8 Tips Memilih Android Box 2021
Tips Memilih Android Tv Box 2021 | Ramai yang sudah mula sedar akan kelebihan memiliki Android box sebagai alternatif kepada saluran 'tv tradisional' yang memerlukan harga langganan bulanan yang tinggi dan terikat dengan kontrak.
Kalau dahulu kita terbiasa dengan saluran yang ditayangkan di Astro sahaja. Kini segalanya berubah apabila Youtube, serta laman penstriman seperti Netflix, Disney Plus, dan Prime lebih menarik dan memiliki kandungan yang pelbagai.
Jadi ramai yang dah mula beralih kepada Android box kerana menawarkan lebih banyak kandungan yang jauh lebih menarik dan harga langganan yang berpatutan.
Namun bagaimana nak pilih Android box yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda? Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli.
1. Sokongan Google Play Store
Pastikan Android box tersebut membolehkan anda memuat naik pelbagai jenis aplikasi supaya boleh muat turun penstriman seperti Netflix, Viu, Prime, atau Disney+. Terdapat beberapa Android box yang telah diubahsuai dan hanya ada beberapa aplikasi sahaja. Jadi, kebebasan anda sebagai pengguna agak terhad.
2. RAM
Berbeza dengan telefon dan laptop, Android box tidak memerlukan saiz RAM yang besar. Ini kerana ia menggunakan sistem operasi khas untuk penstriman. 1GB - 3GB sudah memadai. You don't need much, kerana tugasan utama Android box adalah untuk menonton video.
Artikel berkaitan:
+ Kelebihan dan Kekurangan Android Tv Box Malaysia
+ Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran
+ Cara Daftar Disney Plus Hotstar Malaysia
+ Android Box Terbaik Malaysia
3. OTA Update
Ramai yang terlepas pandang soal over-the-air (OTA) update. Ia berfungsi untuk kemaskini peranti agar firmware dan lain-lain sentiasa up to date.
Ia bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat peranti agar anda dapat menggunakannya dalam temoh yang lama.
4. Sokongan channel tempatan dan antarabangsa
Tips memilih Android x box seterusnya adalah sokongan channel. Kini, cuma Astro dan MyTV sahaja sumber yang membolehkan anda tonton tv live seperti saluran Tv1, Tv2, Tv3, dan lain-lain. Selain itu, Long TV merupakan satu-satunya Android box yang sah dan mendapat kelulusan SKMM /MCMC.
5. Storan
Sama seperti saiz RAM, anda tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar pada Android box. 8GB sebenarnya lebih dari cukup. Tidak banyak aplikasi yang anda boleh muat turun pada Android box, dan saiznya kecil sahaja. This is not a smartphone.
Melainkan anda nak simpan file, movie dan tv siri dengan saiz yang besar di dalamnya.
6. Sokongan 4K
Menonton filem dalam resolusi 4k memang puas hati! Tapi pastikan Android box tersebut menyokong 'Widevine L1' yang membolehkan anda menonton kandungan berresolusi 4K.
Jika tidak, sia-sialah beli tv 4k tetapi Android box cuma boleh pasang HD sahaja. Pastikan tv dan Android box sokong 4K terlebih dahulu.
7. Port USB
Bukanlah ciri wajib yang perlu ada pada setiap Android box. Port USB bertujuan untuk menyambungkan aksesori tambahan seperti wireless mouse, keyboard, pendrive, dan lain-lain.
Ramai pengguna yang lebih berminat untuk guna wireless mouse. Lebih senang untuk buat carian berbanding guna remote control yang disediakan.
Air Mouse paling mantap setakat ini. Cuma RM19 di Shopee - https://invol.co/cl5p81o
8. Wifi
Point terakhir sudah tentulah menyokong Wifi sekurang-kurangnya 802.11 ac untuk memastikan tontonan dan navigasi peranti tidak tersekat-sekat. Selain itu, kelajuan internet untuk Android box haruslah at least 2Mpbs untuk tontonan yang lancar.
Android Box Terbaik 2021 Malaysia
1. Mi Tv Stick
Saya sendiri guna peranti ini dan ia amat berbaloi! Murah dan hadir dengan Google Certified. 100% legal di bawah jenama Xiaomi. Cara pakai Android Tv box ini cukup senang, cuma plug and play. Tersedia dengan Google Play Store, boleh download apps, games, Google Assistant, & Chromecast.
Harga: RM144
Beli di sini: https://invol.co/cl5p7ip
2. Long Tv
Satu-satunya Android box yang mendapat kelulusan SKMM untuk menyiarkan saluran tv live. Melalui Long Tv Android Box ini, anda boleh tonton ratusan channel dari luar negara secara 'halal' termasuklah beberapa saluran Astro.
1GB RAM + 8GB ROM, menyokong video 4K penggunaannya amat lancar tanpa sebarang lag. Ia juga tersedia dengan port ethernet dan USB andai kata anda ingin menggunakan wireless keyboard/mouse.
Harga: RM399
Beli di sini: https://invol.co/cl5p7hw
Itulah antara tips memilih Android tv box. Pastikan sesuai dengan bajet dan mengikut keperluan. Tidak perlu beli yang mahal sekiranya anda jarang tengok tv.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/08/tips-memilih-android-tv-box.html