanah suci ni, tapi naluri tu jadi semakin kuat nak ke sana dalam tahun 2021 ni. Jadinya, aku ada baca beberapa Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah untuk aku dan keluarga mempersiapkan diri.

Tak lama lagi nak masuk tahun 2021. Tinggal lagi 3 bulan sahaja lagi. Jadi masa itu pada aku cukup untuk aku dan keluarga memperbetulkan apa yang salah. Menambah baik apa yang kurang. Dan memperbanyakkan apa yang sedikit. Dalam pada yang sama ingin berkongsi dengan semua. Pastinya semua pun ada impian nak ke tanah suci mekah dan Madinah kan. insyaAllah.

9 Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah.

Kenapa perlunya persiapan sebegini? Ianya adalah untuk mempersiapkan diri kita dengan mental dan fizikal yang betul agar perginya kita ke tanah suci nanti benar benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah kita.

Baik, kita teruskan dengan Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah ini:

#1. Ikhlaskan niat.

Perkara pertama yang perlu dilihat adalah apakah niat kita ke sana. Niat yang sebetulnya adalah hanya untuk mengharapkan keredhaan daripada Allah semata mata. Dan oleh yang demikian, bermula esok hinggalah sampai tarikh untuk berangkat ke tanah suci, aku dan keluarga perlu tanamkan semangat dan perasaan ikhlas.

Dan apa yang lebih penting, bebaskan diri dari segala tekanan dunia supaya fikiran kami tidak “terganggu” apabila berada di tanah suci kelak.

Bila bercerita tentang niat, itulah yang kita akan dapat. Jika niat kita hanya kerana Allah dan rasul, maka itu yang kita akan dapat. Jika niat kita kerana dunia, maka dunialah yang kita akan dapat.

#2. Perbanyakkan amalan.

Kalau sebelum ini, amalan kita kurang, zikir kurang,kadang baca quran kadang tidak, solat malam, bersedekah, maka kena perbanyakkanlah amalan ini. Sebenarnya, perkara ni bukan sahaja perlu buat sebelum menunaikan umrah, tapi sentiasa. Kerana banyak kebaikan yang bakal diperolehi apabila kita perbanyakkan semua amalan ini.

#3. Muhasabah diri.

Tips seterusnya dalam persediaan diri sebelum menunaikan umrah adalah muhasabah diri. Dalam kata lainnya adalah mendekatkan diri kita dengan Allah. Perbanyakkan istighfar, qiamullai, serta perbanyakkan solat sunat tahajud.

#4. Taubat nasuha.

Kita pasti ada dosa. Pasti. Jadi bertaubatlah. Dan tinggallah segala perkara dan perbuatan mungkar. Bersihkan diri kita terlebih dahulu daripada dosa. Taubat nasuha ini ada beberapa syarat, antara lainnya adalah:


Menyesal atas segala dosa lampauPerlu tinggalkan segera perbuatan dosa tersebutBerazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebutJika berdosa sesama insan, perlu memohon maaf daripada mereka terlebih dahulu dan kalau terambil hak orang, perlu segera pulangkan hak mereka.
#5. Perbaiki kualiti solat

Kalau solat kita kekal sama daripada dulu sampai ke hari ini, maka perlulah tambah baik. Contoh perbaiki agar solat kita lebih khusyuk tapi ada sedikitkan kepala kita memikirkan tentang dunia. Ini termasuk juga bacaan surah dan tajwid.

Diantara cara untuk memperbaiki solat kita agar lebih khusyuk adalah dengan memperbanyakkan solat sunat.

#6. Perbanyakkan puasa.

Kalau sebelum ini, sewaktu bulan Ramadhan pun ada yang tinggal puasa, maka perbetulkan. Dan di tambahkan lagi dengan puasa sunat. Puasa mampu menundukkan nafsu. Dan yang lebih penting, sebelum berangkat menunaikan umrah, ganti dahulu puasa yang tertinggal sebanyakkan mungkin. Dan kalau ada yang puasa nazar, laksanakanlah dengan segera.

#7. Belajar kawal perasaan dan bersabar.

Pastinya, kita akan diuji dengan macam macam perkara. Umum mengetahui, terlalu ramai manusia di tanah suci. Jadi, kesabaran amat penting. Ini juga termasuk nafsu kita apabila berada di sana. Takut nanti berubah apabila kita lebihkan membeli belah daripada niat kita yang sebenar.

#8. Jauhi sifat sombong.

Kalau sebelum ini, kita ada rasa sombong dalam diri, bermula esok, buang semua sifat itu. Apa yang mahu dibanggakan jika kita sekadar hamba padanya. Yang hidup menumpang di atas muka bumi ini. Apa yang lebih membimbangkan kalau kalau kita menjadi lebih lebih sombong apabila “Berjaya” menjejakkan kaki ke tanah suci mekah dan Madinah nanti.

#9. Istiqamah

Dan tips yang terakhir dalam Tips dan persediaan sebelum menunaikan umrah adalah istiqamah. Pastinya apa yang kita buat ini aka nada turun naik. Itu pasti. Mungkin awal kita bersemangat, namun di tengah nanti kita kembali kepada diri kita yang lama. Pada aku mudah, kalau benar benar ikhlas nak menunaikan umrah, maka perbetulkan diri. Selagi mana belum Berjaya ubah, buat sampai jadi. Ok?

Orait, Ada masa lagi 3 bulan ini, aku harap aku dan keluarga Berjaya memperbetulkan segala kelemahan dan tambah baik kualiti dalam setiap perkara. Aku doakan korang dan keluarga juga, insyaAllah, sama sama dapat menunaikan umrah dan haji. Ok! Doakan untuk kami juga ya! Jumpa lagi!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2020/09/tips-dan-persediaan-sebelum-tunaikan-umrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Maklumat Rasmi Sebelum Putuskan Kebenaran Umrah Zulkifli

Tunggu Maklumat Rasmi Sebelum Putuskan Kebenaran Umrah Zulkifli

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 254 hits
M Update 23 9 2020 Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi dan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi sebelum sebarang keputusan membenarkan semula umat Islam negara ini Ia susulan keputusan kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan jemaah luar...
Kebenaran Menunaikan Umrah Bergantung Kepada Nasihat Dari Mkn Kkm

Kebenaran Menunaikan Umrah Bergantung Kepada Nasihat Dari Mkn Kkm

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 229 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah mengumumkan bahawa keputusan untuk rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah atau tidak bergantung kepada nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Keme...
Tunggu Sop Arab Saudi Sebelum Tetapkan Kos Umrah Kata Menteri

Tunggu Sop Arab Saudi Sebelum Tetapkan Kos Umrah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum menetapkan kos sebenar yang akan dikenakan kepada jemaah umrah Menteri di Jabatan Perdana Menter...
Tidur Dahulu Sebelum Menunaikan Solat Tahajud

Tidur Dahulu Sebelum Menunaikan Solat Tahajud

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 216 hits
SOALAN Seperti semua tahu sebagai umat Islam kita disunatkan untuk melakukan solat tahajud Jadi adakah kita perlu tidur dulu sebelum bangun semula untuk menunaikan solat tahajud JAWAPAN Diriwayatkan daripada Al Aswad katanya Artinya Aku tel...
Mesti Baca 6 Tips Penjagaan Muka Sebelum Tidur Yang Selalu Kita Abaikan

Mesti Baca 6 Tips Penjagaan Muka Sebelum Tidur Yang Selalu Kita Abaikan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 499 hits
Tips penjagaan muka sebelum tidur Rasanya ramai di antara kita yang tidak tahu penjagaan kulit muka pada malam hari sangat penting Kalau tahu pun kadang kadang disebabkan rasa MALAS semua tu kita abaikan Padahal penjagaan kulit muka pada wa...
Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sertai Grabfood

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sertai Grabfood

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 278 hits
Sekarang manusia sedang cuba beralih kepada digital dari segi semua sudut tapi sebelum kita jadi pengguna harus kita kaji selidik dahulu beberapa perkara Di Malaysia kita mempunyai pelbagai bangsa dan kaum mahupun agama tapi kalau cerita ba...
Sebelum Ini Kongsikan Gambar Susun Buku Selepas Itu Pandu Kenderaan Lama Pula

Sebelum Ini Kongsikan Gambar Susun Buku Selepas Itu Pandu Kenderaan Lama Pula

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 573 hits
Ketika namanya menjadi sebutan ramai walaupun untuk maksud yang berbeza apa saja yang dilakukan Anwar Ibrahim mudah menarik perhatian ramai Lebih daripada itu ia juga mengundang pelbagai tafsiran terutama selepas presiden PKR itu mengumumka...
Kempen Kawal Lelah Sebelum Parah

Kempen Kawal Lelah Sebelum Parah

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 280 hits
KEMPEN KAWAL LELAH SEBELUM PARAH MENDIDIK PESAKIT ASMA KAEDAH KAWALAN TERBAIK Baru baru ini AlongMurni turut sama menghadiri Kempen Kawal Lelah Sebelum Parah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang asma yang diadakan di Le Meridian...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo