9 Individu 3 Syarikat Saman Cimb Sebab Beku Akaun Tanpa Sebab Kukuh Tapi Cimb Tegas Pihaknya Bersedia Membela Diri


9 individu & 3 syarikat saman CIMB sebab beku akaun tanpa sebab kukuh, tapi CIMB tegas pihaknya bersedia membela diri



Sembilan individu dan tiga syarikat yang juga pemegang akaun CIMB Bank memfailkan saman terhadap bank itu berhubung pembekuan akaun simpanan dan akaun semasa mereka pada Januari lalu atas alasan disyaki terbabit dalam kegiatan haram serta mencurigakan membabitkan akaun berkenaan.


Kesemua plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Nazmi Zaini Chambers di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad selaku defendan pertama dan kedua.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif yang juga pendeposit akaun simpanan dan akaun semasa yang disediakan oleh defendan itu mendakwa mereka mengetahui akaun berkenaan dibekukan oleh kedua-dua defendan pada 26 hingga 28 Januari lalu.


Mereka mendakwa, selepas mengetahui hal itu, pada 31 Januari hingga 4 Februari lalu, mereka sudah menghubungi cawangan kedua-dua defendan bagi mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan bahawa mereka disyaki terbabit dalam kegiatan haram serta mencurigakan membabitkan akaun berkenaan.


"Plaintif-plaintif juga dimaklumkan bahawa jumlah (wang) yang dibekukan adalah sebahagian daripada transaksi terapung sementara menunggu penyelesaian transaksi tersebut dan kesemua plaintif dimaklumkan sistem perbankan atas talian defendan-defendan dalam proses penyelenggaraan teknikal," dakwa kesemua plaintif.


Plaintif pada setiap masa yang material mendakwa mereka tidak pernah terbabit atau menjalankan transaksi yang membenarkan defendan untuk membekukan atau menahan akaun berkenaan.


"Tindakan defendan-defendan membeku atau menahan akaun-akaun tersebut tanpa sebarang alasan yang dibenarkan di dalam Klausa 7, Terma dan Syarat Akaun Simpanan dan Terma dan Syarat Akaun Semasa adalah suatu kemungkiran kontrak antara plaintif-plaintif dan defendan-defendan.


"Tindakan pembekuan atau penahanan akaun-akaun tersebut oleh defendan-defendan, menyebabkan kesemua plaintif mengalami kesukaran, kesulitan dan kepayahan apabila tidak boleh mengguna pakai akaun-akaun tersebut," dakwa mereka.


Selain itu, kesemua plaintif mendakwa defendan mempunyai tanggungjawab dan tugas berhati-hati untuk memastikan sebarang tindakan pihak ketiga tidak menjejaskan hak serta kedudukan mereka sebagai pendeposit kepada institusi kewangan itu.


Dakwa plaintif, defendan sudah mengabaikan tugasnya apabila membenarkan kecuaian pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang yang menjejaskan hak dan kedudukan mereka sebagai pelanggan dan pendeposit.


Kesemua plaintif memohon antaranya deklarasi bahawa defendan sudah memungkiri terma dan syarat akaun simpanan serta akaun semasa apabila tindakan defendan membekukan akaun itu tanpa sebab yang dibenarkan di sisi undang-undang.


Peguam Nazmi Mohd Zaini yang mewakili kesemua plaintif ketika dihubungi pemberita berkata, pengurusan kes itu ditetapkan 15 Mac ini secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi S Malarselvi.


Menerusi tindakan saman itu, plaintif memohon beberapa perintah mahkamah, antaranya supaya bank segera melepaskan atau menyahbekukan akaun-akaun mereka. Selain tu, pelanggan juga memohon untuk mendapatkan perintah bayaran ganti rugi atas kemungkiran kontrak atau pelanggaran kewajipan berhati-hati oleh defendan; ganti rugi teladan; bayaran balik kos guaman plaintif-plaintif sebanyak RM10,800; kos bagi tindakan saman; dan relif selanjutnya atau relif lain sebagaimana yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah. 


Sementara itu, Kumpulan CIMB dalam kenyataannya petang semalam menyangkal dakwaan yang dibangkitkan oleh tuntutan mahkamah itu dan menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk membela diri di mahkamah. 


"Kumpulan CIMB menafikan sebarang dakwaan memungkiri kontrak yang dilemparkan terhadapnya dan akan membela kedudukannya. Seperti yang kami tegaskan sebelum ini, Bank ini tetap komited untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus kepada pelanggan yang terjejas," katanya. 


Sumber: Bernama, MalaysiaKini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/03/9-individu-3-syarikat-saman-cimb-sebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pkr Saman 8 Individu Lepas Tak Dicalonkan Semula

Pemimpin Pkr Saman 8 Individu Lepas Tak Dicalonkan Semula

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 230 hits
Hariz MohdPRN JOHOR Seorang pemimpin PKR yang bertanding di kerusi DUN Rengit pada pilihan raya umum lalu mengambil tindakan undang undang selepas tidak dicalonkan semula di kerusi berkenaan Malik Faishal Ahmad mengemukakan saman terhadap K...
Vide0 Kan Comel Tu Individu Minta Jangan Panggil Gadis Cina Amoi Tapi Lain Pula Kata Netizen

Vide0 Kan Comel Tu Individu Minta Jangan Panggil Gadis Cina Amoi Tapi Lain Pula Kata Netizen

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 306 hits
Pernah tak korang panggil gadis berbangsa Cina dengan panggilan amoi Takpun korang sendiri kena panggil amoi dengan aunty uncle Chinese Benda biasa lah kan tu Walau bagaimanapun ada satu perkongsian di TikTok yang jadi perdeb4tan netizen ba...
Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

Akhirnya Jo Insung Buka Akaun Instagram Peribadi

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 352 hits
Berita gembira buat peminat Jo In sung Jo In sung yang telah berada dalam bidang lakonan sejak tahun 1998 akan berinteraksi bersama peminat dengan lebih aktif melalui akaun Instagram peribadinya Pada 3 Mac IOK Company iaitu agensi kepada ar...
Dulu Tak Setuju Luahkan Kekecewaan Bila Ibu Pilih Duit Tapi Sekarang Abang Tangmo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan

Dulu Tak Setuju Luahkan Kekecewaan Bila Ibu Pilih Duit Tapi Sekarang Abang Tangmo Pula Tarik Diri Dari Tuntut Keadilan

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 223 hits
Melihat perkembangan siasatan serta penemuan bukti baru di Sungai Chao Phraya oleh pasukan penyelam nampaknya kebenaran tentang kehilangan Mo dipercayai semakin menghampiri penghujung Terdahulu Panida Siriyudthayothin iaitu ibu kepada mendi...
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 350 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Rakyat Tertanya Tanya Bila Aset Dan Akaun Keluarga Zeti Hendak Di Sita Dan Di Beku

Rakyat Tertanya Tanya Bila Aset Dan Akaun Keluarga Zeti Hendak Di Sita Dan Di Beku

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 321 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerilaku agensi dan badan berkuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak pada kes 1MDB dan SRC telah menjadi kayu pengukur kepada rakyat Malaysia ia menjadi precedented dan contoh untuk rakyat bertanya bila akaun bank dan har...
Sayang Anak Ketat Ketat Tegas Kasih Sayang Perlu Seiring Dalam Mendidik Anak

Sayang Anak Ketat Ketat Tegas Kasih Sayang Perlu Seiring Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 133 hits
Sayang anak ketat ketat bukan bermaksud ibu bapa mengikut segala kehendak anak anak tanpa pernah berkata tidak Sekiranya kita beranggapan cara keibubapaan sedemikian sebagai bukti kasih sayang terhadap ia sebenarnya salah Menurut Dr Rozieta...
Cekik Istri Hingga Tewas Suami Di Karawaci Menyerahkan Diri

Cekik Istri Hingga Tewas Suami Di Karawaci Menyerahkan Diri

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 228 hits
AS yang kemudian mengetahui istrinya tewas kemudian tidak berani keluar rumah Dia mengurung diri sehari setelah peristiwa tersebut Baru pada Senin AS mendatangi rumah orang tuanya dan menceritakan kejadian yang dirinya lakukan
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya 2025 First Raya Dengan Farah Sakinah

Cara Daftar I Saraan Kwsp Bagi Yang Bekerja Sendiri

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader