8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala
8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala | Jika anda pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau apa sahaja bentuk kemalangan yang melibatkan anggota kepala anda perlu memberi perhatian jika terdapatnya peningkatan tahap kecederaan yang di alami.
Diah sempat mendapatkan panduan perawatan berkenaan dengan kecederaan kepala semasa Diah membawa anak bongsu ke hospital akibat jatuh katil beberapa bulan lepas. Doktor berkongsi beberapa tips dan Tanda yang perlu di perhatikan jika kecederaan kepala bertambah serius.
8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala
Tanda-tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala
Apabila seseorang pesakit sudah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang oleh doktor, tetapi pesakit dikehendaki datang serta merta ke hospital jika terdapat tanda-tanda berikut timbul:Sakit kepala yang keterlaluan dan berterusan. Berasa pening, loya dan muntah-muntah. Bingung, kurang sedar atau resah. PengsanPerangai atau tingkahlaku berubah. Tidak dapat dikejutkan dari tidur. Mengalami sawan. Pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak. Tempoh Pemantauan Kecederaan kepala
Doktor ada terangkan iaitu, tempoh 6 jam pertama adalah tempoh kritikal dan perlu di ambil serius jika baru mengalami kecederaan kepala. Salah satu Tanda yang biasa terjadi adalah seseorang itu akan muntah. Muntah yang perlu dirisaukan adalah muntah dengan kadar yang banyak dan tidak berhenti.
Masa anak bongsu Diah jatuh katil beberapa bulan lepas, memang tiada benjolan kepala mahupun kecederaan lain tetapi itu merupakan kali ke tiga dia jatuh melibatkan anggota kepala dan kebetulan dia ada muntah sedikit jadi kami nekad untuk berjumpa doktor.
Untuk elak perkara tidak di ingini Diah bawa anak untuk mendapatkan rawatan di hospital Kuala Lumpur. Banyak ilmu baru yang Diah dapat. Doktor juga periksa keadaan tengkorak anak bongsu dan Alhamdulillah dari pemeriksaan tidak berlaku sebarang retakan.
5 Langkah Dan Tindakan Penting Elakkan / tidak harus dibiarkan pesakit berseorangan. Mesti ditemani agar dapat memantau keadaan kecederaan. Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor seperti yang diarahkan. Jangan makan dan minum dengan banyak terutama minuman keras. Jangan memandu kenderaan atau motosikal sendiri. Haruslah dibawa ke hospital dengan segera jikalau terdapat Tanda peningkatan tahap serius kecederaan kepala seperti yang diterangkan di atas. Semoga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2018/12/8-tanda-peningkatan-tahap-serius.html