8 Teknik Deko Rumah Di Ruang Tamu Seperti Pakar
8 Teknik Deko Rumah Di Ruang Tamu Seperti Pakar | Salam semua, sis kalau tengok ruang tamu rumah orang yang cantik dan kemas, terus terasa ruang tamu rumah sendiri pun tak berapa nak cantik macam rumah orang. Suka tengok ruang tamu rumah orang jer lah yang dekorasi rumahnya memang cantik - cantik. Dalam tv pun program untuk deko rumah dah berlambak - lambak kan. Boleh la ambil inspirasi dari sana untuk deko rumah sendiri.
Ada orang tak berapa nak ambil kisah untuk dekorasi ruang tamu. Tapi kalau setengah orang yang peka tentang pentingnya fungsi ruang tamu. Mereka tak kisah nak berbelanja lebih semata - mata nak mencantikkan ruang tamu.
Apakah Fungsi Ruang Tamu ?
Bagi sis, ruang tamu mempunyai peranan penting. Buka pintu, mesti nampak ruang tamu dulu. Ruang tamu sebenarnya adalah tempat untuk menerima tetamu. Dalam masa yang sama ruang tamu adalah tempat untuk berkomunikasi dengan orang luar. Ruang tamu biasanya terletak di depan sekali semasa nak masuk pintu utama.
Ya lah kan ruangan pertama kalau tetamu masuk mesti nampak ruang tamu terlebih dahulu. Ruang tamu biasanya dijauhkan dari bilik tidur untuk menjaga privasi tuan rumah.
Nak deko rumah terutamanya di ruang tamu tidak lah menelan belanja yang agak besar. Kalau yang pandai pilih barang - barang deko bajet pun dah memadai untuk menghias di ruang tamu.
Tapi, kalau nak lagi nampak cantik dan wow apa salahnya berbelanja lebih. Itu terpulang kepada bajet individu masing - masing.
8 Teknik Deko Rumah Di Ruang Tamu Seperti Pakar
Jadi, di sini sis nak kongsikan 8 teknik yang kalian perlu tahu dalam menghias ruang tamu. Dekorasi rumah terutamanya di ruang tamu perlu dititiberatkan sebab ruang ini ruang utama di pintu utama.
1. Susun Atur Bantal
Sofa adalah watak utama dalam menghias ruang tamu rumah. Bagi menonjol sofa, letakkan dua bantal bersaiz 20 inci persegi bercorak dan sepadan di kedua - dua sudut sofa.
Tindihkan dengan dua bantal 16 inci polos. Tambah ssatu bantal memanjang dengan corak jalur kecil bagi menyeimbangkannya.
2. Susun Semula Rak Buku
Siapa cakap rak buku tak sesuai letak di ruang tamu. Susun 60 peratus buku secara menegak dan 40 peratus secara mendatar di rak. Ini mewujudkan keseimbangan namun spontan.
Susun buku mendatar lebih rendah daripada yang menegak. Jika buku menegak adalah 12 inci, letakkan tiga hingga empat buku secara mendatar sehingga empat inci tinggi.
Tambah tumbuhan hijau untuk melembutkan bahagian rak buku tetapi elakkan bunga yang akan kelihatan menyemakkan.
3. Gantung Karya Seni Pada Ketinggian Yang Betul
Ramai yang menggantung bingkai lukisan terlalu tinggi. Gantungkan ia dengan bahagian bawahnya hanya tiga hingga lapan inci di atas perabot. Gantung lebih rendah untuk lukisan yang besar dan sedikit lebih tinggi untuk lukisan yang kecil.
Apabila terdapat terlalu banyak ruang antara perabot dan lukisan, mata akan terarah pada bahagian yang kosong antara lukisan dan perabot.
4. Gantung Cermin Yang Betul
Gantungkan cermin kira - kira 57 inci tinggi tengah cermin, menurut pakar ia adalah tahap pandangan mata yang relaks untuk kebanyakan orang.
Bagi mencipta ilusi lebih banyak ruang, gantungkan cermin bertentangan dengan tingkap untuk melantunkan cahaya.
5. Mahu meja kopi baru ? Ikut ukuran ini
Tidak dinafikan meja kopi juga memainkan peranan penting dalam menghias ruang tamu. Memandangkan kebanyakan sofa berketinggian sekitar 20 inci untuk duduk dan berdiri dengan mudah, meja kopi yang ideal adalah 15 hingga 20 inci tinggi.
Letaknya 18 inci dari sofa, ini adalah jarak purata dari lutut seseorang. Jarak 18 inci cukup memberi ruang untuk berehat dan selesa berjalan di sekitar perabot. Pilih meja kopi yang dia pertiga lebar dari sofa.
6. Ukur meja makan sebelum membeli
Sis ingat dulu sebelum nak beli meja makan baru, memang ada ukur kat ruang nak letak meja makan, Kalau kita dah siap ukur, kita dah boleh agak besar mana meja makan tu. Jangan tak ukur ya. Nanti terlebih besar meja dari ruang.
Apa yang kalian perlu buat jika mahu membeli meja makan baru, pastikan ia lebih luas daripada 36 inci. Ini membolehkan cukup ruang untuk makan, walaupun bahagian tengah meja dipenuhi dengan hidangan dan perhiasan.
Sekiranya kekurangan ruang, pertimbangkan meja makan bulat. Ia sesuai dengan sudut yang kecil dan menawarkan lebih ruang untuk makan.
7. Ikut Skim Warna Ini
Apabila memilih palet warna tetapkan 60 peratus ruang bilik dengan warna dominan, 30 peratus warna sekunder dan 10 peratus lagi warna yang menonjol.
Ini bermakna warna yang dominan adalah pada bahagian ruang bilik, warna sekunder pada upholsteri dan susunan bunga atau bantal pula adalah warna yang menonjol.
Sekiranya kalian mempunyai pemandangan yang cantik di luar, "bingkaikan' ia dengan mengecat bahagian dalam tingkap dengan warna gelap.
8. Hamparkan Karpet Berdasarkan Saiznya
Saiz permaidani akan menentukan bagaimana kalian mengatur perabot di sekelilingnya. Contohnya, untuk karpet bersaiz 8 x 10 kaki, letakkan sofa dan mana - mana kerusi supaya kaki depan masing - masing berada di atas karpet tetapi kaki belakang tidak.
Untuk permaidani yang kecil kira - kira 5 x 8 kaki, letakkan sofa dengan kedudukan kaki depan sofa berada betul - betul di hujung dalam karpet.
Di dalam ruang tamu yang besar, gunakan dua permaidani untuk membuat dua ruang tamu berasingan.
Diharapkan, perkongsian ini dapat membantu kalian untuk menghias ruang tamu supaya nampak lebih cantik dan tersusun. Bila susun atur ruang tamu yang cantik, kita sendiri pun berpuas hati.
Baca Sini : 15 Jenis Pokok Hiasan Berwarna Purple
Baca Sini : 15 Gambar Menarik Tanam Pokok Bunga Dalam Sarang Burung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2020/02/teknik-deko-rumah-di-ruang-tamu-seperti-pakar.html