9 Tips Blogging Untuk Blogger Yang Ingin Serius Dalam Bidang Blogging
Menulis blog adalah perkara paling mudah jika anda tidak peduli tentang kualiti artikel tersebut
Bina sahaja blog sendiri atau upah sahaja mereka yang menyediakan servis bina blog dan anda boleh menulis apa-apa sahaja artikel syok sendiri. Kemudian anda boleh menjemput segala rakan karib, keluarga sesiapa sahaja untuk membaca. Tetapi, untuk memastikan mereka atau pengunjung terus membaca, anda perlu sediakan artikel paling berkualiti dan menyentuh serta memberi makna kepada target pengunjung dan pembaca blog anda sendiri
Perkara biasa sebagai blogger baru jika anda copy & paste blog blogger lain, terutama jika ia mengenai info-info kesihatan atau info insan lain yang berjaya. Tapi fikirkan bahawa pengunjung dan pembaca tentu lebih tertarik kepada sesuatu yang lain atau artikel yang lain dari yang lain
Jika anda ingin lama dan mengsasarkan sesuatu yang baik untuk masa depan blog anda. Fikirkan apa objektif blog anda. Apa sasaran blog anda untuk 3 dan 5 tahun akan datang? laratkan anda menulis tiap artikel bermutu setiap hari? apa nieche blog anda? . Fikirkan ini dan fikirkan imej anda di google juga cara tulisan anda yang akan mempengaruhi siapa pembaca dan imej anda sendiri pada masa akan datang
Ini antara TIPS BLOGGING yang anda perlu tahu:-
1. Jauhkan artikel COPY & PASTE Googlebot akan mengetahui sama ada artikel anda adalah copy paste atau original entry atau tidak. Jika anda ingin blog anda mendapat AKAUN ADSENSE , artikel berkualiti amat penting. ADSENSE mengutamakan artikel yang memberi INFO BERMANFAAT bagi pembaca. GOOGLEBOT akan meletakkan original entry di pages pertama carian google dan jika anda adalah pemegang akaun ADSENSE atau berangan-angan mempunyai akaun adsense, sila jauhkan artikel copy paste. Pemegang akaun ADSENSE akan mendapat EMAIL AMARAN dari google adsense jika terdapat artikel copy paste di dalam blog yang menyiarkan iklan ADSENSE
2. Seboleh-bolehnya guna GAMBAR MILIK ANDA sendiriArtikel berkualiti memerlukan gambar yang berkualiti. Lebih baik guna gambar sendiri yang kruang cantik dari anda menggunakan gambar yang 100% dari google tanpa sebarang edit. Boleh jika anda ingin menggunakan gambar dari google tapi pastikan ia diedit dan diubah sedikit sebanyak untuk melihat hasil usaha anda sendiri. GOOGLE ADSENSE amat sukakan gambar milik anda sendiri. Sebagai pemegang akaun adsense, pemegang akaun ini mestilah seboleh-bolehnya mengelakkan meletakkan gambar yang bukan asal dari pemilik akaun google adsense. Jika anda bukan pemegang akaun adsense, dengan mengurangkan peratusan gambar bukan hak milik anda, ia akan meningkatkan potensi anda untuk mendapatkan akaun adsense satu hari nanti
3. Tulis artikel berkaitan minat dan bidang yang anda suka dan tahuBanyak beza antara tulisan yang kita buat-buat tahu, dengan tulisan artikel dari minat kita dan ilmu yang mendalam dalam pembacaan dan pengalaman hidup. Tulis artikel berkenaan minat anda bukan mengikut orang lain. Jangan tulis artikel oleh kerana anda lihat ada blogger lain popular dan buat duit kerana menulis artikel dalam bidang atau niche tersebut
4. Tulis dari hati dan pengalaman andaKetika menulis pastikan hati anda ada bersama. Jangan menulis ketika otak anda berada ditempat lain. Jangan terpaksa menulis kerana wajib ada artikel baru di blog. Cari minat dan pupuk minat anda menulis. Tarik nafas panjang. Fikirkan kembali niat anda menulis untuk kebaikan semua dan letakkan anda sebagai pembaca jika mereka datang membaca blog anda
5. Tahu kelebihan dan kekurangan Ketika memilih sesuatu skop dan niche blog. Kenali kelebihan dan kekurangan anda dalam skop yang anda pilih. Tingkatkan lagi kelebihan anda, dan kurangi kekurangan anda dengan menambah ilmu serta lakukan eksperimen. Tentu anda akan mendapat lebih banyak ilmu dan menutup setiap kelemahan yang ada serta menambah baik penulisan dan kelebihan penulisan anda sendiri
6. Jangan menulis ketika anda stress dan malasPantang utama sesuatu artikel berkualiti ialah jangan sesekali menulis ketika malas. Jika tidak artikel anda seperti melepas batuk ditangga. Pernahkah anda membeli jubah yang jahitannya tidak kemas?. Seperti melepas batuk di tangga?. apa perasaan anda?. Pastikan tulisan anda kemas, teratur dan berinformasi untuk memastikan pembaca blog terus bersama anda.
7. Jangan memburukkan individu atau produk lainWalau siapa pun anda, sejauh mana anda popular dan dikelilingi ramai peminat dan supporter. Pastikan anda tidak akan sesekali menulis artikel atau status yang memburukkan individu atau produk saingan lain. Walau pun artikel berbentuk sindiran
8. Tulis artikel yang bermakna dan positif atau berbentuk motivasiElakkan menulis artikel yang tidak memberi manfaat dan merendahkan orang yang membacanya. Perkongsian mengenai kisah sedih amat bagus tetapi pastikan ada unsur motivasi dan ajakan yang baik seperti menderma dan sumbangan ikhlas. Tidak salah menceritakan kisah kesengsaraan penduduk syria asalkan tujuan dan artikel berbentuk positif dan boleh mengalakkan perasan kasih sayang dan mengutip derma kepada insan yang memerlukan
9. Artikel promosi dan iklan sebagai selinganTidak salah jika anda ingin mempromosikan produk atau meletakkan iklan di blog kesayangan anda. Tetapi pastikan berpada-pada, untuk mengelakkan pengunjung dan pembaca blog anda merasakan anda hanya ingin mempromosikan produk anda sahaja. Letakkan anda sebagai pembaca. Cuba tulis dan beri info mengenai apa-apa yang bersangkut paut dengan perniagaan anda dan jadikan perniagaan anda sebagai contoh. Guna taktik sharing atau perkongsian dari taktik iklan atau promosi terus. Terdapat banyak perbezaan antara taktik perkongsian dan taktik promosi atau iklan didalam blog. Dalaminya
10. Jadi diri anda sendiriJadi diri anda sendiri. Bina imej sendiri. Konsisten dalam apa yang anda pilih dan perjuangkan. Usah peduli apa orang lain , sahabat, keluarga dan pesaing anda buat. Dengan kuasa konsisten. Anda akan temui yang apa anda inginkan dengan IDEA dan SISTEM yang betul. Cari objektif anda menulis dan blog objektif anda yang sebenar. Ia pasti membantu dalam membawa hala tuju dunia blogging anda sebagai satu medan sosial paling berguna untuk anda satu hari nanti. Pastikan apa yang anda tulis dan buat membantu menyelesaikan masalah orang lain dan memberi manfaat kepada ramai orang
Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang, pasti ada pelbagai rupa bentuk cabaran. Begitu juga dengan dunia blog. Ini sahaja tips yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua
Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/10/9-tips-blogging-untuk-blogger-yang.html