8hb Disember Adalah Huru Hara Dan Pergaduhan 8hb Disember Juga Adalah Rusuhan Dan Kematian




Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu.


Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.


Melalui sentimen agama dan kaum itu, diharapkan akan berlakulah pergaduhan, huru-hara, rusuhan serta kematian.


Sebab itu, sebelum himpunan diadakan di ibukota pada 8 Disember nanti, ia lebih dulu diadakan di Pasir Salak di tempat di mana Residen British, JWW Birch pernah dibunuh suatu ketika dahulu.


Selain itu, yang lebih penting dan harus diingat bahawa di belakang himpunan membantah ICERD itu  Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jika sabit kesalahan, menantinya adalah hukuman penjara selama puluhan tahun lamanya.


Di belakang himpunan bantah ICERD juga ada Najib Razak yang kini sudah dikenakan 38 pertuduhan di mahkamah dan lebih banyak lagi bakal menanti. Juga jika sabit kesalahan, hukumannya sama puluhan tahun penjara.


Di belakang himpunan ICERD  terdapat sama pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah atau bakal dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah yang pernah mereka lakukan.


Di belakang himpunan bantah ICERD turut terdapat ratusan pemimpin UMNO lain yang dulu bebas menyamun dan mengumpul kekayaan, tetapi kini peluang berbuat demikian sudah pun terhenti dengan tiba-tiba.


Lantaran, dari hari ke hari, bantahan terhadap ICERD sudah bertukar menjadi serangan kepada DAP yang kononnya menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan kedudukan serta hak orang-orang Melayu di negara ini.


Dari hari ke hari juga, jelas dapat dilihat tindakan meniup serta membakar semangat perkauman dan agama begitu berleluasa di media-media sosial dan kumpulan whatsapp tertentu.


Bantahan terhadap ICERD yang sentiasa dibakar oleh UMNO dengan bantuan Pas, ditambah dengan mainan tidak henti-henti isu perkauman dan agama di media sosial, secara tidak langsung telah merangsang orang awam berbuat sesuatu yang tidak normal kepada kaum yang berbeza di tempat-tempat awam sebagaimana yang ditunjukkan oleh seorang lelaki memprotes suatu promosi arak di sebuah pasaraya.


Kenapa sebelum ini perkara itu tidak pernah berlaku, sedangkan promosi arak oleh pasaraya tertentu kepada bukan Islam bukanlah perkara yang baru?


Itulah juga sebabnya, meskipun setelah Tun Mahathir Mohamad bertegas menyatakan ICERD mustahil dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan unik Malaysia yang berbagai kaum serta wujud peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu, mereka tidak memperdulikannya dan tetap juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.


Himpunan itu nanti, matlamatnya tidak lain ialah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan melalui percikan sentiman perkauman dan agama yang akan dimarakkan dengan seluas-luasnya.


Bagi Zahid Hamidi,  Najib dan mereka yang ada kes, hanya dengan tumbangnya kerajaan yang ada ini saja dapat menyelamatkan mereka daripada segala pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.


Bagi pemimpin UMNO yang lain pula, hanya melalui kembalinya BN berkuasa semula saja yang dapat membuka ruang untuk mereka terus menyamun dan menambah kekayaan.


Oleh, bantahan terhadap ICERD adalah ruang terbuka untuk mencapai semua matlamat tersebut.


Bertembunt dengan matlamat itu, jika pihak berkuasa tidak segera membendungnya,  himpunan 8 Disember nanti akan akan bertukar menjadi perhimpunan yang penuh huru-hara, pergaduhan, rusuhan kaum, malah berbunuhan sekali pun.


Kempen-kempen yang semakin rancak atas nama membantah ICERD, tetapi melarat kepada pelbagai firnah terhadap kerajaan ada jelas menggalakkan pergaduhan, rusuhan serta pertumpahan darah yang dengannya diharapkan kepimpinan Tun Mahathir akan segera dapat diakhiri, tidaklah terlalu sukar untuk difahami.


Jadi, apa pula peranan Pas setuju bersama-sama dengan UMNO membantah ICERD?


Dalam hal ini, Pas sebenarnya hanyalah menjadi alat kepada  UMNO semata-mata.


Kalau pun Pas ada kepentingan, ia hanyalah berkaitan harapan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di masa depan untuk menggantikan tempat pemimpin-pemimpin Amanah yang sekarang ini nampak bergaya dengan kot dan tali leher bersama jawatan masing-masing. (ShahbudinHusin 22/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/8hb-disember-adalah-huru-hara-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huru Hara Hari Ini

Huru Hara Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 261 hits
Baru sehari mak nieyl tak ada dekat rumah rasa macam hura hara sekejap hehehe Pagi ni pukul 5 30 dah kena bangun buat sarapan pagi dan siapkan bekal untuk bawa pergi kerja hantar anak buah pergi kerja lepas tu baru pergi kerja Dalam pada hu...
Murahnya Nilai Upahan Melayu Cetus Huru Hara Kuil

Murahnya Nilai Upahan Melayu Cetus Huru Hara Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 444 hits
Isu Kuil USJ Berdasarkan kenyataan Menteri KDN kita dimaklumkan 1 Peguam pemaju bayar ketua geng RM150k 2 Ketua geng bayar 50 org budak budak dia RM150 300 utk buat kerja Maksudnya 1 Total kos 10 2 Ketua kumpulan simpan 90 Yg lebih menyayat...
Berita Palsu Jabatan Mengesahkan Berita Kematian Anggota Bomba Adalah Palsu

Berita Palsu Jabatan Mengesahkan Berita Kematian Anggota Bomba Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 812 hits
Jabatan mengharapkan agar tiada sebarang penyataan yang tidak benar disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab berkenaan dengan keadaan sebenar PB Muhammad Adib bin Mohd Kassim Pegawai ini masih dirawat di Subang Jaya Medical Centre ...
Awas Ini 6 Berita Penting Mengenai Rusuhan Kuil

Awas Ini 6 Berita Penting Mengenai Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 534 hits
Pihak FRU bersiap sedia memastikan kawalan ketat di lokasi insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Foto Astro AWANIDALAM tempoh lebih 24 jam lalu isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya mencetuskan pelbagai komen pandan...
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 893 hits
Anggota Bomba Dibelasah Dalam Rusuhan Kuil Kini Nazak Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Subang Jaya di bawah pengawasan lima orang doktor pakar Dalam kejadian jam 1 pagi tadi Adib ya...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor