9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet


9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet - Hah! Frust sangat kan bila berdiet bersungguh-sungguh tetapi berat badan masih ditakuk lama. Bila stress kita pun mengambil makanan berlebihan dan akhirnya diet entah ke mana sebaliknya berat badan makin bertambah!

Masalah utama kita adalah ketika melakukan program diet tersebut kita gagal mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 sebab berikut punca berat badan tak mahu turun bila berdiet:


9 Sebab Berat Badan Tidak Mahu Turun Bila Berdiet
DIET DENGAN JENIS DARAHDiet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.

TIDAK PERNAH KENYANGJika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan

PERCAYA BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.

Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.

GAGAL KAWAL ‘LAPAR MATA’Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.

INGIN BERAT BADAN STABIL DENGAN CARA SINGKATUntuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.

BADAN TERASA BERAT MALAS LAKUKAN AKTIVITI FIZIKALPastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUKTidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

TIADA MASA UNTUK BERSENAMApabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

SASARAN YANG TIDAK LOGIKKadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.

Nah! Dah tahu sebab-sebab badan tak mahu turun ketika berdiet? Jadi, elakkan daripada mencipta masalah yang disebut di atas. Adakala kita bercita-cita untuk turunkan berat badan tetapi nafsu makan sukar dikawal. Betul tak? Kesimpulannya adalah displin tentang makanan, senaman dan diet. Biar semuanya seimbang dan berjalan secara natural

Semoga anda mampu menurunkan berat badan!! Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/12/9-sebab-berat-badan-tidak-mahu-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Susah Nak Turun Berat Badan Fakta

Punca Susah Nak Turun Berat Badan Fakta

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 266 hits
Punca susah nak turun berat badan Makan lewat malam Kurang minum air putih Makan ketika stress Skip breakfast Tak banyak bergerak Suka minum air manisDan punca yang paling tak okay sekali sebab Tak minum air kikis lemak viral ni Rugi tau Se...
Selepas 44 Hari Berpatang Alhamdulillah Dah Turun Berat Badan Back To Normal Anzalna

Selepas 44 Hari Berpatang Alhamdulillah Dah Turun Berat Badan Back To Normal Anzalna

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 225 hits
Pelakon cantik Anzalna Nasir berkongsi foto Hari Raya Qurban bersama bersama anak sulungnya Mohamad Eidrees yang kini mencecah usia 2 tahun Paling mencvri tumpuan Anzalna mengakui berat badannya kini kembali kepada berat ideal selepas seles...
Terkejut Hampir 7kg Berat Beg Sekolah Dr Sheikh Muszaphar Jelaskan Tak Bagus Untuk Kesihatan Badan

Terkejut Hampir 7kg Berat Beg Sekolah Dr Sheikh Muszaphar Jelaskan Tak Bagus Untuk Kesihatan Badan

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 255 hits
Isu beg sekolah berat bagi kanak kanak sekolah rendah bukan isu baru di Malaysia Kadang kadang anak terpaksa membawa kesemua buku teks dan buku latihan yang mana sekaligus memberikan bebanan kepada tubuh badan mereka yang masih kecil Meliha...
Bariatrik Operasi Penurunan Berat Badan Seperti Yang Dijalani Melly Goeslaw

Bariatrik Operasi Penurunan Berat Badan Seperti Yang Dijalani Melly Goeslaw

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 215 hits
Meski cukup aman untuk menurunkan berat badan tapi nggak semua pasien obesitas bisa menjalani operasi ini
Berat Badan Saya Susut 11 Kg Bukan Sebab Saya Makan Hati Kata Rossa Sera

Berat Badan Saya Susut 11 Kg Bukan Sebab Saya Makan Hati Kata Rossa Sera

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 240 hits
Saya bukan nak balas atau buktikan apa apa sebab bila dah macam sekarang ini saya ada masa lebih untuk diri sendiri Jadi saya tak ada masa nak fikir perkara negatif Demikian kata isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Na
Turunkan Berat Badan Dengan Minuman Kesihatan Beras Perang Nutribrownrice

Turunkan Berat Badan Dengan Minuman Kesihatan Beras Perang Nutribrownrice

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Baiklah kali ini au nak menceritakan tentang beras perang Rasanya ramai yang pernah dengar atau pernah cuba beras perang ini kan Tahukah anda dengan memakan bera...
Authorities Try To Halt Turun Protesters From Marching To Dataran Merdeka

Authorities Try To Halt Turun Protesters From Marching To Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 224 hits
The authorities are attempting to stop the crowd of over 100 street protesters from marching to Dataran Merdeka The group that calls itself the Turun Movement has gathered outside of the Sogo shopping complex today demanding that Putrajaya ...
15 Quizzed By Police Over Turun Protest

15 Quizzed By Police Over Turun Protest

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 197 hits
Fifteen individuals who participated in the Turun protest against rising food prices on Saturday were called for questioning at the Dang Wangi district police headquarters today Those summoned included Muda deputy president Amira Aisya Abd ...
Cops Eye Over 100 Turun Protesters Says All Will Be Probed Under Paa

Cops Eye Over 100 Turun Protesters Says All Will Be Probed Under Paa

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 205 hits
Kuala Lumpur police have identified 30 of some 100 individuals linked to an in the city centre today for investigations under the Peaceful Assembly Act 2012 Dang Wangi district police chief Noor Dellhan Yahaya in a statement released severa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya