9 Adab Ketika Menghadiri Rumah Terbuka


 
Sumber Google
Assalamualaikum..
Raya kana sebulan, selagi belum habis bulan Syawal mesti ramai lagi yang ingin membuat rumah terbuka. Pergi rumah terbuka memang best tapi kena ingat adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka. Meh Cik Nor kongsi adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka supaya kita tidak leka dan lalai yang kita ini tetamu mereka,
Betulkan Niat Dan TujuanMemenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.


Mematuhi MasaMasa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda yang baru sampai sedangkan tuan rumah sudah kepenatan dan perlu solat dan berehat.


Menjaga AuratHormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Golongan lelaki biasanya tiada masalah dari segi aurat, tetapi bagi perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, janganlah memakai pakaian yang menjolok mata sehingga mengundang perasaan tidak selesa tuan rumah dan para tetamu yang lain. Dan bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.


Hormati Tuan RumahKetika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk ambal menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.


Menjaga Akhlak Dan Tingkah LakuAkhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur. Rendahkanlah suara ketika bercakap agar tidak menganggu perbualan tetamu yang lain. Di samping itu kawallah pandangan mata semasa berkunjung ke rumah terbuka. Janganlah pula melilau-lilau memandang dan meneroka rumah tuan rumah ikut sesuka hati sahaja sehingga ke bilik tidur mereka. Peliharalah diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu ketenteraman atau tidak disenangi oleh tuan rumah.


Jaga Adab MakanSetiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.


Memendekkan Tempoh ZiarahPendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.


Jangan MengataSelepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.


Utamakan SolatKetika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Usah sayangkan make-up untuk berwuduk. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.


Baca juga : Rumah Terbuka Cik Nor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2023/05/9-adab-ketika-menghadiri-rumah-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kedah Redakan Suhu Politik

Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kedah Redakan Suhu Politik

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 175 hits
BERNAMASULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani hari ini FOTO Ihsan Jabatan Penerangan Kuala Lumpur Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysi...
Rumah Terbuka Madani Kedah Capai Sasaran 25 000 Pengunjung

Rumah Terbuka Madani Kedah Capai Sasaran 25 000 Pengunjung

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday com29 Apr 2023 4 45pmSaifuddin Nasution Ismail berkata hidangan makanan di 60 gerai disediakan juga hampir habis walaupun majlis belum berakhir Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak berlaku pembazira...
Siti Nurhaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik

Siti Nurhaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 398 hits
Umum mengetahui semalam berlangsungnya Himpunan MADANI di negeri Kedah yang turut dihadiri ribuan rakyat negeri tersebut Bukan itu sahaja majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dua orang penyanyi terkemuka negara iaitu Dato Sri ...
Pn Jadikan Isu Rumah Terbuka Sebagai Modal Permusuhan

Pn Jadikan Isu Rumah Terbuka Sebagai Modal Permusuhan

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 222 hits
Tindakan berterusan pemimpin Perikatan Nasional mempolitikkan isu penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh Kerajaan Persekutuan dibidas Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Munim berkata dakwaan pembangkang kononnya penganjur...
Macam Hawaii Dekorasi Birthday Party Rumah Terbuka Cik Epal Another Level Siap Ada Lori Tea Live

Macam Hawaii Dekorasi Birthday Party Rumah Terbuka Cik Epal Another Level Siap Ada Lori Tea Live

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 243 hits
Meriah sungguh jamuan rumah terbuka Cik Epal selebriti media sosial yang tak asing lagi Bukan itu sahaja majlis sambutan hari jadi kedua dua cahaya matanya turut diraikan pada hari yang sama Birthday Yuki 27 4 Birthday Han 29 4 Alang alang ...
Rumah Terbuka Sabtu Himpunan Mad Ni Sabtu Rumah Terbuka Jumaat

Rumah Terbuka Sabtu Himpunan Mad Ni Sabtu Rumah Terbuka Jumaat

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 478 hits
Himpunan Madani bukan rumah terbuka Dorang ni confuse atau sengaja buat tak faham Rumah terbuka hari Sabtu Himpunan Madani hari Jumaat Himpunan Madani Kedah tu dianjurkan oleh PH Kedah menggunakan dana PH Kedah sepenuhnya Ia memang majlis p...
9 Lokasi Rumah Terbuka Jelajah Kitaselangor Aidilfitri

9 Lokasi Rumah Terbuka Jelajah Kitaselangor Aidilfitri

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 381 hits
Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan menjelajah setiap daerah bermula minggu pertama sambutan hari raya pada 28 April Bermula di tapak pasar pagi Pekan Salak Sepang program yang dijadual berlangsung sehingga...
Hiburan Meriahkan Lagi Rumah Terbuka Anda Dengan Pizza Hut Loooooooooongest Party Box Confirm Puas

Hiburan Meriahkan Lagi Rumah Terbuka Anda Dengan Pizza Hut Loooooooooongest Party Box Confirm Puas

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 158 hits
Dah masuk minggu kedua lebaran ni so far macam mana sambutan Raya anda Meriah ke tak Kalau tanya kami kami tak menang tangan tau melayan tetamu yang berkunjung dengan jemputan open house lagi Perghhh penat tapi best Advertisement Alang alan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi